Rasanya, ramai sudah mengetahui berhubung kenyataan pelawak popular, Salih Yaacob membuat keputusan bersara daripada dunia seni.
Salih juga menyerahkan nasibnya sebagai penyampai radio kepada pihak pengurusan syarikat penyiaran terbabit.
Utusan Malaysia melaporkan, Salih berkata ...
"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat"
Melihat kenyataan dikeluarkan, seperti ada sesuatu tidak kena. Masakan Salih tidak mengetahui isi terperinci skrip DITUTURKANNYA dan tujuan rakaman video menggunakan hanya satu kamera itu. Tidakkah dia bertanya kepada kru produksi, di manakah rakaman terbabit akan disiarkan?
Tentunya bukan di slot drama televisyen atau panggung wayang.
Lebih membuatkan saya berasa keliru, mengapakah hanya Salih paling banyak dimaki-hamun berbanding pelakon lain?
Jika ditonton dua klip video di atas, ramai lagi pelakon terkenal Malaysia terbabit menjayakan rakaman video kini disiarkan di secara meluas di blog dan You Tube.
Antara pelakon dikenal pasti, Adlin Aman Ramlee, Raja Azura, Nabil Raja Lawak dan Harith Iskandar.
Pihak pembangkang dilaporkan berhasrat memboikot stesyen radio Sinar FM kerana Salih bertugas di stesyen itu.
Gentarkah Sinar FM? Bilangan pengundi berdaftar pada tahun 2013, berjumlah lebih 13 juta orang dan bukan semua mereka penyokong parti pembangkang.
Jika diperhatikan sebelum ini penyanyi tersohor, Aishah, pelakon, Abby Abadi dan Hairie Othman berceramah di pentas parti pembangkang. Mereka secara terang-terangan menghentam sebilangan pemimpin kerajaan. Video klip di atas hanya memaparkan sindiran sinis, tidak menamakan parti atau mengutuk pemimpin Pakatan Rakyat secara terus. Majoriti rakyat Malaysia tidak menunjukkan kebencian terlampau kepada mereka. Bukankah tindakan mereka itu digelar kebebasan bersuara?
Hakikatnya, artis juga pengundi, justeru mereka berhak menyokong parti dirasakan sesuai untuk memerintah negara.
Menongkah arus tidak bererti mereka bersalah.
Jika bagi pandangan penyokong parti pembangkang, skrip diungkapkan oleh pelakon di dalam klip video itu bercanggah dengan undang-undang, buat sahaja laporan polis. Manalah tahu andai tindakan mereka itu boleh disabitkan mengikut Kanun Keseksaan dan mahkamah kemudian mengarahkan klip video itu dilarang untuk disiarkan.
Hakikatnya, artis juga pengundi, justeru mereka berhak menyokong parti dirasakan sesuai untuk memerintah negara.
Menongkah arus tidak bererti mereka bersalah.
Jika bagi pandangan penyokong parti pembangkang, skrip diungkapkan oleh pelakon di dalam klip video itu bercanggah dengan undang-undang, buat sahaja laporan polis. Manalah tahu andai tindakan mereka itu boleh disabitkan mengikut Kanun Keseksaan dan mahkamah kemudian mengarahkan klip video itu dilarang untuk disiarkan.
Jika tidak, cuba perbetulkan kenyataan didakwa 'salah' menggunakan media sosial.
Bukan memaki-hamun bertali arus.
Bukan memaki-hamun bertali arus.
Saya dah tengok klip video tu... Lawaknya tidak lah keterlaluan... dan tidak ada nama mana-mana pemimpin parti politik di sebut. saya tak nampak pula dia menghina para pengundi... Saya berpendapat, tiada sebab Salih bersara disebabkan alasan ini.
BalasPadamElok la tu dia berenti masuk umno jadi wakil rakyat nak tengok juga apa janji capati dia nak buat
BalasPadam
BalasPadamini lah nama nya kebebasan bersuara.. (tapi xtau y pihak mana bebas bersuara..) donia2...
music mp3
saya rasa takde masalah pun..cuma kita kena openminded ler.
