Saya tidak pernah menghadirkan diri di majlis ceramah politik sebelum ini.
"Jom ronda tempat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim berceramah," jemput rakan baik saya.
Lalu kami berdua bergerak ke padang bola, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Kelihatan banyak kenderaan diparkir di tepi jalan.
"Biar aku pergi ambil gambar," ujar rakan.
Berikutan ketiadaan ruang parkir, saya terpaksa menunggu di dalam kenderaan sambil mendengar ucapan Anwar Ibrahim di pentas terletak kurang 100 meter dari lokasi kenderaan dipakir.
"Olympus water proof," kata rakan sambil berjalan ke arah pentas didirikan berhampiran tiang gol.
Di bawah antara gambar dirakamkan oleh rakan itu. Ternyata gambar dihasilkan agak kabur apabila kamera canggih kalis air itu digunakan di daratan pada waktu malam.
Gambar dari sudut sisi kanan pentas.
Gambar dari tengah ke belakang.
Gambar gerai di tepi padang.
Gambar dari belakang (tiang gol) ke tiang gol, lokasi pentas ceramah.
"Ini bukan standard Anwar Ibrahim, orang datang (memenuhi) suku padang. Tidak berapa ramai," komen rakan sebaik selesai merekodkan gambar di atas.
"Selalunya ramaikah orang mendengar beliau berceramah?," soal saya.
"Lebih daripada inilah," balasnya ringkas.
Anwar Ibrahim, antaranya mendakwa beberapa pemimpin UMNO mengamalkan sikap kronisme termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Dakwaan itu, saya kira berulang kali disebarkan di tempat lain sebelum ini. Lalu mata saya berasa mengantuk dan terpejam.
Lena seperti dua anak kecil tidur di atas padang.
Lena seperti dua anak kecil tidur di atas padang.
Sebaik terjaga, saya terfikir ...
Saya berasa hairan, mengapakah sebilangan pemimpin, lebih gemar mengutuk pemimpin lain sewaktu berceramah? Bukankah lebih molek jika mereka menerangkan kepada masyarakat antara perancangan disusun atur untuk membantu rakyat hidup lebih selesa sekiranya memenangi Pilihan Raya ke-13 TANPA memperlekehkan pemimpin parti lawan?
Sejak 2 Februari lalu, saya membangkitkan kes penjualan Kompleks Muhibbah Petaling Jaya kepada syarikat swasta berstatus HALIMUNAN.
Klik di sini untuk membaca isu setakat ini belum lagi diperjelaskan oleh Pakatan Rakyat, PR.
Sebagai penduduk Kota Damansara, saya kepingin FAKTA sebenar didedahkan.
1. Mengapakah selepas setahun beroperasi tidak kelihatan papan tanda hak milik syarikat pembeli?
2. Kepada siapakah PKNS menjual kompleks pernah dijadikan pasar untuk penduduk Kota Damansara membeli barangan basah itu?
3. Berapakah harga kompleks itu dijual?
4. Mengapakah PKNS masih tidak mengarahkan papan tanda syarikat pemilik dinaikkan?
5. Adakah kompleks itu memiliki lesen untuk menjalankan kegiatan perniagaan?
6. Adakah benar tanah di sekitar kompleks bakal dibangunkan untuk projek perumahan?
7. Bagaimanakah nasib kira-kira 300 peniaag kecil di Uptown D' Kota selepas ini?
Tidak logik jika harta milik PKNS (kerajaan negeri Selangor) itu dijual kepada penyokong Barisan Nasional sedangkan Selangor diterajui oleh PR.
Kronisme?
Usahlah membiarkan masyarakat meneka dalam kesamaran. Perjelaskan isu agar tidak menimbulkan fitnah.
Di pentas ceramah, Anwar berbicara lantang mengenai isu besar, sedangkan wakil rakyat, Dr Nasir Hashim dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim masih gagal memberikan penjelasan berhubung kes penjualan kompleks terbabit.
Tanya kepada kakitangan PKNS dan MBPJ, mungkin ramai berasa HAIRAN berikutan transaksi jual-beli berlaku.
Hemat saya, ada baiknya, pemimpin UMNO di Kota Damansara pergi menjenguk peniaga Pasar Tani pada hari Ahad. Bekalkan mereka tandas bergerak, justeru peniaga tidak lagi perlu merayu pihak pengurusan Kompleks Muhibbah Petaling Jaya untuk menggunakan tandas.
Actions speak louder than words.
Maaf, saya blogger tidak dibayar oleh parti politik.
:)
BalasPadamDulu masa zaman saya sekolah rendah tengok wayang di padang bola..sebijik macam ni. Kira orang yang datang tu datang nak tengok wayang. Yg berceramah main wayang.
BalasPadamSaya suka tag line "saya blogger tidak dibayar oleh parti politik"
BalasPadamTerbaekkkkkkk
BalasPadambiasa la bro mazidul...nama pun politiciant, apa yang die buat je betoi..walaupun tak betoi, nak cakap betoi gak...gila kuasa, dulu dia cakap pembinaan Putrajaya satu pembaziran TAPI...awat la ni depa dok gila nak tawan Putrajaya...memang cakap tak serupa bikin....
BalasPadamMohon Anwar Najib dan Mahathir berdebat tentang masa depan negara. Tapi najib cakap tu bukan budaya kita. Apapuntakbleh
BalasPadam#BANkami
SMTI.
BalasPadamSaya juga terfikir hal yang sama. Mengapa ahli politik gemar memburukkan antara satu sama lain. Saya pernah dengar ceramah daripada Nurul Izzah dan juga ceramah PAS. Sama lebih kurang intipatinya.
abang mazidul dah kena liwat.....haha
BalasPadamsalam encik mazidul,
BalasPadamsaya suka entry kali ini.
BalasPadammemasing nak tunjuk kehebatan ..
yang nyata org lebih suka "auta" dari fakta ....
at the end ... rakyat jadi "hakim" ...
marilah kita mengundi ... huhuhu
ceramah cerita lama ulang-ulang. Takde perkara baru nak kembang minda.
BalasPadamAltantuya, Kapalselam, Lembu, Mahafiraun, Cincin,
Altantuya, Kapalselam, Lembu, Mahafiraun, Cincin,
Altantuya, Kapalselam, Lembu, Mahafiraun, Cincin,
Altantuya, Kapalselam, Lembu, Mahafiraun, Cincin,
Altantuya, Kapalselam, Lembu, Mahafiraun, Cincin,
Altantuya, Kapalselam, Lembu, Mahafiraun, Cincin,
bla bla bla
kalimah allah,sokong israel,liwat,khalwat,hisap kemaluan dalam tandas,ladang rakyat,air tahi,hiv paling tinggi,balak.....take beer....take beer
BalasPadamJemputlah artis,gerenti penuh padang...
BalasPadamAwas di tepi2 padang tu bnyak kaca dari botol2 kaca yang di pecah kan oleh pemabuk tegar sesetengah kaum di kota damansara....pesanan saya kalau nak mabuk sekali pun sesudah habis minuman itu silalah buang di tong sampah...jangan lah di pecah kan..tak boleh di tgur puak ni..jika di tegur di kata kan kita ni rasicst....batu besar kapla ada duduk....harap adun kota damansara datuk sivarasan ajar anak buah nya menjadi insan yang cemerlang....
BalasPadam