Sabtu, Mac 02, 2013

TOLONGLAH TIAN CHUA, JENAZAH MASIH BELUM DIKEBUMIKAN

Sakitnya jiwa Naib Presiden Parti Pakatan Rakyat, Tian Chua apabila mendakwa insiden di Lahad Datu, Sabah adalah konspirasi UMNO.

Logik akal, sanggupkah UMNO merancanng konspirasi sehingga mengakibatkan dua nyawa polis Malaysia melayang?

Mangsa terkorban berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Hemat saya, ada baiknya Tian Chua menutup mulut untuk menghormati ahli keluarga dua polis terkorban. Lagipun jenazak masih belum dikebumikan. Pasti remuk hati mereka jika mendengar kenyataan Tian Chua.

Mereka sedang bersedih.

Agaknya kepada Tian Chua, apa sahaja boleh menjadi modal politik.

Klik di sini.

Kenyataan Tian Chua, tanpa memikirkan sensitiviti keluarga ditimpa musibah itu diselar pelbagai pihak, klik di sini.

18 ulasan:

  1. Sampai sekarang masih tertanya2 bagaimana perairan kita yg selalu dibangga2 dikawal oleh sistem pertahanan yg canggih - kapal peronda, kapal selam baru, sistem radar berteknologi tinggi - masih boleh dibolosi oleh penceroboh yang cuma dilengkapi senjata primitif (senapang dan parang)?

    Satu lagi di mana peranan ATM dlm hal ini, mengapa menggunakan polis?

    Apa pun jawapan kpd soalan2 ini, mari kita ucapkan al-fatihah kpd 2 anggota polis kita dan 12 tentera Sultan Sulu yg terkorban itu. Semoga roh anggota polis kita dan 12 tentera Sultan Sulu yang seagama dengan kita itu ditempatkan di kalangan mereka yg beriman, amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau penceroboh hanya bersenjatakan parang n pisau,xkn anggota polis terbunuh disebabkan motar.Dan xkn tercetus peperangan.Di sini bermaksud penceroboh mempunyai kelengkapan senjata yg secukupnya.Vat 69 Komando PDRM adalah kmpulan elit di bawah KDN.Jika tentera terus terlibat,ia di bawah Menteri Pertahanan.Jika terlibatnya tentera secara automatik termasuk situasi darurat

      Padam
  2. Bro..ini lah yang susahnya bila terlalu agungkan fahaman politik hingga tidak tahu menjaga sentiviti orang lain.

    BalasPadam
  3. Terlebih Dahulu alfatihah .......
    biadap betul tian Chua ni ......
    dia tak tau hormat pd orang yg susah payah nak jaga keamanan negara......kalau ikut perasaan , mau aku lempang dia.....tapi islam ngajar kita redha ........

    BalasPadam
  4. 1:penggunaan bot pancung...cepat, pantas, mudah dikendalikan...
    2:jarak hanya 22nautika terlalu hampir dhn sabah
    3:polis akan mengawal keadaan dan jika tidak terkawal tentera akan mengambilalih situasi.
    4:kebanyakan penduduk tanduo mempunyai hubungan erat dgn orang dr selatan..
    filipina...
    5:al fatihah kepada perwira yg trkorban...

    BalasPadam
  5. Amerika yg berpuluh kali ganda canggih kelengkapan pasukan keselamatan mereka pun penyeludup dadah dari Mexico boleh lolos inikan pula negara kita. Sedia macam mana pun kita, kita tetap manusia yg tidak dapat lari dari sifat lalai & lupa. Pasukan keselamatan kita pun manusia juga. Mereka bukan Tuhan, yg tak pernah lalai & lupa.

    BalasPadam
  6. Untuk saudara Jay AR. Minta izin kepada Tuan Mazidul sebab panjang sedikit. Jika terlampau panjang dan kurang sesuai minta jangan siarkan.

    Persoalan Kenapa polis tak tentera?

    1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

    2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

    3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

    Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

    1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

    2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

    3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

    4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

    Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

    Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

    Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)

    Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

    Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

    Nota Tambaham. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

    Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

    Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

    Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga - Mekah sepatutnya pengawalnya bukan kapal selam tapi malaikat kot)

    Harap sedikit sebanyak boleh memberikan pencerahan. Terimakasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faham.... Biarlah org yg lebih tau komen.. setakat nK mempolitikkan setiap satu isu.. gi main jauh jauh.. Penjelsan anda bernas.. Kepada si bodo yang tak tau apa2 tapi asyik nakcondemn macam bijak... gi main jauh jauh.

      Padam
    2. Tolong la, tak kira polis ke tentera ke tapi cepat-cepat la di bendung penceroboh ni dari membunuh ramai lagi rakyat Malaysia, guna la apa cara jua dari sehalus-halus sampai la ke besar-besar cara yang boleh..

