Jumaat, Mei 23, 2014

'klia2' ITU SALAH


Saya tertarik dengan tulisan Profesor Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia dipaparkan oleh Berita Harian.

Singkatan nama lapangan terbang terbaharu, ikon rasmi negara itu, ditulis 'klia2', salah.

Sepatutnya ditulis 'KLIA2' kerana itu nama khas.

"Jangan diteruskan penggunaan bentuk yang salah ini atas apa-apa jua alasan. Natijahnya ialah sebagai nama tempat khusus, ia kata nama khas. Untuk ini, cara tulisan kata nama khas dalam sistem Rumi mana-mana bahasa pun, termasuk bahasa Inggeris, sudah ditetapkan," catat beliau.

Klik di sini untuk membaca artikel disiarkan.

Jika pihak pengurusan atasan Malaysia Airports Holding Berhad berjiwa besar, bentuk tulisan itu pasti akan ditukar. Jika kita tidak menghormati bahasa ibunda sendiri, siapakah lagi?

15 ulasan:

  1. Bagi aku tak apa.. Biar jadi pelik sikit, baru ramai orang nak tahu dan senang ingat. Bahasa Jiwa Bangsa

    BalasPadam
  2. bila benda salah org anggap betul,maka selamanya yg salah itu jd tak salah.camna nak ajar budak salah dan betul?

    BalasPadam
  3. Maafkan sy, penulis ada menyatakan tentang cadangan menukar klia 2 kpd KLIA2 dan kenyataan kalau tidak menghormati bahasa ibunda sendiri. Tetapi bukankah Klia itu sendiri adalah akronim dlm bhs Inggeris. Jadi apa kaitan nya? Cuma pendapat dan kesangsian, mohon diperbetulkan jika sy silap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya masih berpegang kepada kenyataan itu. Kalau bukan kita memartabatkan bahasa ibunda siapa lagi? Entri ini menyentuh penggunaan bentuk tulisan salah. MAHB sepatutnya menggunakan nama lapangan terbang dalam bahasa Melayu.

      Padam
    2. LTAKL2 - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, ini baru betul...

      Padam
  4. SMTI-Kerosakkan dan terpinggirnya Bahaha Bahasa Melayu adalah akibat sikap para pemimpin, media dan orang Melayu sendiri, terlalu mengagung agungkan Bahasa inggeris. Perkataan Melayu asal sudah ada tapi di pinggirkan akibat kegemaran PM yang suka berbahasa Inggris. Tolonglah wahai PM, TIADA BANGSA YANG MEROSAKKAN DAN MEMINGGIRKAN BAHASA MEREKA SENDIRI DI DUNIA INI KECUALI ORANG MELAYU DAN PEMIMPIN MELAYU.

    Nota:- 8 tahun di Minnesota, namun Bahasa Melayu tetap pilihan utama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. "TIADA BANGSA YANG MEROSAKKAN DAN MEMINGGIRKAN BAHASA MEREKA SENDIRI DI DUNIA INI KECUALI ORANG MELAYU DAN PEMIMPIN MELAYU"

      ayat penulis atas ni, saya lemparkan balik dari mulut saya ke muka The Red Irony.

      Padam
  5. KLIA 2 tepat - Kuala Lumpur International Airport 2. Kalau KLia 2 maka jadinya Kuala Lumpur international airport 2.Kata Nama wajib abjad awalnya berhuruf besar (capital letter).

    Terima kasih kpd Professor berkenaan.Dan terima kasih kpd Encik Mazidul.

    Perkara yg mudah jgn disusah-susahkan.

    BalasPadam
  6. ah. pening aku. yg kau org tulis Smti tu apa mksdnya. dr dulu aku asyk pikir tp xtau mksdnya

    BalasPadam
  7. Saya Membaca Tampilan Ini (SMTI)......takyah pening tanya mr gOOgle pun bleh.

    BalasPadam
  8. Ini namanya "branding" (penjenamaan), bukan semata-mata huruf singkatan atau akronim (acronym, hmmm).

    Sama seperti "ntv7" yang menggunakan singkatan huruf kecil sejak dulu lagi.

    Boleh tanya orang marketing kalau tak faham.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.