"Tidak perlu hendak dibongkar bro, nanti awak tengok. Awak menghubungi polis, polis datang menyerbu kedai menjual DVD cetak rompak itu, selang beberapa hari pengusaha akan beroperasi kembali"
Itu kenyataan sebilangan responden saya temui di Muar, Johor.
Kini, kenyataan itu TIDAK dapat saya sangkal.
Lihat gambar saya rakamkan pada 27 Januari 2012 di Jalan Ali, Muar.
Baca laporan lengkap di sini.
Pada hari sama, saya menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Muar. Berikutan itu, 2 pasukan polis dilaporkan menyerbu 2 premis terletak berhampiran.
Laporan kedua saya dicatatkan tanpa prejudis di entri ini.
Hari ini saya menerima 2 gambar dihantar dek orang ramai tinggal di Muar. Seperti didakwa, hanya selepas 5 (LIMA) hari SAHAJA, premis terbabit dirakamkan beroperasi semula.
Lihat gambar pegun di bawah dihantarkan kepada saya pada jam 1.44 tengahari tadi.
Manakala gambar dari sudut berbeza berikut pula dihantarkan pada jam 3 petang hari ini.
Meja sama ditolak oleh 3 lelaki termasuk seorang berseragam pada 27 Januari lalu.
Hemat saya, pihak berkuasa tidak seharusnya berasa jemu melaksanakan tanggungjawab dipikul sekaligus memartabatkan imej pasukan mereka wakili agar tidak tercalar.
Untuk rekod, jika sabit kesalahan memasarkan bahan cetak rompak, mengikut Seksyen 41, Akta Hak Cipta 1987, pesalah boleh didenda tidak kurang RM2,000 dan tidak lebih RM20,00 untuk SATU salinan langgaran.
Saya yakin, masih ramai anggota masyarakat akan bekerjasama memantau kegiatan premis terbabit sekaligus menghantar gambar mereka rakamkan, biarpun saya tidak berada di lokasi.
Jika diserbu, premis ditutup, serbu lagi sebaik premis itu beroperasi semula.
Selain pegawai dan anggota polis dari IPD Muar, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga boleh mengambil tindakan terhadap premis terbabit.
.... jika perlu.
Bukankah itu tanggungjawab digalas?
Kepada semua pembaca, dipersilakan untuk terus mengundi blog ini dan usah sesekali berasa jemu jika gagal buat kali pertama. Tarikh akhir untuk memilih blog ini sebagai Vocal Blog terbaik, 6 Februari 2012.
Klik di sini, daftar dan undi.
Sila kongsikan entri ini di Facebook.
Salam Abg Mazidul,
BalasPadamTak payah pergi jauh hingga ke selatan tanah air,lihat sahaja di lembah klang ini..baru² sebuah tabloid mendedahkan sebuah kompleks yang menawarkan khidmat pelacuran,selepas daripada pendedahan itu hampir semua pusat urut dikompleks itu tutup hampir seminggu...selepas daripada itu dibuka seperti biasa tanpa sebarang masalah..
kemana perginya pihak berkuasa...???
selagi payung tidak dimusnahkan..pasti ramai yg sentiasa tumpang berteduh..got what i meant..hehe
BalasPadammmg pn..sehinggakan bleh kate hari2 ade berita serbuah di kelab malam xde lesen.la apenla..tp pastu ade pula..ape kesss
BalasPadamkena serbu tak mendatangkan pening kepala pon pada dia orang....sebab kena kompau kena saman umpama kena gigit nyamuk je....untung dah ribu2....satu malam seminggu punya collection boleh cover saman....yang penting serbu kena selalu, saman/kompaun kena tinggi....
BalasPadamapa mau helan...kita bolih bayar belapa itu polis ka,sapa ka...menteli pun kita bolh beli maa...semua mau cali makan...polis tangkap itu saya punya macai...masuk jel tilak apa...saya bolih tanggung dia punye anak bini.
BalasPadamini undang2 dalam saya punyer poket ma....lanchiau la lu blogger semua....lu ingat wa helan ka...agaknya camtu la yg tokeh perjudian,dvd haram dan segala macam pusat pelacuran cakap.
semua dia dah beli...penguatkuasa tu majoritinya melayu...melayu senang dibeli....
Kat Malaysia ni terlampau banyak 'wayang Cina'! Tangkapan demi tangkapan hanya 1 scene dari keseluruhan persembahan. Do u smell what I'm cookin?
BalasPadamapa yg dikatakan oleh Hisham tu memang betul. saya setuju. baru2 ni saya pergi ke Majlis Perbandaran di Selangor. Ada kawan saya disana suruh saya jenguk dari ofis dia ada kereta hitam parking di porch. Katanya tu kereta taukeh kedai judi komputer. Seminggu sebelum tu, premis dia kena serbu.. habis semua komputer dia kena sita. kawan saya kata, hari ni dia nak datang bayar saman.. esok dia akan angkut balik semua komputer2 dia balik. dia kata undang2 sedia ada amat lembut.. asal bayar je saman, boleh ambik balik.. kalau saman setakat RM2-3 ribu.. diorg ni memang boleh bayar punya.. untung dari perjudian ni dalam ratus ribu atau mungkin juta sebulan.. bayar saman macam duit yang lekat celah gigi je.. saya juga hampir pasti, diantara penguatkuasa diorg tu, pasti nak habuan jugak.. mesti ada informer dari kalangan diorg.. inform dulu sebelum kena serbu.. minggu depan dapat duit kopi.. tak?
BalasPadamselagi ada permintaan, selagi itu ada perniagaan.. baik berniaga china doll, dvd, masaj2 dan sebagainya..
BalasPadamaik... abang polis tolong tutup kedai... hmmm...apa maknanya tu... rasuah???
BalasPadamPolis siap tolong tolak meja tu...nampak sangat...!!
BalasPadamBro Mazidul..
BalasPadamPendapat saya, dalam isu dvd cetak rompak ni permintaan akan sentiasa ada, pembelinya ramai juga di kalangan orang Melayu kita terutamanya yang malas mengeluarkan wang lebih untuk membeli dvd asli..
Benda murah susah nak tolak, isu ini sama dengan isu samaada nak beli software Ori yang harganya beratus ringgit atau download versi pirate yang free...mesti ramai orang kita nak yang free punya kan..?
penah pegi bukit mertajam? depan summit? hahahaha.. sapa orang penang konfirm tau..mmg agak memalukan.. boleh dikatakan port cd haram dan cd lucah yg paling terkenal lah kat penang tu.dan kedai tu boleh dikatakan mempunyai koleksi yg sangat besar.taun 2002 dulu lagi lah, cd lucah tu dijual terang terangan saja digantung tanpa perlu ada bilik rahsia atau bilik khas.
BalasPadamyang paling best..kedai tu mmg sngat2 lah dekat dengan balai polis.haha..tak pasti samada ia adalah IPD.dari depan kedai boleh nampak balai polis.so semestinya dari depan balai polis pon boleh nampak kedai.skrang ni beroperasi kat belakang pulak.sama ja.. heran kan. :)