Berikut maklumat daripada sumber berkredibiliti.
1. Hanya 2, pegawai dan anggota polis komando VAT 69 terkorban manakala 3 lagi polis tercedera.
2. Jarak di antara selatan Filipina dan Lahad Datu, 22 batu nautika. Lokasi itu boleh dilihat jelas dari Lahad Datu.
3. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib diberikan mandat sebagai pegawai menangani kes pencerobohan terbabit. Pasukan tentera berada di lokasi hanya untuk memberikan sokongan andai diperlukan.
4. Penceroboh 'makan hati' akibat bekalan makanan telah disekat.
5. Doakan krisis terbabit mampu ditangani dengan bilangan korban minima kerana penceroboh beragama Islam.
5. Pasukan berkuasa sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah timbul.
6. Sebilangan warga Suluk di Lahat Datu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan rakyat Filipina di selatan negara itu.

posted from Bloggeroid
sangat sedih dengan kematian anggota kita...mengapa dari awal tidak dihalau keluar mereka itu...
BalasPadamkita berkompromi dlm isu2 kritikal ini kerana kita bkn barbarian. Kita bukan umat yg tidak bertamadun. Tetapi sabar itu ada hadnya. Jika rakyat kita sendiri tidak dihormati nyawanya maka darah harus dibayar dgn darah. Hari ini atau semua penceroboh itu harus mati disini.
BalasPadamjangan beri muka sangat kepada orang luar..sepatutnya dari awal dah kena halau mereka..kawasan lahad datu sudah seperti zaman komunis..bantulah rakyat kita..halau si penceroboh..kalau tidak ramai lagi terkorban kerana idea gila si sultan sulu itu..zaman dah berubah,kena terima kenyataan malaysia negara berdaulat..kawasan impian anda adalah hak rasmi malaysia..
BalasPadamSalam
BalasPadamTerus terang kita tak perlukan ilmu 'rocket science' untuk buat kesimpulan yang semua ni bermula dengan permainan politik orang tertentu yg ingin menguasai putrajaya. Tergamak gadai nyawa untuk kuasa. Semoga allah merahmati roh mereka yang terkorban dan melaknat pihak yang menjadi dalang.
double agen kot...negaro kito kn tgh berperang politik...maso ni la dio org nk ceroboh...cuba klu sefahaman...ingt brani ke dio org nk buek cmtu...hidup malaysia!!
BalasPadamlagi berita pasal lahad datu mytrueinfo.blogspot.com
BalasPadamSebenarnya dari awal kacang sahaja mereka mahu settlekan kes lahad Datu, tapi sayang..
BalasPadamBagaimana perairan negara yang dikawal 4 agensi penguatkuasa boleh ditembusi? Bukan takat Tian Chua, saya surirumah ni pun pelik sungguh.
Datanglah ke LD lihat sendiri
BalasPadamLonggarnya kawalan
Buktinya....mudah membeli syabu semudah beli gula2,jual rokok pelbagai jenama,cd lucah,prebet sapu,
Kelab malam dan sewaktu dengannya.
salah satu sebab kerajaan mengadakan rundingan dan agak berlembut dgn penceroboh ni adalah mereka beragama islam seperti kita, namun semuanya harus ada batasan, persoalan lagi kenapa kdn/polis yg pikul tgjawab ni,serah ja pada tentera kan senang,,kerana ni bukan lagi kes perompak bank ke pasaraya ke,ni angkatan bersenjata menceroboh ke dalam negara,ATM sepatutnya main peranan.. sepekara lagi pula perisikan filipina mendedahkan ada tawaran dari ketua pembangkang malaysia menyerahkan autonomi ke kawasan berkenaan sekiranya menang pru13,kalau benar begitu malapetaka besar buat malaysia sekiranya pembangkang menang...
BalasPadamTerkini seorang lagi anggota polis terbunuh. Mengapakah mereka perlu diperlakukan sebegitu? Tugasan itu sewajibnya diserahkan kepada ATM. ATM khususnya TDM mempunyai ketumbukan dan kemahiran untuk menumpaskan kumpulan pengganas sebegitu.
BalasPadamSemoga permasalahan ini di selesaikan dgn amam.
BalasPadamkp di sidang media beritahu kaadaan terkawal!! tapi anggota kita yg kena dah meningkt! pening2!.mereka datang ke lahat datu bawak m16 dan lain senjata ala tentera. runding yg dijalankan gagal,seharusnya tentera kita yg harus dibahagian hadapan utk tindakkan tak payah ikut perjanjian GINEVA LAGI TEMBAK TERUS.
BalasPadamApa yang berlaku di lahad datu yang penting kita sebagai orang Malaysia sama samalah berdoa semoga keadaan di lahad datu akan dapat segera diselesaikan dan kita berharap pasukan keselamatan Negara sentiasa mendapat Perlindungan Allah s.w.t.
BalasPadamSaya sebagai rakyat Malaysia amat mengharapkan krisis.di lahat datu akan cepat berakhir.
BalasPadam