Rabu, Mei 28, 2014

PPIM : JANGAN KHIANATI HAK PENGGUNA


[ Gambar hiasan ]

Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan mendesak umat Islam di Malaysia memboikot semua produk keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd.


Dua sampel produk syarikat terbabit, sebelum ini disahkan mengandungi DNA babi, porcine oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, sedang diuji sekali lagi oleh makmal di Jabatan Kimia Malaysia.

Hasil ujian bakal diumumkan dalam tempoh 6 hari lagi.

Ujian itu terpaksa dilakukan kerana makmal digunakan oleh KKM sebelum ini, bukan makmal rasmi digunakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, dalam pengeluaran sijil pengesahan halal.

"Kita tidak mahu JAKIM sekadar memberi amaran tanpa ada sebarang tindakan tegas dan kemudiannya memberikan kembali sijil halal kepada syarikat terbabit," ujar Nadzim.

2 ulasan:

  1. Bagi saya seharusnya memberikan peluang kepada Syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd untuk selesaikan isu ini dan.bukan hanya memboikot secara membabi buta.

    kita kena fikir jugak berapa ramai yang akan kehilangan kerja di sebabkan perkara ini.

    Kalau nak boikot sila kan boikot. yang taknak boikot tue.. kita tahu ape yg perlu buat kita buat.. Kita pun tahu yang tak sepatut nye hanya "Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd." sahaja yang di salahkan.. kerana sebelum product tue keluar ke pasaran.. JAKIM sepatut nye melakukan pemeriksaan secara seratus peratus sebelum product nie dibekalkan kepada pengguna Malaysia.



    BalasPadam
  2. JAKIM tidoq Lena...maklum la keja gomen...xguna keja lebih2...pemikiran topical gomen serben...baik resign je...juai cokodok

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.