Perhatikan kawasan penempatan di Desa Temuan, Bukit Lanjan, Petaling Jaya, Selangor.
Gambar di atas saya rakamkan tatkala berkunjung ke kolam memancing ikan di kawasan agak tersorok itu.
Terasa pelik, bagaimana kolam memancing beroperasi di bawah kabel elektrik bervoltan tinggi, buat sekian lama. Kini kolam itu, majoriti dikendalikan oleh pekerja berasal dari Bangladesh terbabit telah dipagar.
"Siapa tinggal di pondok itu?," soal saya kepada pekerja.
Kami memandang ke arah pondok usang di luar kolam memancing diusahakan oleh peniaga Cina.
"Acit, orang Asli, saya tengok dia tinggal di situ, kira-kira empat tahun," balasnya.
Ketika itu saya terlihat kelibat lelaki berambut unik mundar-mandir di pondok sempit itu.
"Farid, tolong dapatkan maklumat sedikit," pinta saya.
Mohd Farid Hamzah, rakan, juga anak anggota polis dan kini menetap di Kota Damansara. Sikap peramahnya, tentu berguna untuk mencungkil maklumagt sebenar.
"Nama saya, Jamaludin Jantan atau Acit, lahir pada tahun 1960 di sini, Kampung Bukit Lanjan. Emak saya dahulu dapat rumah banglo tetapi selepas dia meninggal dunia, adik saya dan keluarga dia tinggal di rumah itu," kata Acit.
"Mengapa tidak tinggal bersama mereka?," soal Farid.
"Budak ramai, anak adik. Bising. Jadi saya membina pondok ini," balasnya.
Acit, anak kedua daripada empat beradik dan kini tinggal bersama 8 ekor anjing peliharaannya.Semua anjing ditempatkan di ruang bawah pangkin tempat Acit meletakkan selimut dan beberapa barang miliknya.
"Kalau malam, Acit tidur di mana?," celah saya.
"Kekadang tidur di atas pangkin ini tetapi panas, jadi saya tidur di atas pasir di luar. Sambil berbaring, boleh melihat bulan dan bintang, tenang fikiran," balasnya.
Acit bukan beragama Islam.
"Kalau masuk Islam, ada juga orang datang membantu, bagi duit. Masuk Kristian pun samalah," jelasnya.
Menjelang Pilihan Raya ke-13, Acit meluahkan komennya sambil direkodkan oleh Farid menggunakan perakam audio Sony.
"Kena pilih yang sebelum inilah," ujarnya.
"Barisan Nasional?," tanya Farid.
Dia mengangguk.
Pakatan Rakyat, PR memerintah Selangor, sejak kira-kira 5 tahun lalu. Jika pemimpin Barisan Nasional atau PR ingin mengetahui rasionaliti di sebalik kenyataan itu, molek jika mereka mengunjungi Acit dan bertanya sendiri dengannya.
"Makan apa hari ini?," soal saya.
"Ini, ikan. Ada orang bagi tadi, saya masak. Nasi tidak ada," katanya.
Menurut Acit, sebelum ini dia bekerja di kilang, kini mencari barangan lusuh, sepeti besi terpakai.
"Kalau rajin boleh dapat juga di antara RM20 dan RM30 sehari, kekadang RM6 sahaja. Bolehlah, lagipun saya masih bujang. Itu di belakang, kebun saya," katanya.
Apapun cerita di sebalik kehidupan Acit, 'istana' dibinanya dipamerkan secara semulajadi kepada masyarakat.
YB ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mungkin tidak pernah ke lokasi itu kerana agak jauh dari jalan utama.
Jika orang YB sudi mendekati Acit, jelaskan sekali, bagaimanakah kolam mamancing ikan dibenarkan beroperasi di bawah kabel bervoltan tinggi itu. Pada masa sama, papan tanda Tenaga Nasional Berhad dipacakkan di lokasi sama hanya menjadi hiasan rumah pekerja warga asing.
Hidup tanpa bergantung sangat pada duit ni seronok juga.