BalasPadamjumud dan taksub...parti mana pun sama je...yang kaya depa anak beranak gak...kita yang makan gaji XPERLU berdaftar dengan mana-mana parti pun. daftar dgn parti belum tentu ke sorga kalau perangai buruk.***YANG PENTING, GUNA CHANNEL YANG BETOI...PILIH MASA MENGUNDI. yang dok riuh2 ni penah mengundi ka? lagi malang, daftar pengundi pun xpenah...hampaih
BalasPadammasalah pembangkang sekarang tak boleh diusik atau ditegur.. kalau ditegur maka kita terus dicap sbg pencacai kerajaan walaupun sebenarnya kita tidak pernah memihak pada mana2 parti.. kami atas pagar berhak menyuarakan pendapat ke atas mana-mana pihak sama ada pembangkang atau pemerintah.. tapi yang selalu melenting adalah pembangkang yang suka suki terus meletakkan orang yang menegur mereka di kalangan munafik.. undi adalah rahsia.. suka hati kami nak pangkah siapa.. tapi kalau dah tak boleh tegur nak buat macam mana?
BalasPadamJika kita fikir secara sempit, maka sempitlah pemikiran kita. Jika kita luaskan fikiran kita, maka luaslah atmosfera pemikiran kita.
BalasPadamSY tak patut bersara. I tak follow lah
Mudah saja...
BalasPadambagi yang maki hamun tuh depa tau dan terasa PEDASnya bila apa yang diutarakan dalam video tuh kena batang hidung sendiri.
Biarpun itu sekadar lakonan,tapi yang yang diutarakan ialah REALITI untuk direnungkan oelh para ADUN dan MP baik bagi pihak kerajaan mahupun pembangkang.
mungkin tu menunjukkan pro PKR dah mendominasi politik malaysia bro..kalau tengok dari segi Like & unlike video2 tu pon dah ketara sangat..tp tu tak membuktikan apa-apa..kita tengok la pilihan raya nanti..
BalasPadamMungkin Pro PKR yg terasa itu yg dia org sibuk unlike video tu. Org lain tak ambik port pun nak like atau unlike. Lagi satu kat malaysia ni bukan semua rumah ada laptop dan internet nak buka youtube. Anak anak muda je yg sibuk berinternet.
Padamkahakahkahkah..memang lawak2..bila aku tgk and dengar lawak dierang sekali jer, mungkin tak berapa lawak sgt, tapi bila berkali2 aku tgk and dengar memang Lawakkk haha..terbaik la nabil dan saleh.. aku suka part yang "jiran bodoh suka main drum lepas pukul 9 malam" padehal jiran bodoh yg dia maksud tu pun ade kat situ jugak, hahahahaha.. dan bagi cadangan nak main drum lepas pukul 9 malam..(kena terima cadangan jugak) hahahathen part paling best jugak masa part ending..memang terbaik..
BalasPadamTakde siapa pun suruh dia mengundurkan diri dari dunia hiburan.
BalasPadamDulu Johan Rajalawak pon rasanya penah kena ugut / boikot sebab terlibat dlm Bangkang dari Longkang. Lepas tu boleh pulak menang beratus ribu dalam pada kena boikot.
BalasPadamKepada SY sabar lah. Tak perlu la nak bersara ke hapa. Rezeki semua ditangan Allah.
Ini semua poyo.
Publisiti murahan je ni sebab nak suruh pangkah BN :(
BalasPadambkn SY je yg kena boikot..smua pelakon BDL semua di boikot..lps ni filem lwk ke de 2 pun diboikot krn majority pelakonnye berlakon dlm BDL...Mereka seharusnya menjaga hati peminat bknya jaga parti politik..kalau nak politik tinggalkan dunia hiburan..tiada siapa melarang..
BalasPadamSMTI-mereka makihamun Salleh Yaacob sebab dah lama tunggu masa ni. Kesal kerana SY tidak mahummenyertai mereka seperti artis artis yang lain, memang tunggu masa je.
BalasPadam