As Salam.
Awal pagi tadi, sumber saya di Lahad Datu, Sabah melaporkan mendengar 4 letupan, dipercayai bom dilepaskan oleh jet penjuang Hawk dan F-18 di Kampung Tanduo, lokasi penjenayah berkubu. Maksudnya serangan oleh pihak berkuasa, Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM dibantu Angkatan Tentera Malaysia, ATM telah dimulakan.
Menurut informasi tercatat di laman rasmi Facebook PDRM, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, serangan dimulakan pada kira-kira jam 7 pagi tadi, klik di sini.
Pada masa sama, terdapat laporan mengatakan sekumpulan penduduk kampung di kawasan sama telah ditangkap dek penjenayah dan dikurung di dalam sebuah rumah. Beberapa daripada mangsa dikatakan berjaya memboloskan diri dan kini membekalkan maklumat kepada pihak berkuasa. Bagaimanapun setakat ini, tiada pengesahan dibuat oleh pihak polis.
Menurut Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin, 5 batalion tentera dari Semenanjung ditempatkan di Lahad Datu, 2 di Kunak dan Semporna.
Berikut gambar penjenayah tumpas di Semporna, disiarkan oleh akhbar Metro. Dalam kejadian sama, 6 pegawai dan anggota polis terkorban.
Berita perkembangan terkini, akan saya kongsikan sebaik menerima perkembangan terkni dari sumber di Lahad Datu.
Tiada lagi kedengaran bunyi jet pejuang setakat ini.
Tiada lagi kedengaran bunyi jet pejuang setakat ini.
SMTI: Apapun sama2 kita doakan agar anggota keselamatan kita selamat & tiada lg nyawa yg terkorban. Moga kemenangan milik Malaysia!
BalasPadamharap2 tiada lagi anggota Polis atau Tentera terkorban
BalasPadam#
#Pemikiran Berahi Anonymous - BANkami
yes..mulakan dari sekarang.. tumpaskan sume yang cube nk hancurkan negara kita...
BalasPadamMoga peperangan ini cepat berakhir
BalasPadamtumpaskan meraka & nyahkan meraka dr negara kita...
BalasPadamharap ia cepat berakhir...kesian pada penduduk sabah dan anggota kita...semoga semuanya selamat...
BalasPadamDengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah
BalasPadamYa allah..hentikan pertumpahan darah sesama islam ini..keraguan para malaikat sewaktu Kau ciptakan bapa kami Adam dulu sedang kami saksikan satu per satu..Ya Allah! Demi Zat yang jiwa kami di genggamanMu! Gerakkanlah hati2 saudara islam kami dari Filipina supaya berhenti dalam niat mereka! Gerakkanlah hati2 perwira kami agar berbelas kasih kepada saudara mereka yang mengucapkan kalimah sama yang meng-esakanMu Ya Allah! Demi Allah Yang Maha Pengasih diantara yang pengasih! Hentikanlah kegilaan kami terhadap darah! Darah kami warnanya sama Ya Allah! Kami bermohon dengan sifat Maha PengasihMu Ya Allah..kasihanilah kami hamba2Mu yang zalim ini Ya Allah..Ya Allah Ya Latif...kami bermohon dengan sifat Maha LembutMu Ya Allah Ya Latif..lembutkanlah hati2 kami..lembutkan hati2 kami Ya Allah.. Umat Islam! Muslimin! Muslimat! Mujahidin! Bersatulah wahai saudara2ku! Anda sedang memenuhi tanda2 kiamat! Sedarlah! BERSATULAH WAHAI SAUDARAKU! NABI TENTU BERSEDIH DENGAN KITA SEKARANG INI! SEDARLAH SAUDARAKU! Ya Allah..selamatkan kami dari fitnah Dajjal..sekiranya ini fitnah2 Dajal yang pernah Kau janjikan,kami mohon perlindunganMu Ya Allah..Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim.. Allahumma solli ala Muhammad, Ya Rabbi solli alaihi wassallim. ASHADU ANLA ILA HA ILALLAH! WAASHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH!