Jumaat, Mei 30, 2014

KES ROGOL KELANTAN : LONDEH DAN SEBAT


Video wanita memukul lelaki diikat kaki dan tangan tersebar di laman sosial. Bagaimanapun mengikut maklumat disalurkan oleh rakan pemberita TV3 di Kelantan, Shahnun Hanif Suhaimi, video di bawah tiada kaitan dengan kes pelajar 14 tahun dirogol di Ketereh oleh lebih 30 lelaki, pada 20 Mei lalu.

Suspek di dibelasah dalam rakaman itu, mengalami kecederaan di kepala, dilaporkan terbabit merogol remaja berusia 12 tahun di Pantai Seri Tujuh, Tumpat.

Klik di sini.


Berhubung kes rogol di Ketereh, polis telah memberkas 14 suspek termasuk seorang gadis. Suspek berusia di antara 15 dan 38 tahun dan direman 7 hari untuk siasatan manakala gadis ditahan, direman 6 hari untuk siasatan. 


Polis berasa curiga kerana gadis itu, teman mangsa, tidak membuat laporan polis berhubung kejadian rogol berlaku. Dia kemudian turut membuat laporan polis, mendakwa dirogol.

Lokasi kejadian dilaporkan, rumah tinggal di Kampung Hutan Pasir.



Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng, tiga beranak berusia di antara 15 dan 38 tahun juga diberkas di sekitar Ketereh. Mereka disiasat berhubung kes sama.

Klik di sini.

Polis masih terus memburu suspek lain disyaki terbabit dalam kes rogol barangkali membabitkan bilangan suspek paling ramai di Malaysia itu.

20 ulasan:

  1. Dasyatnya tahap iman dan perilaku suspek-suspek yg tinggal di negeri yang dikatakan serambi Mekah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. MasyaAllah...memang serambinya saja Mekah tapi kiblatnya sg golok dan haadyai...

      Padam
  2. serambi mekah tu. xla perfect mana pun rakyat dia. sebuah negeri pjn x mampu nak kawal n tadbir. mcm mana nak tadbir negara. ni tanda kegagalan pemimpin negeri tersebut

    BalasPadam
  3. Nak buat bende bende mcm ni, tak semestinya di Kelantan. Tempat lain pun boleh jadi jugak kalau nak jadi. Semua tu tak takut Tuhan. Tak takut mati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Saya setuju. Takkan salah laku rakyat kita perlu salahkan pemimpin semata mata.

      Padam
  4. Kalau hudud dilaksana pasti kejadian mcm ni xkn berlaku. Wahai rakyat dan kerajaan malaysia..mari kita sokong hudud. Kita sifarkn jenayah. Allah dh bagi kita cara nk mencegah jenayah dlm Al Qur’an.

    BalasPadam
  5. aduhhh tolonglah stop lah ayat kalau laksanakan hukum hudup pasti kejadian ini tak berlaku..pasti jenayah sifar... macamana anda tahu?? anda boleh nmpak masa depan???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hudup dari kitabat mat sirat ke setan? Bodoh pergi la google internet di hujung jari negara yang menjalankan hudud statistik jenayah mereka..kalau dah bodoh jangan tunjuk satu dunia..bangang

      Padam
  6. Mcm mane sy tahu?

    An-Nūr:2 - Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

    Al-Mā'idah:38 - Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

    Al-Baqarah:178 - Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

    Al-Baqarah:179 - Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.

    Saudari di atas..fikirkanlah. buka mata hati kamu. Ini hukuman yg telah ditentukan Allah. Allah Maha Bijaksana. Jadi Dia tau apa yg terbaik utk kita. Saya berani kata jenayah sifar krn Allah takkan mungkiri janji.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hudud mmg dr Allah yg tu xboleh nafi tp bukan senang nk laksanakanya di zaman nih, bnyk faktor kn amik kira, silap haribulan nama Islam gak yg tercemar di mata dunia,.. Negara yg masih amalkn hudud pn tinggal berapa kerat jer tu pn jenayah still tetap gak ada,..

      Padam
    2. saya tertarik dengan komen saudara mohd Safiq, boleh saudara terangkan lagi bagaimana nak jalankan. bukan setakat tentang hukuman sahaja.
      dan kalau ia membabitkan penganut agama lain?

      Padam
    3. saya tertarik dengan hujah saudara Mohd Safiq
      boleh saya tahu bagaimana nak laksanakan hudud ini, maksud saya dari siasatan sehingga jatuh hukum. apa yang saudara terangkan hanya hukuman
      dan bagaimana kalau ia berkaitan dengan penganut agama lain?

      Padam
  7. SMTI-Apa yang penting ialah usaha pihak pentadbir dan pemimpin untuk menerapkan nikai nilai Islam dan pengukuhan Tauhid kepada seluruh rakyat. InsyaAllah, maksiat dan jenayah sebini akan pupus. Kembalilah keppada perintah Allah. Ikut, turut dan amalkan apa yang termaktub di dalam AlQuran dan Hadith. Wallahhuaklam.

    BalasPadam
  8. Bgmn syarat2 hudud cth tuduhan zina; bgmna syarat2 saksi. Zaman skrg zaman duit, saksi pun boleh disogok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Utk lebih penerangan saudari boleh check di ustazabdulwahab.wordpress..moga2 kita bersama dpt manfaat. InsyaAllah

      Padam
  9. Saya bukanlah mufti, da'i, ataupn alim ulama yg pandai tp sy hanya berhujah krn sy sbg muslim sy sanggup berjuang krn agama Allah ini. Jika kita terlalu mempertikai hukuman Allah maka sampai bila2 lah ia xkan dpt dilaksana. Yg bestnya undang2 manusia xde plak org nk pertikai sgt. Berkenaan dgn saksi jika x ckup saksi atau didapati meragukan maka hukuman akn jatuh ke hukum takzir (ditentukn pemerintah). Begitu juga qisas. Saudara2 ku sekalian, bantulah agama Allah. Hudud hanya utk kesalahan zina dn curi shj..bkn kesalahan memandu laju di jlnraya atau langgar trafik light merah..qisas utk kesalahan bunuh..ckup saksi ckup syarat maka hukumnya jatuh..jika tidak maka jatuh hukum takzir..Allah yg akn mengadili di akhirat kelak. Wallahualam..
    P/s: jika ada kesalahan betulkan sy krn sy sedia menerima pembetulan.

    BalasPadam
  10. Selalunya bila jenayah ini tidak terjadi pada diri kita maka " human rights" ni melompat2 kata hukum Allah ni kejam. Tp bila dh jadi pada diri kita sendiri atau keluarga tersyg nanti cthnye kene rogol, kene rompak(samada perseorangan,beregu,berpasukan), kene ragut(mcm kat iklan yg mak dia kene ragut pastu kene langgar dgn kereta), etc.. mase tu tahulah kite benarlah firman Allah..

    Al-Mā'idah:49 - Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

    Al-Mā'idah:50 - Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.

    P/s: hukum jenayah islam ini terpakai kpd semua umat manusia x kira agama. Mcm mana semua umat manusia terutama di malaysia ni pakai undang2 british termasuk org islam maka mcm tu lah jgk sepatutnya undang2 Allah ni terpakai utk semua manusia termasuk bkn islam.

    BalasPadam
  11. saya sokong adakan hudud tp, tetapi harus la dikaji dengan lebih teliti. dan hukuman sivil harus lah selari dengan hukuman hudud. apabila soalan bagaimana nak menjalankannya kebanyakannya takde yg dapat terangkan bagaimana nak jalankan selalunya mereka hanya ceritakan hukuman dan bila mereka ditekan dengan soalan bertubi2, akan keluarlah bermacam2 hadis yg dicopypaste dr mr.google.
    dan disini saya ingin saudara mohd shfiq jawapkan 2 soalan dari saya mengikut kefahaman saudara
    1 bagaimana nak menjalankan hukuman hudud didalam negara Malaysia ini. maksud saya dari mangsa mereport siasatan perbicaraan dan hukuman
    2 bagaimana saudara tahu yang jenayah akan turun apabila hudud dilaksanakan
    3 menurut saudara "hukum jenayah islam ini terpakai kpd semua umat manusia x kira agama." menurut apa yang saya belajar selama 30thn ni dan dari sumber2 ustaz dan pendakwah terkenal bahawa hukuman jenayah Islam ini hanya untuk umat Islam Haram dan berdosa dilaksanakan pada bukan umat islam, mereka haruslah dihukum dengan hukuman mengikut agama yang dianuti masing2. kecuali mereka rela dihukum mengikut hukum jenayah islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah bagus jika saudara alam roulan sokong hudud. Anda telah belajar selama 30 thn. Sepatutnya saya yg perlu bertanya kpd saudara krn saudara lebih lama belajar dari saya. Baik, untuk menjawab soalan2 tersebut oleh krn usul hudud tak dibentang lagi di parlimen jadi ini mengikut fahaman saya.
      1. Bagaimana nk jalankan hudud di malaysia? Bilamana majoriti rakyat menyokong dan diluluskan parlimen serta majlis raja2 juga bersetuju maka ia dpt dilaksanakan. InsyaAllah. Hudud hanya utk jenayah curi/ragut/rompak/samun, zina/liwat/rogol. Proses siasatan jenayah bermula mcm biasa iaitu mangsa buat report polis dan siasatan akan dilakukan dgn teliti. Cukup saksi dan terbukti bersalah, hukuman akan dijalankan. Suspek tidak perlu ke penjara. Utk lebih kefahaman tentang hukum ini saudara boleh check ustazabdulwahab.wordpress. jadi saya x pyh taip panjang2.
      2. Oleh krn anda masih lg x nmpk kesannya sebab ia masih belum dilaksanakan di malaysia, jadi kita terbang ke 2 kota suci islam iaitu mekah dan madinah yg melaksanakan hukum jenayah islam. Berapa kadar jenayah di sana saudara boleh kaji sendiri n kalau nak tahu di sana tokey kedai selamba tinggalkan kedai pegi solat kat masjid tanpa takut kene curi.sebab apa? Kesan hukum Allah..jenayah di sana kurang.
      3. Untuk mendapat keadilan seharusnya hukum ini terpakai kpd seluruh umat manusia. Di sini lah yg selalu org pertikai yg mana bkn islam takut nak terima hukum ini krn apa?
      -mungkin mereka ini kaki curi, rompak, maksiat jadi mereka takut.
      -silap umat islam sendiri xnk tarbiah pd org bkn islam tp cume cerita potong tangan mcm nk takutkan dorg.mcmla potong tgn tu suka2.klu x slh buat apa takut.
      Saudara cuma ambil sumber dari ustaz2 dan pendakwah terkenal tapi manusia ni boleh buat silap. Rujuklah al-Quran dan Hadits..
      An-Nisā':60 - Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.
      P/s : saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.

      Padam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.