      Padam
  7. Pabila hal politik dikejar terlebih dahulu dan isu kemanusiaan tidak di ambil peduli... politi, politik dan politik... dan setuju dengan Talhah, ade beberapa sebab kenapa polis digunakan dan tentera tidak masuk campur... lain kali, tanya pada orangnya dan jangan hanya baca Malaysiakini sebagai panduan hidup... kita ade modus operandi kita sendiri, kita ade sebab kita tersendiri... dan juga bercakapa tentang isu pencerobohan, pada yang bercakap tu, apa kata sarung pakaian polis ataw tentera yang bertugas di sana untuk melihat sendiri betapa ketatnya pengawalan, tapi andai perkara hendak terjadi, maka akan terjadi jua....

    BalasPadam
  8. Penggundi yang bijak, mereka patut menolak pemimpin tak kira dari pihak mana yg anti Melayu dan anti Islam.

    Terima kasih atas pencerahan Tuan Talhah.

    BalasPadam
  9. TERIMA KASIH ' talhah ' saya rasa ramai termasuk saya seperti Jay juga .. bertanyakan hal sedemikian sebab tak faham. Penjelasan yang diberikan cukup mudah untuk difahami siap dengan contoh :)bernombor .. tak panjang dan menggunakan ayat yang mudah. Ada info tambahan lagi ( vatican city dan israel tak bole/ sukar dicerobohi . sekali lagi terima kasih kerana membuat kami faham.

    BalasPadam
  10. Salam. terimakasioh untuk En.Talha atas pencerahan itu.... Semoga memberi manfaat untuk umum.

    BalasPadam
  11. Saya agak kecewa dqn terkilan dgn buletin utama tv3 td... Kenapa pegi interview anak dan adik mangsa ttg kenyataan tian chua...??? Kenapa perlu heret keluarga mangsa dlm komen tu.... Cukup la sekadar interview menteri2 dan yg sewaktu dgnnya.... Kenapa perlu ditambah lg kesedihan mereka.???? Sya bkn sokong kenyataan tian chua tp sessi interview isu ni di kwsn kubur slps selesai pengkebumian mmg tidak wajar.... Harap TV3 peka sikit dgn situasi begini slps ini....

    BalasPadam
  12. sehingga sekarang kita xtau lg sape dalang sbnar shgga pnybb jdnya konflik pncrobohan ni...tp bg aku ..sekiranya betullah anuar yg jd dalangnya..aku boleh katakan kepala otak dia mmng sgt bijak...bijak untuk mencari penyebab supaya rakyat benci kerajaan...dia apikan org sana sini...sdgkan dia akn tau apa kesudahan yg akn jd nnti...tgok la dia punya komen pasal terkorbanya org kita...menyirap je darah aku...klimaks drpd konflik ini mmng segaja ditungu2kan olh si bangsat pakatan rakyat bg menghentam kerajaan kononya xdapat nak tangani isu ni dengan sempurna...

    BalasPadam
  13. bukan nak bandingkan dengan amerika tapi mudah2 je dorang keluar masuk sabah bagaikan takde marin, apmm, tentera laut dan sebagainya. mcam wat tak nampak je.kita yakin dengan kekuatan tentera kita cuma tak yakin dengan pmimpin bn cam hisham tu. lembab. kes Memali ramai penduduk kampung terbunuh. dorang dikatakan cuba menyerangg guna parang je bukan senjata api.tu pun klau betul serang. ni penceroboh bawah senjata berat, bleh la 'cool'. cam ada kawtim je be end ni. dah le lengah2kan PRU13. dh puas tabur sana sini masih tak yakin lagi nak bubarkan parlimen. apa pun takziah kepada keluarga mangsa.

    BalasPadam
  14. hari ini beratus ratus rakyat asing brbangsa suluk pulang dgn sukarela ke negara dorang mgunakan bot..KENAPA cuma ada 3 sb yg munasabah saja 1.ada d antara mereka ini penceroboh d sbkan ramai sudah angota mereka telah d tangkap dan mereka takut yg idintiti mereka telah d dedahkan oleh mereka yg telah d tangkap 2.mereka khuatir sekiranya operasi besar-besaran akn d lakukan selepas ini dan jika d tangkap mereka khuatir pihak keselamatan akn memberi.layanan yg dasyat kerana mereka brangapan pihak keselamatan akn.membalas dendam atas kmatian angota mereka,mereka fikir kita seperti bangsa mereka yg bersifat pendendam..3.mungkin mereka telah mendapat maklumat yg serangan besar-besaran akn d lakukan oleh angota penceroboh mereka..PERSOALANNyA mengapa plhak keselamatan menahan atau menapis dulu kepulangan mereka,contohnya buat siasatan mengapa mereka pulang tergesa2 secara beramai2 cukup ka dgn alasan yg mereka takut akn serangan angota mereka yg kejam tu? fikir- fikirkan la..pihak keselamatan plk jangan la rasa lega tgok mereka plg secara sukarela pasti ada udang d sebalik batu

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.