Sabtu, Mei 24, 2014

CADBURY DNA BABI



Dua produk Cadbury disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengandungi DNA babi, porcine.

Klik di sini.




Agak mustahil jika pengeluar produk itu, Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd  tidak mengetahui produk terbabit dicampur dengan DNA babi, porcine.  

Apakah tujuan mereka sebenarnya?

Molek jika umat Islam di Malaysia memboikot semua produk Cadbury biarpun syarikat terbabit kini bertindak menarik kembali produk itu dari pasaran.

Oh! Tidak, saya dan keluarga tidak akan membeli produk syarikat itu lagi. Setakat ini syarikat terbabit belum lagi mengeluarkan kenyataan memohon maaf.

Facebook Cadbury, klik di sini.

13 ulasan:

  1. boleh atau tidak sebagai pengguna muslim menyaman syarikat tersebut yg LALAI secara SENGAJA atau tidak menyalah gunakan sijil halal sedangkan bahan makanan tersebut "HARAM".....

    BalasPadam
  2. saudara mazidul..bagaimana dgn coklat import yg popular sekarang.seperti Pepero yang byk dijual d langkawi..tanpa status halal. tak ada pihak yang kawal benda ni..harap saudara tolong " tampar" pihak2 tu bagi diorang sedar

    BalasPadam
  3. Nampaknya kita dah berulangkali makan khinzir tanpa sedar ni tuan mazidul, walau pun bukan kalangan pengemar memakan produk ini tetapi pernah memakannya. taubat taubat,,

    BalasPadam
  4. Sebagai pengguna muslim,kita rasa tertipu dengan kilang cadbury m'sia..siasat siapa owner kilang tersebut..mereka mempersendakan umat Islam di negara Islam Malaysia..kita ada power sebagai pengguna,ayuh kita BOIKOT semua product2 drpd Cadbury Confectionary (M) sdn bhd..

    BalasPadam
  5. http://www.kemgemilang.blogspot.com/2014/05/kempen-say-no-to-cadbury-now-forever.html

    BalasPadam
  6. Nampaknya orang islam dah kena "tipah tertipu". Nak kos murah dan untung berlipat ganda twtapi tidak memikirkab sentimen dan sensitiviti halal orang islam. Walaupun cadbury my fav junk food but from now on i had to SAY NO TO CADBURY.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum wbt,

    Kita wajib memboikot segala produk Cadbury, Semua sijil halal yang dikeluarkan oleh Jakim hendaklah ditarik balik. Product Cadbury hendaklah diistiharkan tidak halal. Cadbury telah memohon sijil halal dan produk mereka diuji halal sebelumnya, tetapi mereka telah melanggar syarat pembuatan produk. Mereka telah melakukan dua kesalahan besar, menipu kandungan produk dan menipu umat Islam. Sesuatu perbuatan yang biadap dan kurang ajar. Siapakah mereka ini. Ketua Pengarah JAWI perlulah dipecat jika tiada tindakan tegas diambil terhadap Cadbury. Semua alat pengeluaran dikilang Candury hendaklah disamak atau digunakan yang baru dari proses yang awal sehingga kepada pembungkusan. Ianya melibatkan semua produk. JAKIM mesti tegas, janganlah harapkan keuntungan sijil halah sahaja. Mungkin JAKIM akan menjawab bahawa pengeluaran sijil halal bukan terletak pada mereka tetapi sebuah agensi lain di pejabat perdana menteri. Tetapi ketegasa mereka dalam hal ini mestilah jelas.

    Kepada saudara Mazidul, jangan berhenti dari memperkatakan tentang isu ini sehingga mereka yang biadap dan kurang ajar ini di bawa ke muka pengadilan.

    Mana dia dia peguam hak hak asasi, mana dia perjuangan kebebasan agama, pernahkah orang islam jual makanan yang bertentangan dengan anutan kaum lain kepada mereka? Jangan bermain dengan sensiviti agama keran ianya tidak elak bagi negara ini. Sesunggunga saya amat merindui zaman 15~20 yang lalu dimana masyarat dapat hidup secara aman damai tanpa ada perasaan benci yang tebal.

    Wassalam

    MAAM, Old Klang Road.

    BalasPadam
  8. nak boikot smua! tak kira jenis pe pon.. nak boikot! dh puluh thn kot.. stat dr bila dh ada :(

    Princess Diaries

    BalasPadam
  9. dh bertahun2 baru skrg nk isytihar cadbury ada babi....yg peliknye 2 produk dia je kata ada babi,bukan ke produk lain cadbury guna kuali atau mesin yg sama?...........entah2 byk lagi produk lain di pasaran ada babi,cuma kita tau xtau je

    BalasPadam
  10. baru skrg nk iystihar produk cadbury ada babi?.....dia kata 2 produk dia je ada babi,..bukan ke produk cadbury yg lain guna mesin kuali yg sama?....minta pihak brtggjawab buat pemeriksaan telus juga ke atas produk jnma lain...entah2 byk lg produk lain ada babi,cuma kite ni tau tak tau je

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.