Jumaat, Mei 09, 2014

'HANTU' DI LAUT SULU

Petang tadi, saya singgah sebentar di pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM, di Beluran, Sabah.

"Kapal pukat tunda, dibenarkan menangkap hasil laut pada jarak berapa jauhkah dari pantai?," soal saya kepada kakitangan bertugas.

"Tiga batu nautika," jawab beliau.

Teliti gambar saya rakamkan dengan bantuan jurumudi bot saya naiki dalam perjalanan dari Kampung Terusan Sugut ke Beluran. Jurumudi berpengalaman terbabit menganggarkan, kedudukan Pulau Puru Puru di bahagian belakang, kira-kira setengah batu nautika dari lokasi kapal pukat tunda itu.


Kapal rakus menarik pukat tunda tatkala gambar direkodkan.


Sewaktu menjalankan tugasan di sebuah daripada pulau berhampiran Laut Sulu, saya berpeluang mendengar rintihan masyarakat nelayan.

"Kapal penarik pukat tunda menangkap ikan terlalu hampir dengan pantai. Habis semua ikan besar dan kecil dipukat. Kami beberapa kali membuat aduan lisan kepada pihak berkuasa tetapi kejadian begini berterusan. Hasil tangkapan kami merosot, menyukarkan kami untuk meraih rezeki untuk menyara keluarga," adu mereka.

Dilaporkan, kira-kira 10 kapal seperti di atas acapkali menceroboh kawasan persisiran pantai. Mereka bak 'hantu' kekadang melintas tetapi tidak ramai berani mendekati.



Molek sekiranya penguatkuasa APMM bertugas secara lebih serius untuk menangani kegiatan ini. Bersimpatilah terhadap nasib nelayan tempatan, mereka bukan hidup senang.

Lebih menarik lagi, di satu daripada pulau kecil, saya rakamkan gambar berikut.



Dipandang dari jauh, saya  hanya melihat langit biru dan hamparan lautan. Sebaik didekati, kelihatan banyak pondok didirikan di pulau terbabit.



"Siapakah mereka itu?," tanya saya kepada jurumudi.

"Majoriti dipercayai warga asing. Status dokumen tidak diketahui. Melintasi pulau ini pada waktu malam, amat menakutkan. Dua kejadian penculikan telah berlaku di Sabah dan pulau ini tidak jauh dari Filipina," jawabnya.

Saya maklumkan kepada penguatkuasa APMM di Beluran, warga tempatan tidak sepatutnya berasa gentar menjalankan kegiatan rutin di perairan negara sendiri. 

Namun sebaliknya terjadi.

Cukuplah kawasan daratan dibanjiri oleh warga asing, pulau kita usah dicemari. Saya menyarankan penguatkuasa APMM dibantu oleh Jabatan Imigresen berkunjung ke pulau itu bagi memastikan koloni pendatang haram tidak dibina secara semberono.
  

11 ulasan:

  1. Jika saudara Mazidul berkesempatan untuk pergi ke kawasan pelantar minyak perairan Terengganu, situasi sama iaitu nelayan asing dipercayai Vietnam bebas menangkap ikan di kawasan pelantar.
    Tiada penguatkuasaan kerana kawasan ini jauh iaitu >200KM daripada pantai..
    Dan dipercayai sebuah kapal induk yang besar berada di perairan antarabangsa untuk mengumpul hasil tangkapan dan juga menyediakan kemudahan minyak dan makanan untuk bot-bot kecil ini beroperasi.

    BalasPadam
  2. macam pahat dan merton....ketuk sekali -> bergerak...tak ketuk -> pakat tidoq dalam kapal peronda!!!!

    BalasPadam
  3. Ramai dah yg makan gaji buta. Hasilnya.... Melahirkan generasi yg semakin krg tamadun Dan adab.

    BalasPadam
  4. Kalau poket dah kenyang , siapa2 lalu ke , tangkap Ikan ke , penyamun ke, penculik ke dah tak peduli .... Mazidul oooiiiii.....

    BalasPadam
  5. Persoalan sering bermain di benak saya. Mengapa jika org melayu yang buat salah,penguatkuasa begitu berani menguatkuasa undang2 spt meroboh gerai dan sebagainya. Tetapi dengan bangsa asing, jarang kedengaran penguatkuasa melakukan sedemikian. Adakah mereka hanya berani tunjuk kuasa dgn orang melayu yg rata2nya tidak melawan? Tetapi bila berhadapan dgn bangsa asing yg boleh "main kasar", penguatkuasa seolah2 kecut?
    Sepatutnya dgn rakyat negara ini, mereka perlu bertolak ansur tetapi sebaliknya.
    Inilah yg dikatakan "kera dihutan disusukan,anak dirumah mati kelaparan".

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju..abg mazidul kena highlightkan perkara ni pada awam dan kerajaan. Kita pula yg rasa takut..cuba dtg ke felda sahabat 7 & 16 tgk sendiri pti bebas berjaja sedangkan dlm kawasan esscom???

      Padam
  6. Sempadan yg luas selalu dijadikan alasan pihak berkenaan sukar membanteras kegiatan pencerobohan pihak asing.Tak kiralah sempadan darat dan laut.Agak logik alasan tu.Tetapi jika pencerobahan dah nampat di depan mata bagaimana ? Pihak berkuasa spt Maritim wajib bertindak segera dan sentiasa.Jgn bertindak bermusim.

    BalasPadam
  7. Kawasan tersebut dekat dengan kampung saya. kampung pulau keniogan, hayan mengambil masa kira2 20 minit perjalanan menggunakan bot.. kawasan tersebut memang banyak orang asing..
    Ini membuatkan orang kampung saya takut untuk mendekati kawasan itu..
    Kerna mereka bukan sekadar merampas hasil laut orang kampung. malah mereka juga boleh merompak nelayan sekiranya bersendirian di kawasan itu.. sudah banyak kali rompakan enjin sangkut terjadi di kawasan kampung pulau keniogan, pulau puru-puru, serta kampung pulau terusan sugut...

    BalasPadam
  8. Saya minta Sdr Mazidul buat tinjauan di Nilai 3. Rasanya lebih 95% perniagaan didominasi pendatang asing. Tak mungkin pendatang asing itu ada permit menjalankan perniagaan di Nilai 3...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.