Wajar jika sebahagian besar maklumat tindakan dan strategi pihak berkuasa Malaysia, Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM dan Angakatan Tentera Malaysia, ATM di Sabah dirahsiakan buat waktu ini.
Mengapa?
Informasi itu ternyata disebarkan oleh media Filipina. Saya percaya selain mendakwa maklumat disalurkan secara langsung oleh pengganas di Lahad Datu, media P-Noy itu juga kerapkali memetik sumber media Malaysia.
Melalui pengamatan saya, The Star online, antara akhbar favourite menjadi sumber berita mereka.
Dalam artikel terkini, PhilStar.com mencatatkan informasi berikut sebagai berita utama.
A senior Moro National Liberation Front, MNLF, official who asked not to be named said, the Malaysians had embarked on a 'search and destroy' operation. MNLF members are with the sultan's army in Sabah.
MNLF berada di Sabah untuk apa?
Baca laporan penuh di sini.
Satu daripada tajuk berita dipapakan oleh akhbar sama ...
Sepatutnya tajuk itu ...
'Malaysia authorities attack Sulu terrorists occupying Lahad Datu'
Tajuk akhbar mengelirukan seperti itu tentunya mampu 'membakar' banyak hati umat Islam di Filipina dan tidak hairan, tanpa informasi tepat, mereka berpiket di negara sendiri dan mendesak krisis berlaku diselesaikan secara aman.
Kita semua harus sedar, maklumat dipaparkan di akhbar dan laman sosial di Malaysia, mampu diakses menggunakan hujung jari musuh di seluruh pelusuk dunia.
... begitu juga maklumat dikongsikan oleh PDRM dan ATM.
... begitu juga maklumat dikongsikan oleh PDRM dan ATM.
Harap Tuan dpt menyampaikan berita/blog dalam English. Supaya pihak luar dpt membaca keadaan yg sebenar.
BalasPadamThanks.
BAHAYA ni .. orang mudah percaya yang ' tak betul' dari yang ' betul'. Macam mana pula STAR online boleh lapor berita sebegitu. Tak ada tapisan ke ? TINDAKAN keras patut di ambil. AMAT WAJAR sebarang tindakan ATM dan POLIS dirahsiakan dulu .. dah dilaksanakan baru war-warkan. Itupun kalau perlu.
BalasPadam1. Saya sangat setuju dengan pandangan Mz Iskndar.
BalasPadam2. Benar, maklumat ATM, POLIS mahupun agensi keselamatan lain pun tidak sepatutnya dipaparkan sepenuhnya di laman sosial. SANGAT BAHAYA! Ianya rahsia pihak kerajaan. Dan orang awam juga sepatutnya faham dengan situasi sebegini bukan menulis/komen membuta tuli.