Berikutan kes perhambaan kanak-kanak dan remaja Pusat Tahfiz Amal, PTA di Yan, Kedah berlangsung sejak lebih 10 tahun lalu ...
Satu PAGE Facebook telah dibuka.
Saya amat berharap, semua rakan Facebook dan pembaca blog, tanpa mengira bangsa dan agama bekerjasama untuk memerangi kes perhambaan selama ini berlaku di hadapan mata kita semua.
Setakat ini, didapati tiada pihak berkuasa mampu bertindak menangani kes perhambaan ini secara total. Semoga berbekalkan informasi dikongsikan oleh pembaca dan rakan, hati mereka berkuasa terbukan untuk melaksanakan tindakan.
Sila klik di sini untuk berkongsi cadangan membina dan pengalamanan terserempak dengan pelajar PTA di lokasi ditentukan pihak memperhambakan mereka.
Semoga Allah membalas jasa kalian.
Asalamualaikum Mazidul.Semalam saya sedang makan dengan isteri di Restoran Ana ikan bakar petai di Tanjung Lumpur Kuantan seorang budak lelaki berumur 17 tahun dari pusat tahfiz Yan Kedah minta derma dari meja kemeja.Bila sampai kemeja saya pun tanya umurbetapa dan saya bagi tahu tentang pusat tahfiz menginaya budak bawah umur kutip derma.
BalasPadamRupanya dia pun tahu tentang blog mazidul.Saya cakap anak tahu tak anak telah diperhamba abadi oleh ustaz ,saya tanya bila anak belajar menghafaz alquran kalau pukul 10.30mlm masih kutip derma.
salam abg mazidul, kelmarin ( malam jumaat ) saya berhenti di restoran jejantas ( menghala ke melaka )..semasa saya hendak ke tandas, saya didatangi oleh seorang remaja perempuan ( belasan tahun )sedang membuat jualan amal utk pusat tahfiz tersebut..tapi saya tidak membeli apa2, kerana saya percaya bila saya membeli bermakna saya menggalakkan perkara sebegini berlaku..remaja tersebut telah berdiri di rnr tersebut drpada pukul 11 am - ( semasa saya singgah 9.30pm )..kesian sungguh saya lihat remaja perempuan tersebut..saya hanya memberi dia makanan & minuman sahaja..saya berharap sangat pihak yg berwajib dapat membanteras kegiatan pusat tahfiz tersebut dgn telus, dan memberi hukumana sekeras2nya kepada dalang yg terlibat..
BalasPadam