Mari bersama kita teliti fakta amat menarik.
Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM mengumumkan secara rasmi, 2 produk keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd, didapati mengandungi DNA babi.
Umat Islam di seluruh Malaysia telah mengetahui berita itu.
Berikutan berita panas disebarkan secara meluas di media cetak, elektronik dan sosial, banyak pihak mengambil keputusan untuk memboikot produk Cadbury. Malahan ada pertubuhan bukan kerajaan, NGO, membuat kenyataan media akan menyaman syarikat terbabit.
Apapun, pada hemat saya, lebih baik ditangguhkan terlebih dahulu kerana semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, KKM, Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Standard Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK, mengadakan mesyuarat khas.
Dua sampel, sebelum ini disahkan oleh KKM dicemari DNA babi akan dianalisa semula oleh Jabatan Kimia Malaysia dan keputusan ujian bakal diperolehi dalam tempoh 7 hari.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkata, makmal Jabatan Kimia, makmal rasmi digunakan oleh JAKIM kerana mendapat akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia.
Maksudnya?
Keputusan diumumkan oleh KKM, tidak dianggap rasmi biarpun telah berjaya menggemparkan umat Islam di seluruh negara.
Soalan bakal dijawab dalam tempoh seminggu lagi, adakah dua produk Cadbury itu benar benar mengandungi DNA babi atau tiada DNA babi?
Jika syarikat itu disaman dan kemudian Jabatan Kimia memutuskan produk tiada mengandungi DNA babi, bagaimana? Usaha terbengkalai separuh jalan.
Bagaimanapun KKM dalam tempoh terdekat dilapor akan melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas semua produk Cabbury bagi memastikan tidak mengandungi DNA babi, seperti diumumkan oleh menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.
Klik di sini.
Baguslah.
Apakah kaedah pemeriksaan digunakan? Mampukah KKM memeriksa sampel semua produk Cadbury ditawarkan di pasaran?
Pastinya makmal KKM tidak digunakan berikutan keputusan tidak diiktiraf.
KPDNKK juga tidak ketinggalan untuk melaksanakan tindakan. Pengarah Penguatkuasa Kementerian itu, Roslan Mahayudin berkata, mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, mereka didapati masih menjual dua produk mengandungi DNA babi itu boleh didenda RM100,000 atau dipenjara 3 tahun atau keduanya
Rakyat Malaysia, khususnya umat Islam tentunya berpeluang membantu penguatkuasa KPDNKK, rakamkan gambar produk, sertakan alamat penjual dan paparkan di laman sosial kementerian terbabit.
Setakat ini laman facebook KPDNKK memiliki 815 like sahaja sejak Oktober 2011.
Jika benar ia laman rasmi, kasihan.
as salam tuan. saya jumpa FB KPDNKK di sini: https://www.facebook.com/myKPDNKK
BalasPadamKalau pihak2 berkuasa ini buat u turn atas 'tekanan' pihak tertentu maka selepas ini kedibiliti dan reputasi badan2 kerajaan ini akan jatuh ke tahap sampah-sarap saja layaknya.
BalasPadamSecara logiknya pengumuman produk cadbury mengandungi dna babi bukanlah dibuat sewenang2nya.Sekiranya ada keputusan lain selepas ini pastinya ada 'sesuatu' berlaku di belakang tabir.
Pihak2 berkuasa jangan jadi sampah.Tolong bertegas dalam perkara yg melibatkan kepentingan awam dan umat Islam kerana kepentingan ramai mengatasi kepentingan perniagaan segelintir pihak.
Harap2 spekulasi ini tidak benar dan pihak berkuasa masih punya maruah.
Yang betulnya di sini https://www.facebook.com/myKPDNKK
BalasPadam