Jumaat, Februari 15, 2013

BUDAYA APAKAH PULA DISUBURKAN OLEH ANWAR IBRAHIM?

Teruja amat  membaca pelbagai kisah senario politik berlaku kebelakangan ini.

'Serang siswa di Pekan, NAJIB SUBURKAN budaya samseng' kata Presiden Mahasiswa KEADILAN,  Haziq Abdul Aziz, klik di sini.

Baca juga di sini.

Jika dakwaan itu benar, polis wajib mengambil tindakan tegas kepada suspek terbabit.

Idenya mudah,  jika mereka terbabit dalam kegiatan parti pembangkang mendakwa  diserang, tudingkan jari kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ok?

Jika harta kerajaan Negeri Selangor, Kompleks Muhibbah Petaling Jaya  dijual oleh PKNS kepada syarikat halimunan,  jari harus ditudingkan ke arah siapa? 


Sejak 2 Februari lalu, saya telah menulis 9 entri ...










Kira-kira jam 10 malam tadi, sewaktu melintasi kompleks terbabit, saya mendapati Jalur Gemilang diserahkan seorang daripada penduduk Kota Damansara kepada pengawal keselamatan bertugas, masih tidak digantung lagi.

Tuding jari kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kah?

... kerana sebelum ini  premis terbabit dimiliki oleh kerajaan negeri di bawah naungan Pakatan Rakyat, PR dan kemudian dijual.

Semalam saya sempat berbual bersama seorang daripada peniaga Uptown D' Kota.

"Setahun lalu, sewaktu pihak pengurusan hendak menaikkan harga sewa gerai daripada RM200 ke RM500, mereka memanggil peniaga dalam kumpulan kecil untuk berbincang. Peniaga dipecahkan agar mereka sukar berhujah. Sehingga kini peniaga dilarang  menubuhkan persatuan peniaga," ujarnya.

Salah siapa? Datuk Seri Anwar juga?

Fakta ...

Sehingga hari ini, tiada papan tanda hak milik syarikat pembeli dipaparkan setelah lebih setahun beroperasi secara halimunan. PKNS belum lagi melaksanakan tindakan mengikut prosedur sepatutnya, mengarahkan papan tanda dinaikkan. PKNS di bawah kerajaan negeri PR.

Salah Datuk Seri Anwar?

Pada masa sama, pemilik kompleks wajib memohon lesen peniagaan berkelompok sebelum dipecahakan kepada semua peniaga. Tindakan itu juga belum dilaksanakan dan nampaknya Bahagian Perlesenan MBPJ setakat ini tidak mengambil tindakan. MBPJ di bawah kerajaan negeri diperintah oleh PR.

Juga salah Datuk Seri Anwar? Bolehkah begitu?

Apakah pula budaya DISUBURKAN oleh pemimpin nombor satu PR itu dalam kes ini?

Agak-agaklah kalau hendak menulis sekalipun.

YB senyap, MB membisu, saya penat.

Kalau berasa seperti hendak meroyan, tidak perlu mencatatkan komen, baca sahaja, sudah. Tindakan itu lebih daripada mencukupi. 

Kepada mereka memaksa saya memaparkan komen tiada kaitan dengan isu disentuh, lupakan sahaja.



Apakah berlaku? Klik di sini.

7 ulasan:

  1. Anwar dan MB Selangor senyap sebab Buletin Utama tak pernah nak tanya. Asyik tanya sebelah pihak je. Penjelasan pihak yang satu lagi tak pernah pulak nak ambik pedulik. Journalism pekebenda.

    Wartawan Melodi punya buat kerja lagi bagus. Walaupun gosip murahan artis, sekurang-kurang penjelasan dari kedua-dua belah pihak diambil secara adil dan saksama.

    Tahap profesionalisme wartawan hiburan lebih baik daripada wartawan berita semasa.

    BalasPadam
  2. sama dengan apa saya perhatikan..sikit2 salah PM kita..klu benda ni terjadi kat kita,depa kata ni propaganda..mcm ahli PAS yg membantah isu kalimah ALLAH semua disalahkan kepada UMNO..xpaham teman..

    BalasPadam
  3. Bro Mazidul,

    Maaf, saya bukan mahu meroyan. Juga bukan mahu menyindir;

    Orang yang berani bersuara seperti bro (di dalam dan di luar alam maya), susah dicari. Soalan saya; bro Mazidul berminat masuk bertanding dalam PRU13? Demi negara dan demi rakyat.

    BalasPadam
  4. Mereka tu semua suci murni belaka...puak maksum lah katakan...
    Terima kasih Sdra Mazidul kerana mendedahkan masalah rakyat.Selalu nya di pandang remeh tapi bagi rakyat biasa masalah yang melibatkan keperluan asas ada lah masalah besar buat mereka...contoh longkang tersumbat,jalan berlubang,sampah tak di angkut,lampu jalan tak ada...dll.

    BalasPadam
  5. Budaya fitnahlah yang disuburkan oleh Anwar Ibrahim.

    Dulu, saya pun menyanjunginbya. Tapi dengan pelbagai penipuan, kita tak boleh memperdaya semua orang dalam setiap masa.

    Bro Mazidul, saya dapat info Ustaz Haron Din kuar PAS, tolong sahkan betul ke atau sekadar kisah angin lalu?

    BalasPadam
  6. Budaya itu ialah:-
    1. Pijak gambar PM
    2. Bakar bendera Malaysia
    3. Buka pusat pelacuran sebanyak banyaknya di Selangor
    4. Cina kafir tidak hormatkan Islam
    5. Cina kafir tidak hormat Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Agong
    6. Rumah yang dibina hanya untuk kaum Cina yang memang berkemampuan dan mudah dapat kelulusan pinjaman oleh Public Bank, Hong Leong Bank.
    7. Cina senang nak berniaga, Melayu nak berniaga di kenakan sewa yang terlalu mahal.
    8. Harga barang semakin naik
    9. Budak Melayu keluaran Universiti makin susah fapat kerja walaupun CGPA 3.67 dan keatas.
    10. Budak Melayu ramai yang merempit
    11. Budak Melayu majoriti jadi gay
    12. Budak Melayu makin ramai jadi pelacur dan GRO
    13. Zina makin menjadi jadi
    14. Budaya curi tanah kerajaan tempatan
    15. Melayu Pulau Pinang makin terpinggir dan dihalau dari tanah sendiri
    16. Kemasukkan idiology Singapura
    17. Kalimah Allah dipermainkan
    Banyak lagilah... Itulah jasa dan budaya yang dikembangkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim

    BalasPadam
  7. Jam omega hilang
    Salah najib kah?

    Makan karipap inti daging
    Salah tokeh kedai kah?

    Hahaha

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.