Komunikasi tidak mampu disempurnakan tanpa penerima panggilan atau pendengar, audien. Jika menggunakan telefon bimbit, tanpa panggilan diangkat, kita tidak mampu berhubung.
Oh! Saya tahu.
Sebilangan rakan kita memang berperangai pelik. Mereka mencari kita andai diperlukan tetapi membiarkan telefon bimbit berdering tatkala kita menelefon . Walhal mereka sedar dan melihat nama kita tertera di skrin telefon mereka.
Saya percaya, pembaca juga mempunyai kenalan sebegitu.
Jika tidak bermesyuarat, bukan tidur lena atau sibuk, ertinya mereka tidak berminat untuk berkomunikasi dengan kita. Jika hanya satu panggilan kita buat, mungkin mereka mempunyai alasan tidak mampu disanggah. Namun andai kita membuat panggilan berulang kali pada hari berbeza, panggilan masih tidak dijawab, apakah ertinya tindakan mereka?
Mudah, mereka tidak menganggap panggilan kita penting untuk dijawab. Justeru, lupakan sahaja mereka dan padamkan nombor telefon terbabit.
Bolehkah begitu?
Secara profesional, andai tidak berpeluang menjawab panggilan telefon kerana sibuk, hantarkan pesanan ringkas, SMS. Nyatakan kepada pemanggil, kita akan menghubungi mereka semula sebaik berpeluang.
Susahkah?
Tidak. Satu SMS berharga di antara 10 dan 15 sen atau kekadang percuma.
Saya memang sukar dihubungi jika pulang ke kampung di Tanjung Malim, Perak.
Mengapa?
Kerana sedang kampung lain dibekalkan dengan kemudahan talian komunikasi, Kampung Sungai Bil tidak. Wakil rakyat dahulu bernaung di bawah Pakatan Rakyat, PR, kemudian melompat menjadi wakil rakyat bebas. Akhirnya, rakyat diwakilinya terus dibelenggu pelbagai masalah.
... termasuk kampung tanpa talian telefon tetap atau mudah alih.
Hebat! Sedang kerajaan bercerita mengenai kemudahan jalur lebar percuma di Kuala Lumpur, penduduk Kampung Sungai Bil, klik di sini, amat sukar dihubungi.
Kemanakah perginya pemimpin Barisan Nasioanal, BN? Pemimpin PR? Adakah masalah komunikasi di Kampung Sungai Bil diketahui oleh Menteri Besar Perak?
... atau selama ini beliau tidak dimaklumkan oleh pemimpin bawahan?
Biarlah pemimpin BN di daerah itu memberikan penjelasan. Sia-sia selama ini saya mencurah air ke daun keladi. Banyak entri saya tulis mengenai masalah ini tetapi tiada tindakan dilaksanakan. Jika ada sekalipun, bak melepas batuk di tangga.
Jadi pada pilihan raya akan datang, wakil rakyat terkini TIDAK perlu diundi semula.
Tidak lama lagi, calon wakil rakyat bakal sibuk berkempen di kampung saya. Pilih calon terbaik, bukan calon bijak berjanji tetapi tidak mempunyai inisiatif untuk memenuhi janji ditaburkan.
posted from Bloggeroid
dalam sangat kot...
BalasPadambiasanya begitulah. tempat saya pun sejak diambil alih (Hulu Selangor), muka pun tak pernah nampak. Hampir pilihanraya, pasti 'kerang busuk' ini akan kita temui..
BalasPadamramai ke penduduk kat sana... kalau berbaloi invest pasang menara dan kabin, mungkin banyak telco berebut2 pasang RBS mereka...
BalasPadamIni bukan masalah berbaloi atau tidak kpd telco. Ini masalah penduduk & masalah kemudahan asas. Mana2 telco sepatutnya prihatin terhadap keperluan komunikasi kpd penduduk setempat. Takkan asyik nak fikir buat untung saje. Tanggungjawab sosial pun harus difikirkan juga.
BalasPadamUtk pengetahuan saudara Mazidul, kampung saya berdekatan dgn kampung saudara. Kampung saya di Kg Sungai Jurong. Menghadapi masalah yg sama juga.
Sungai Bil bawah kawasan PR kot? hihihi :)
BalasPadam(Bro Mazidul jangan marah ye.. gurau di petang hari :) )
maaf saudara mazidul,kg saya pun tiada coverage telefon walaupun terletak lebih kurang 14km dari kuala kangsar, terletak dalam parlimen P61 dun N19.dua-dua wakil BN,sama je BN=PR kalau x buat kerja.nak telefor kena panjat bukit..huhuhu nasib org kuat BN
BalasPadam