Isnin, Februari 27, 2012

DIBAKAR HIDUP HIDUP

"Pada jam 5 pagi, ada India mencuci kereta ternampak dia masih berada di bawah blok (rumah). Kira-kira jam 6.45 pagi, dia menelefon ayahnya dan berkata, ayah tolong, saya kena bakar," ujar sumber. 

Mangsa terbabit berusia 19 tahun dan tinggal di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

"Dengar ceritanya, dia dipukul oleh sekumpulan lelaki di Sungai Tengi, Kuala Kubu Baru, Selangor. Selepas itu badan dia dipercayai dicurahkan dengan minyak tanah sebelum dibakar. Dia kemudian berjaya melarikan diri dan terjun ke dalam anak sungai atau parit, macam itulah. Selepas itu terserempak dengan janda berbangsa India dan sempat memaklumkan wanita itu nombor telefon bimbit ayah dia. Wanita itu kemudian menghubungi pihak polis sebelum mangsa dibawa ke hospital," tambahnya lagi.


Mangsa kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dan dilaporkan 80% tubuh mengalami kesan kebakaran.

Ketua Polis Daerah Kuala Kubu Baru setakat ini gagal dihubungi.

Kepada mereka mengetahui maklumat berhubung kes ini, diminta menghubungi balas polis berhampiran untuk membantu siasatan pihak berkuasa.

6 ulasan:

  1. Salam semua
    Kesian dengan orang yang kena bakar nie...kering sungguh hati orang yang membakarnya..cuma satu je yang agak mencuit hati ( sorry memang tak patut cuit tapi hakikat la).."Selepas itu terserempak dengan janda berbangsa India"..kenapa mesti si pelapor tu menyebut janda yek? hmm..kalau sebut wanita je takleh ke?

    BalasPadam
  2. erm...kesiannye..kejam betul manusia sekarang

    BalasPadam
  3. em..manusia tp sikap mcm bkn manusia... menaktkn

    BalasPadam
  4. Dahsyatnya.... Kesian budak tu... Semoga dia cepat sedar dan memberitahu siapakah mereka yang jahat tu! Semoga mereka menerima balasan yang setimpal.

    BalasPadam
  5. Lain kali awas sedikit perbuatan tu..sblom di bakar mesti berlagak mcm superman. Skrg dah jd burned man. Biar polis saja yg selesaikan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.