Tiba-tiba majoriti pekerja restoran mamak di Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor menjadi kecoh.
Masing-masing cuba mengangkat dan 'menyelamatkan' kerusi dan meja.
"Mengapa?," tanya pelangan keliru.
"MBPJ!," balas pekerja.
Saya berkebetulan berada di kawasan itu untuk mengganti alat penggera kenderaan, mencapai kamera digital dan merakamkan kejadian.
"Oh! Dua orang sahaja (penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ), mereka melakukan operasi membanteras premis mencuci kereta haram," bisik pelanggan.
Mengetahui fakta kejadian, pekerja restoran mamak berhampiran kemudian kelihatan tenang, biarpun kerusi masih lagi diangkat.
Mereka berjaga-jaga, bimbang kerusi milik taukeh diangkut oleh penguatkuasa pihak berkuasa tempatan terbabit.
Itu kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang tadi.
Mungkin begitu lazimnya, penguatkuasa dan pekerja restoran meletakkan kerusi dan meja di ruang parkir, bak kucing dan tikus.
Restoran kemudian beroperasi seperti biasa. Penguatkuasa hanya mengambil tindakan terhadap operator mencuci kereta.
Di Seksyen 11, Kota Damansara, lain pula kisahnya.
"Hairan, iklan haram bergantungan bebas. Macam tiada siapa ingin mangambil kisah," kata rakan.
"Saya sudah adukan lama kepada MBPJ, dan aduan itu telah dimasukkan kedalam sistem sebab MBPJ menghantar dua emel kepada saya, mengatakan aduan telah diterima," balas saya.
Saya dimaklumkan, setiap iklan haram digantung, jika pelaku ditangkap, kompaun dikenakan, RM1,000.
Mari kita perhatikan tiang ini.
Terdapat 17 iklan haram diikat ke tiang, maksudnya, jika pelaku ditangkap, MBPJ meraih pendapatan RM17,000.
Mahal sungguh harga tiang itu.
Aduan saya kini mencecah tempoh lebih 2 minggu namun tindakan menanggalkan iklan di tiang masih tidak dilaksanakan.
Mungkin aduan individu seperti saya tidak begitu penting.
Tiba-tiba ...
"Semak sungguh mata memandang. Biarpun tindakan pengiklan menyalahi undang-undang tetapi seperti tidak ada apa. Biar saya tanggalkan sebahagian daripada iklan itu dan kita tunggu adakah MBPJ sudi menanggalkan selebihnya," uajr rakan.
Rajin sungguh dia.
Orang awam telah bertindak agar iklan haram menyakitkan mata itu ditanggalkan, MBPJ bila lagi?
MBPJ tido kot? Kalau majlis malas ambil tindakkan, meh report kat YDP. Mungkin dia belum tido lagi...
BalasPadamSy pon rajin gak... kalau mbpj xnk tanggalkan buang je penguatkuasa yg ada tu buat apa bayar gaji meraka jika orang lain yang buat kerja( orang awam)...
BalasPadamjanganlah sampai orang ramai mempertikaikan tugas kakitangan MBPJ..
BalasPadamtp kalu bab restoran letak kerusi dan meja makan kat tempat parking kereta dan di jalanan, yg paling bodoh ialah pelanggan yg sanggup menggadai nyawa untuk duduk ditempat tersebut. Berbaloi ke untuk menyabung nyawa semata2 untuk minum secawan teh tarik dsbnya?
BalasPadam