Rabu, Mei 21, 2014

TERIMA KASIH IRHAM MARKOZ


Alhamdulillah, Isnin lalu setelah pasukan Majalah 3 bertungkus-lumus menyiapkan tugasan siang dan malam, paparan mengenai kisah sekolah, guru dan murid cemerlang  di SMK Terusan Sugut, Beluran, Sabah dipaparkan untuk tontotan jutaan rakyat Malaysia.

Terasa hilang kepenatan merentasi Laut Sulu selama lebih 3 jam. 

Pelbagai komen positif dikongsikan ramai penonton di laman sosial, terima kasih diucapkan. Terima kasih juga kepada marshal, Irham Marcoz kerana sudi berkongsi komen di akaun facebooknya, sebaik selesai episod Majalah 3, 'Mutiara Pulau', klik di sini.

Dia mungkin individu terkenal tetapi tidak pula saya kenali.


Sekalung penghargaan kepada TV3 kerana terus memberikan kepercayaan kepada saya hampir 20 tahun untuk melaksanakan tugas sebagai wartawan penyiaran. Bila tiba saatnya, In Sha Allah, saya akan mengundurkan diri dari dunia penyiaran, amat saya cintai.




Untuk pengetahuan saudara seislam, Irham, saya bukan pengacara bagi episod itu tetapi wartawan dan penerbit Majalah 3.

Alhamdulillah.

Apapun, jauhkan Irham daripada segala bentuk malapetaka, muntah berterusan dan penderitaan buasir pada usia emas ini.

Saya doakan Irham sentiasa sihat dan cergas tatkala meniti usia menjelang senja. Semoga dia dikurniakan oleh Allah kesejahteraan dan kebahagiaan berpanjangan.


Sebagai manusia bukan bersifat maksum, barangkali kekadang dia terlanjur bahasa. Namun meneliti raut wajahnya, dia mungkin insan berbudi, berhemah dan beriman tinggi tanpa saya ketahui. 



Sekali lagi, saya panjatkan doa ke hadrat Allah Taala, agar kehidupannya dan setiap ahli keluarga sentiasa diberkati.

Amin.

23 ulasan:

  1. Irham ni selalu dapat job buat event berbasikal dengan Perbadanan Putrajaya.

    BalasPadam
  2. Aku rasa mmg ramai penyokong PR bersifat SUKA MAKI...TP TAK TAHAN BILA DI MAKI....

    BalasPadam
  3. Suara Mazidul macho. Cuma Irham ni mungkin ada penyakit bowel syndrome, yang menyebabkannya buasir. Dia perlulah berjumpa doktor ataupun berhenti melayan lagu-lagu leleh dan Bollywood.

    BalasPadam
  4. Bahasa yang diguna oleh seseorang itu mencerminkan keperibadian dan mentalitinya. Ternyata orang yang namanya Irham Marcoz itu telah membayangkan di mana mentaliti beliau. Saya amat meminati saudara Mazidul kerana berani, telus dan berterus-terang dalam laporan saudara. Teruskan kerja yang baik kerana di dalam dunia kewartawanan hari ini tidak ramai lagi yang macam saudara.

    BalasPadam
  5. mcm tak padan komen tuh dengan orangnya... berbaik sangka je lah, entah2 ada org hack FB dia kut

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin kot...entah2 otak nik aziz pun dihack sbb mengkafirkan orang islam dan bole memasukkan mereka ke neraka....dari wajah beliau x sama langsung dgn komen kot...

      Padam
  6. Saudara Mazidul.Tolong teruskan usaha murni tuan.

    BalasPadam
  7. Huh, puak-puak ni kat mana pun sama je mentalitinya, bajet baik hingga merendah-rendahkan kemampuan orang lain.
    Tapi doakanlah moga Allah membuka pintu hatinya agar tidak mengutuk orang. Kesian, susah nak mintak maaf di akhirat nanti.

    BalasPadam
  8. Rasanya kebanyakan mereka semua sapu projek kerajaan tapi belakang dieorg yg selalu kutuk kerajaan dan sokong pembangkang. Cuba mazidul buat selidikan berkenaan isu ini yg kerajaan pandang remeh

    BalasPadam
  9. nama dia pun x berapa nak islam...kepada mazidul dah rozki awk sebagai wartawan jgn sia-siakan rozki allah bagi yng duk kutuk tu mungkin dia lupa allah idupkan dia lagi..

    BalasPadam
  10. org dengki mazidul...mcm 2lah...jgn layan sgt org jenis cm ni...buatlah kerja dgn ikhlas...kalau baik kita sokong...kalau x baik...pastinya kami bagi pandangan jg...

    BalasPadam
  11. Sdr Mazidul, jangan terganggu dgn komen si pendengki tu.Rupa2 ber..k tu penyokong parti kera ranggi.Tak tau kenapa beliau dengki dgn kejayaan seseorg.

    BalasPadam
  12. Maafkan saya. saya pun tak suka...... apabila Mazidul makan di Majalah 3 dengan penuh nikmatnya... saya pun mahu!!! Hahaha... Kacang Pool.... :-(

    BalasPadam
  13. hehe..apa pun yang kita buat xkn dapat puaskan hati semua orang...biasa la tu...orang paling baik dalam dunia ni pun kena kutuk...sedikit pun tidak menjejaskan persepsi saya pada tuan...saya suka penulisan tuan yang ringkas dan padat...tidak berjela-jela berbunga bagai... :)

    BalasPadam
  14. Tengok pada muka, umur dah senja dia ni.

    Tapi ...mulut, Ya Rabbi...

    BalasPadam
  15. Perangai penyokong PKR memang macam tu. Dengki dan menyampah melihat saudara Mazidul yang dilihat menyokong kerajaan, jikalah sebaliknya pasti pujian yang diberi dan tiada lagi penyakit buasir bila melihat rancangan saudara Mazidul. Saya melihat saudara Mazidul bersikap profesional dan memberi banyak info dalam apa-apa rancangan yang disembahkan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.