Sabtu, Mei 31, 2014

KEPALANYA TERCERAI DARIPADA TUBUH


[ Anak gelandangan ]

Ramai telah membaca kisah kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun 6 bulan, Siti Soffea Emelda ABDULLAH, leher dikelar sehingga terputus kepala di tepi Sungai Kelang, berhampiran Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Tengkorak belakang kepala mangsa didapati pecah akibat hentakan kuat dalam kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam, 29 Mei 2014. Mayat Soffe ditemui tertiarap dan berpakaian lengkap.

Ibu mangsa, Siti Salmy Suib, 32 tahun, penganggur dan hidup bergelandangan di ibu kota. Pada jam 3 petang, anak kecil itu ditinggalkan ibunya di tingkat 4, Kompleks Kota Raya bersama rakan segelandangan sebelum masuk ke tandas.

Mangsa kemudian didapati hilang.



Hasil maklumat disalurkan oleh orang awam, suspek dipercayai warga asing, berbangsa India dilihat mendukung kanak-kanak menyusuri tebing Sungai Klang. Suspek juga merebahkan mangsa dan kemudian menghempaskan sesuatu ke kepala kanak-kanak terbabit.  

Dikejar oleh orang ramai dan polis, suspek terjun ke sungai berhampiran. Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon, dia mungkin mati lemas.


Gerakan mencari suspek dilakukan oleh Jabatan Bomba dan penyelamat, kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Kuala Lumpur.

Serpihan seramik tajam dan sepasang selipar milik suspek ditemui di lokasi kejadian.



Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Menurut polis, motif kejadian masih lagi disiasat.


Kawasan kira-kira 50 meter dari pusat membeli-belah, Kota Raya, lokasi kelompok gelandangan tidur pada waktu malam.



Antara mereka anak warga Rohingya. 


Saya pernah menemui sebilangan daripada gelandangan terbabit pada November 2011.

Klik di sini.


13 ulasan:

  1. Majlis agama wilayah perlu wujudkan rumah utk twmpatkan gelandangan ni..kuatkuasakan undang2 yg mcegah gelandangan.

    Kerajaan tolonglah hadkan kemasukan pelarian..blh wjudkan ketidakstabilan dlm negara bkn hanya dri aspek jenayah..kemanusiaan ada caranya..bknhanya tumpangkn dlm negara..

    BalasPadam
  2. muda dan sehat...itu lah kebanyakan gelandangan yg sy tgk kt pasar seni..puncanya..pemalas...malas nk kerja..malas nk berusaha..tggu NGO2 bg mknan free..

    BalasPadam
  3. Saban minggu kita acap kali dikejutkan dengan musibah jenayah samada secara terancang maupun spontan. Ramai yang menjadi mangsa adalah dikalangan mereka mereka yang tidak berdosa termasuk anak anak kecil. Persoalanya kenapa kejadian sebegini semakin menjadi jadi lebih lebih lagi bila kekejaman tidak berperikemanusiaan yang dilakukan ini tanpa mengira batas usia. Jangan ada diantara kita yang cuma tahu menuding pada pihak berkuasa seperti PDRM tapi seharusnya kita sedar dan insaf apakah peranan kita sebagai rakyat yang (jika masih) ada kesedaran sivik telah kita laksanakan bagi membantu pihak berkuasa membenteras kejadian jenayah terutamanya didalam mukim kita sendiri - tepok dada, tanya selera...

    BalasPadam
  4. what to do..PANDA dari luar disusukan...anak dirumah mati dibunuh..ini contoh Tuhan nak tunjuk...mengajak manusia berfikir...SEDARKAH KITA?

    BalasPadam
  5. kenapa jadi gelandangan?
    1. malas
    2. terlibat dengan dadah
    3. tak sempurna akal
    4. sengaja memilih sebagai pengalaman hidup
    Senarai pendekkan sebab2, pihak berwajib ambil action.

    BalasPadam
  6. manusia gelandangan di utus kan oleh ALLAH TAALA utk mguji keimanan kita semua dlm membantu mereka, tiada sape mau di jadi kan begini, kita semua akan di persoalkan dan di pertanggung jawap kan nanti... jangan menuding satu jari ke arah pihak lain, sedang kan 4 jari lagi menunjuk ke arah kita..

    BalasPadam
  7. I'm more curious about the reason why the suspect did that such a horrible thing?! How can he mutilated a young beautiful daughter?

    Melihat para gelandangan itu terasa perih, dalam undang-undang (law) kami dikatakan anak terlantar menjadi tanggungan negara, tapi ternyata pada kenyataannya negara sama sekali tidak bertanggung jawab. Jadi boleh mengiri kepada Inggris yang gelandangannya pun diberi gaji -_-

    Btw, blognya terlalu berat.... loadingnya jadi lama ^^

    BalasPadam
  8. baru minggu ini berita tentang kanak2 meninggal akibat disimbah air panas oleh penjaganya...sekarang kes kejam lagi terhadap kanak2...kepada ibu bapa jagalah anak anda sebaik mungkin...sayangi mereka.al fatihah buat adik2 tersebut...

    BalasPadam
  9. Kenapa ini terjadi? Kerana kita tidak kuatkuasakan undang2 Islam berdasarkan Al Qur’an dan Hadits untuk mencegah jenayah..dan juga kalau semua umat islam di malaysia khasnya dan dunia umumnya membayar zakat (bkn sekadar zakat fitrah) dan zakat diagih dgn adil utk membantu setiap umat islam pasti kemiskinan/gelandangan berjaya di atasi. InsyaAllah..

    BalasPadam
  10. SMTI-Bro Mazidul mengisahkan pembunuhan, tapi ulasan lebih kepada gelandangan. Tiada pemahaman agaknya. Apapun, pihak berwajib hatus kembali kepada Yang Azali, pematuhan, penguatkuasaan fan pengamalan undang undang Islam yang semuanya termaktub di dalam AlQuran dan Hadith. Pucuk pimpinan harus bertaubat dan kembali ke negara dan memompin serta mentadbir mengikut sunnah Rasul. PM harus mencontohi Para Sahabat Rasul, Syaidina dan Khalifah, bukan asyik ke luar negara kecuali mengembangkan Islam. Syaidina Umar tidak pernah keluar negara kecuali berperang, kesejahteraan, kesihatan dan kemakmuran negara dan rakyat adalah lebih penting daripada perniagaan dengan negra lain, bila negara kukuh dan aman, perniagaan akan datang sendiri.

    BalasPadam
  11. ramai yang hanya pandai cakap je kat sini tapi diri sendiri tak muhasabah dan tak buat apa2.
    tak prihatin dan takut nak tolong orang. masing2 pentingkan diri sendiri. tak kira org kg ke org Bandar.
    Nampak orang susah tepi jalan boleh pulak buat2 tak nampak.
    boleh blah la dengan komen korang semua kat sini.
    *p/s: tolonglah Malaysia..jgn pandai cakap je..*

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.