BalasPadammmmm rasanya bila saya sudah cekal hati esok saya pun mungkin akan buat istana seperti Acit. Nak beli tanah sekeping tanam sayuran-sayuran bela ayam dan mungkin seekor -dua lembu/kambing. Buat kolam/tangki ikan
Duit simpanan saya mungkin perlu untuk beli beras, gula garam rempah ratus (kari mungkin saya boleh tanam daun kari giling sendiri), pakaian dan bil asas seperti air dan elekterik. Tanpa bil ASTRO.
Lagi baik kalau saya mampu buat pengeluaran surplus sayur-sayuran, telur ayam kampung atau susu lembu dan di tukarkan dengan beras. Zakat Fitrah mungkin saya bayar dengan beras tanpa guna kertas ringgit penganti beras.
Tanpa telefon handphone tablet atau komputer riba tanpa rangkaian internet. Nak dengar berita boleh kedai restoran yang ada tv dan surat khabar percuma.
Basikal untuk ke sana ke mari ke masjid atau bertegur sapa dengan jiran. Tak perlu saya risau berkenaan petrol parking dan tol lagi. Duit mungkin perlu untuk alat ganti basikal sikit-sikit.
Boleh bersantai dan beribadat sesikit sambil menunggu surat kelulusan tabung Haji untuk giliran saya ke Tanah suci.
TAPI rasanya hanya angan-angan. Saya beristeri. Rasanya tidak termampu untuk mengajak beliau turut serta hidup seperti ini.
di selangor. ada lagi mcm ni. kata negeri termaju dlm malaysia.
BalasPadamwahai CARLOS .. bukan di Selangor je ada .. di SEMUA negeri ada orang dan penempatan sebegini.. tak kira sapa atau parti mana memerintah.
BalasPadamSecara rasionalnya, di mana-mana negeri sudah tentu ada orang susah... tak semua rakyat berpendapatan tinggi... ada yg cukup makan ada yang kais pagi makan pagi kais petang mkn petang mcm si acit nie... pihak yg berkenaan kenala turun padang jenguk-jenguk... bukan tunggu time pilihanraya aje baru nk jenguk... setiap hari adalah hari untuk rakyat tanpa mengira fahaman politik...
BalasPadambetul tu..kat mana2 pelusuk negeri memang ada yang masih begini, bkn kerajaan atau mana2 pemerintah yang x perihatin, semua pemerintah sgt perihatin kalau cerita begini sampai kat pengetahuan mereka, masalahnya kekadang orang yang di tugaskan x sempat nak buat keje ni sbb banyak sangat masalah nak handle"kekurangan kakitangan" lah, "kekurangan kemudahan" lah, dan yg paling best dalam banyak kekurangan sbnrnya ada satu kelebihan yang membuat mereka x buat keje..."lebihnya x kuasa"...hehehe..
BalasPadamBravo Bro Mazidul kerana berjaya mengorek dan mencari sisi-sisi kehidupan di celah pembangunan. Semoga pihak yg berkewajiban dapat melangsaikan 2 hal yg diketengahkan dalam kadar segera - Pencerobohan kawasan TNB dan kehidupan daif Acit...
BalasPadamSetuju dengan tuan muhaimin...
BalasPadamMana2 negeri pun ada orang yang susah..atau memang mencari susah...tiada alasan...rezeki diberi Allah swt dgn tidak disangka2...
BalasPadamisu kecik macam ni pun nak dipolitikkan jugak ke?
BalasPadammamat ni sendri yang pilih hidup mcm ni. dia sendri ngaku emak dia diberi rumah banglo.
berita2 dari pencacai umno ni you have to always take with a pinch of salt.
emm senangnya hidup dia ;)
BalasPadambantu jela acit ni.. tak payah nak soal parti politik mane.. otak kalo dh politik ni payah..
BalasPadamtak payah nak tnye parti mane.. bantu je dh la.. kalo blh tlg report kt kebajikan masyarakat.. org kalo dh otak politik ni payah..
BalasPadamBro Mazidul
BalasPadamBagaimana nak masuk ke kawasan kolam ini.