Jumaat, Mei 23, 2014

PENGGUNAAN CERMIN GELAP DIKAJI SEMULA - HISHAMUDDIN HUSSEIN

Semalam, saya bertemu pemilik kedai menjual aksesori kenderaan, Ah Keong.

"Kalau material pelapik gelap cermin kenderaan, tidak boleh dijual dan digunakan oleh orang ramai, mengapakah Jabatan Kastam Diraja Malaysia membenarkan bahan itu diimpot secara sah ke Malaysia? Bahan itu dikenakan cukai oleh pihak kastam. Maksudnya pelapik itu bukan material terlarang. Apabila dibawa masuk ke negara kita, kerajaan memperoleh pendapatan melalui cukai. Adilkah sekiranya cukai dikutip tetapi peniaga kedai aksesori dilarang menjual bahan itu?," katanya. 

"Bahan pelapik cermin itu diimpot dari mana?," soal saya.

"Singapura dan China, dari Korea pun ada," balas Ah Keong.

Peniaga itu kemudian menimbulkan isu lain, lebih menarik.


"Hampir semua orang tahu, Puspakom hipokrit. Kalau kenderaan MPV impot, contoh jelas Toyota Estima dan Alphard, memang cermin belakang dan tepi, gelap. Sebelum kenderaan itu didaftar, cermin gelap digantikan dengan cermin cerah. Bila dibawa untuk pemeriksaan dan pendaftaran, Puspakom luluskan. Penjual kemudian memasang kembali cermin gelap ke kenderaan sama dan diserahkan kepada pembeli. Sebilangan kenderaan bercermin gelap juga dilengkapi oleh lampu HID, xenon. Lampu sangat terang sehinggakan mengganggu penglihatan pemandu lain. JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) melarang penggunaan lampu xenon, kalau kenderaan ditahan, penguatkuasa saman tetapi masa di Puspakom, mengapakah lampu itu tidak diganti seperti cermin gelap?," tambahnya.

"Mengapa?," soal saya. 

"Sebab mentol lampu kenderaan impot itu tidak boleh diganti. 'Kaki' mentol lain tidak sama dengan kaki mentol xenon. Satu lagi, saya pun hairan. Kalau kita perhatikan sebilangan kenderaan menggunakan nombor pendaftaran 'Putrajaya' dan 'IM4U'. Saiz aksara itu tiada masalah kerana memenuhi spesifikasi JPJ tetapi saiz nombor di bawah, kecil. Sama macam saiz nombor pendaftaran motosikal. Mengapakah pihak berkuasa tidak menyaman kenderaan sebegitu? Sebab nombor pendaftaran dibeli mahal? Sebab  ada tulisan 'Putrajaya'?," soal Ah Keong.

Tambahnya, kaedah penguatkuasaan JPJ  harus diselaras dan diperkemaskan.

"Saya fikir, pemilik kenderaan wajar dibenar menggunakan cermin gelap tetapi bersyarat. Contohnya, cermin belakang boleh digelapkan, bukan cermin di bahagian pemandu dan penumpang hadapan. Kalau gelap akan menghalang pandangan cermin sisi kanan dan kiri, bahaya terutama apabila memandu pada waktu malam. 


Hari ini, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, membuat kenyataan akhbar, aspek penggunaan cermin gelap akan dikaji semula. 

Beliau mendengar maklum balas rakyat.

Klik di sini.

2 ulasan:

  1. Isu TINTED & No Plate pelbagai speksifikasi ni isu lama, kalau nak kuatkuasakan memang elok sangat TAPI jangan pilih bulu yer, kereta menteri, yb dan segala bagai manusia lainnya. kalau salah, SAMAN la.....DAN ni satu lagi cadangan:.....No plate kereta hanya boleh dibuat di JPJ. Baru la dapat diseragamkan...lagi satu income untuk JPJ/Kerajaan...bukan macam la ni, pi kedai..pilih papan plate....pilih font pun boleh...MALAYSIA BOLEH!!!

    BalasPadam
  2. Mohon Laluan Tuan Untuk Kenyataan Media Pembela berkenaan sikap tidak sensitif sesetengah pihak terhadap agama Persekutuan

    http://www.bangkit.info/2014/05/kenyataan-media-pembela-berkenaan-sikap_24.html

    Terima kasih atas ruang kebenaran.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.