Kesultanan Sulu tidak diiktiraf, sekaligus Tentera Kesultanan Sulu juga berstatus sama.
Berikutan itu, semua penceroboh di Lahad Datu, Kunak dan Semporna, Sabah harus digelar PENJENAYAH SULUK. Saya berharap semua rakan media menggunakan gelaran sama.
Berita terkini dari Lahad Datu ingin saya kongsikan bersama pembaca.
Perniagaan di bandar terbabit berlangsung seperti biasa cuma pasaraya ditutup lebih awal, pada jam 5 petang berbanding 10 malam, sebelum kejadian pencerobohan berlaku.
"Pelajar sekolah diberikan cuti melalui surat dihantar oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga tarikh dimaklumkan kemudian," ujar rakan saya di Lahad Datu.
"Ramaikah polis di sana?," soal saya.
"Polis tidak begitu ramai tetapi tentera ramai," jelasnya.
Tambah rakan itu, orang awam tidak dibenar merakamkan gambar di sekitar penempatan tentera terbabit.
"Saya mendapat informasi melalui radio amatur, ketua kampung Tanjung Labian, berhampiran Felda Sahabat 17 baru sahaja ditangkap oleh penjenayah, kira-kira jam 1.30 tengahari tadi," tambahnya lagi.
Majoriti penduduk kampung sama telah dipindahkan ke Kg Tambisan.
Saya berhubung dengan rakan terbabit, kira-kira jam 1.50 tengahari tadi dan berita itu belum disahkan oleh pihak polis.
Jika tindakan penjenayah itu benar berlaku seperti didakwa, memang wajar pihak berkuasa Malaysia menggempur penceroboh terbabit dalam waktu terdekat dan menghapuskan mereka dari bumi Sabah.
TERKINI : Sumber polis memberitahu, kejadian itu tidak berlaku.
TERKINI : Sumber polis memberitahu, kejadian itu tidak berlaku.
apakah benar semua maklumat yang mengatakan tentera buat sekatan tu haruslah dirahsiakan?? tpi macam mana pulak dengan berita di tv tu yang menunjukkan sekatan dilakukan???
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamBukan semua maklumat sesuai untuk dikongsikan secara maya begini. Saya rasa kat mana polis dan tentera buat sekatan, kat mana mereka tinggal...tak perlu dedahkan kot. Tak pasal-pasal kita yang cintakan tanahair ni letakkan anggota keselamatan dalam situasi bahaya.
Dalam suasana sebegini, kita perlukan sokongan rakyat Malaysia. Doakan semua ini berakhir dengan cepat.
Saya ayang sabah, saya sayang Malaysia.
bagus...
BalasPadamPenduduk di Lahad Datu sebenarnya tidak diberitahu perkara sebenar. Hanya keluarga dan rakan terdekat yang berada di tempat kejadian memberitahu keadaan sebenar.
BalasPadamhapuskan penjenayah di bumi bayu, selepas ini halau semua pendatang tanpa izin di sabah ,,,semoga PDRM ATM kita sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT..aku sebenarnya sedih sebak dengan gugurnya bunga2 bangsa kita yang tak berdosa angkara pencoroboh upahan penghianat bangsa..semoga roh mereka bersemadi dalam aman di alam berzah Al-Fatihah buat mereka..
BalasPadam