Selasa, Mei 20, 2014

BERSIHKAN KEGIATAN PENJUALAN ROKOK SELUDUP DI SANDAKAN SECARA TOTAL


Saya difahamkan oleh sumber di Sandakan, Sabah, sejak entri berhubung kegiatan penjualan rokok seludup disiarkan di blog ini, pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia di bandar itu didapati lebih kerap menjalankan operasi membanteras kegiatan penjualan rokok seludup. 

Bilangan warga asing, penjual rokok juga dilaporkan kelihatan semakin berkurangan.

Sewaktu berkunjung ke Sandakan pada 10 Mei lalu, saya berasa amat terkilan memerhatikan terlalu ramai warga asing berdiri di tepi jalan utama, menawarkan pelbagai jenis rokok seludup berhampiran Pasar Umum Sandakan. 

Bukan terkilan kerana dimaklumkan kegiatan itu sudah berlanjutan sekian lama atau terkilan kerana taukeh pembekal bahan terlarang itu mungkin memiliki harta bertimbun. Saya terkilan kerana melihat kegiatan melanggari undang-undang itu bak satu kegiatan rutin di bandar terbabit.

Maksudnya, masyarakat setempat melihat kegiatan penjualan rokok seludup itu seperti memerhatikan peniaga menjual pelbagai jenis belacan, ikan masin dan udang kering di pasar berhampiran.


Apakah sebenarnya sedang berlaku di Sandakan? Umum mengetahui, kegiatan menjual rokok seludup, tidak pernah dihalalkan di Malaysia.

Lihat gambar di bawah, penguat kuasa kastam dan polis marin merampas rokok seludup di Johor, Kelantan dan Selangor. Saya percaya, kejayaan itu ditempa hasil risikan dan tindakan kakitangan pihak berkuasa berdedikasi. 


Di Sandakan, pihak berkuasa tidak perlu melakukan risikan menuntut waktu. Kegiatan memasarkan rokok seludup berlaku di depan mata. Mata masyarakat dan pihak berkuasa, 24 jam sehari.

Saya yakin, wajah lelaki di bawah bukan asing kepada mereka sering berkunjung ke bandar Sandakan.


Klik di sini dan di sini.

Perlukah Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Ketua Polis Negara melakukan lawatan mengejut untuk membanteras kegiatan haram itu secara total?


Saya percaya, Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong, pegawai dan anggota beliau sentiasa melaksanakan tugas secara komited. Begitu juga dengan penguat kuasa Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen bertugas di bandar sama. Tiga  agensi penguat kuasa kerajaan, bernaung di bawah Kementerian Dalam Negeri harus 'membersihkan' Sandakan daripada kegiatan melanggar undang-undang. 

Bersihkan Sandakan secara total.

Berikut antara gambar saya rakamkan di bandar sama, 10 hari lalu.


Usahlah kita membiarkan pelbagai pihak berkuasa tempatan terus dihina sebegitu rupa. Anak kecil turut diheret melakukan kegiatan sama.

Apapun sebaik memperolehi gambar terkini dirakamkan di Sandakan, In Sha Allah bakal saya kongsikan di sini. 

2 ulasan:

  1. assalam bro mazidul dan pengunjung blog ini.
    cara menangani isu ini mesti disusun teliti dan terancang serta akan melibatkan migrasi pegawai. sebab;
    1. kebanyakkan penguatkuasa adalah orang tempatan, saling kenal dengan pendatang dan penjual barang seludup.
    2. ada sebahagian penguatkuasa sendiri adalah pembeli tetap barang seludup termasuk rokok. fikirkan dengan harga rokok sekarang berbanding rokok 'harga diskaun' dari kenalan penyeludup dan penjual.
    3. wang perlindungan sudah menjadi 'side income' kepada sesetengah penguatkuasa. bukan tuduhan, tetapi realiti. tak percaya, turun sendiri ke sandakan.
    4. penempatan pegawai penguatkuasa yg terlalu lama di suatu pos menyebabkan hilang konsistensi sebab hubungan dengan persekitaran menjadi terlalu akrab. daripada cekap kepada 'tak apalah, adik beradik'.
    5. faktor geografi dan kekuatan agensi. dengan begitu banyak pulau, laluan dan kurangnya pegawai yg boleh dikerah bertugas, purata 10 penyeludup, 9 akan terlepas. menjaga perairan yang banyak pulau tidak semudah menjaga sebuah negara spt singapura..

    BalasPadam
  2. Cara paling terbaik adalah dengan mengurangkan harga rokok dan secara tak langsung rokok seludup tidak akan mendapat permintaan.pendapatan negara juga akan bertambah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.