Khamis, Februari 28, 2013

PENCURI

Saya baru dimaklumkan ...

Jika menaiki kapal terbang ke China, berhati-hati. Sebilangan penumpang dari Negara Tembok Besar itu didakwa sering mencuri beg sandang penumpang lain diletakkan di ruang simpanan di atas kepala.

"Kekadang kita duduk di belakang tetapi beg kita masukkan dalam head compartment di hadapan. Jadi bila penumpang China turun, mereka rembat sekali. Ada antara mereka ditangkap dan kemudian berpura-pura tersalah mengambil beg. Mereka tahu selalunya penumpang menyimpan wang tunai di dalam hand lugage," jelas rakan.

Kes kecurian dikatakan jarang berlaku di Jepun dan Korea.

"Di Korea, jika tertinggal handphone di restoran, esok datang kembali, masih ada. Kawan saya tertinggal kamera di lapangan terbang di Jepun dan tersedar tatkala berada di dalam teksi untuk ke hotel. Dia berpatah kembali dan mendapati kamera miliknya masih ada di atas kerusi," celah rakan sama.

Di Malaysia?

Tertinggal harta benda di tempat awam, lazimnya lesap. Harta kita, harta mereka.

Jika pembaca memounyai pengalaman harta benda dicuri, kongsikan kejadian itu di sini.
posted from Bloggeroid

8 ulasan:

  1. Di Malaysia kalau tak tertinggal pun boleh hilang. Jauh lagi mentaliti rakyat kita. Jangan la nak dibandingkan dengan sikap dan mentaliti masyarakat negara Jepun, malu kita nanti.

    BalasPadam
  2. tak juga.. bergantung kepada siapa yang menjumpainya. saya pernah tertinggal samsung galaxy tab di kaunter cashier di sebuah kedai di LCCT. On the way balik ke rumah baru tersedar tablet tu takde. Bila pergi semula ke kedai tu, tablet tu masih ada di kaunter. mungkin boleh berserah kepada nasib?

    BalasPadam
  3. pernah hilang hanphone masa pilih baju kt butik baju, xsampai 10 saat saya terletak hp atas baju, hp dah lesap.hebat2. dah beberapa bulan lepas tu saya terjumpa iphone ada org tertinggal, oleh kerana paham perasaan mcmana hp hilang, saya cari balik tuan punya hp tu

    BalasPadam
  4. tengok pada nasib rasanya, dan tengok jugak harta kita tuh dah 'dibersihkan' or tidak...

    BalasPadam
  5. Suami pernah tertinggal beg (kamera Nikon + USD + RM + Passport) dalam bas menuju KL sentral dari LCCT. Baru perasan bila dah naik atas area kedai2 tuh. Bila call driver bas, driver kata masih ada. Driver suh tunggu kat perhentian bas kat bawah sbb bas akan pusing blik. Bila pergi kat bas tuh, driver bas ckp masa turun tadi dia dah tanya kat penumpang lain sape ada tertinggal beg, dia ckp ada org dah ambik beg tuh. Tak tau mana satu yg betul.

    BalasPadam
  6. Masa hari bersanding saya, handbag wife hilang semasa bersanding. Itulah akibat dari lalai. Lalai sesaat, menyesal seumur hidup (salah 1 moto pasukan tentera ATM). Total lost, rm13k termasuk cash, brg kemas, gadget & lain2 harta yg ada dlm handbag. Mmg 'makan besar' si penyamun tu. Mahal sungguh harga pengajaran yg saya bayar akibat dari sifat lalai.

    BalasPadam
  7. itu brg mahal,sy pernah tertinggal payung tak sampai 10 minit cari balik dah takde..cepat sungguh hilang...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.