Lazimnya penggunaan perkataan 'AMAL' menarik perhatian ramai.
Sebelum ini saya menulis berhubung operasi sebuah rumah AMAL di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Klik di sini.
Tentunya ramai berasa simpati terhadap 26 anak kecil kini menetap di rumah terbabit. Sebelum ini mereka dikatakan kurang mendapat bantuan makanan. Seekor ayam dikongsi oleh 28 orang. Selepas berita itu dipaparkan di Facebook, ramai pengunjung datang dari jauh dan dekat dan memberikan sumbangan.
FAKTA
1. Petang semalam, saya menghubungi kakitangan Perhubungan Awam JKM Selangor dan dimaklumkan, rumah AMAL itu belum lagi berdaftar dengan JKM.
2. Sebelum ini, pengurus rumah terbabit memaklumkan saya, dia telah menghadiri kursus 18 jam, antara syarat untuk mendaftar. Namun menurut JKM, kursus terbabit BUKAN satu daripada syarat pendaftaran.
3. Sewaktu dihubungi petang semalam, pengurus sama menyerahkan telefon bimbit kepada pembantunya.
Soalan berikut dikemukakan.
"Benarkah, penghuni rumah ini, anak yatim dan asnaf?"
"Itu saya tidak tahu kerana saya baru bekerja di sini. Boleh berhubung dengan pengurus, esok kerana dia telah keluar," balas pembantu.
4. Wang sumbangan orang ramai dimasukkan ke dalam akaun Maybank, syarikat berstatus ENTERPRISE.
5. Hanya satu daripada 3 bilik tidur di ruamh terbabit dihuni oleh kanak-kanak perempuan. Ruang itu terlalu kecil untuk mereka. Dua lagi bilik diduduki oleh pengendali dan pembantu.
Sebelum ini pengendali rumah AMAL itu mendakwa dilayan secara kasar oleh pegawai JKM datang ke rumah terbabit. Apapun layanan itu dikatakan bertukar menjadi LEBIH baik selepas berita kedaifan penghuni kanak-kanak disebarkan di Facebook, blog dan akhbar.
Jika dakwaan itu benar, JKM harus menyiasat sekaligus memperbetulkan sikap kakitangan itu.
Saya hanya ingin mengingatkan kepada pihak pengurusan rumah AMAL terbabit agar mendaftarkan rumah itu di bawah JKM dengan kadar segera.
Memang perkataan 'AMAL' itu baik tetapi kekadang boleh disalahgunakan.
Pusat Tahfiz AMAL di Kedah, sekian lama memperhambakan pelajar remaja kononnya melakukan jualan AMAL di seluruh negara. Jam 10.30 malam semalam, saya terserempak dengan seorang daripada pelajar terbabit di kedai makan. Malangnya, sebaik terlihat kelibat saya, dia pantas melarikan diri, bak lipas kudung.
Kalau dia kelaparan, saya ingin menjemput remaja itu makan bersama sehingga dia kenyang sebelum dijemput oleh 'ustaz' selepas jam 12 malam.
Selepas lebih 10 tahun membuat kutipan di pelbagai lokasi, dari tengahari sehingga awal pagi, lihat bangunan Pusat Tahfiz AMAL, tersergam 'indah', klik di sini. Malangnya biarpun kegiatan pusat terbabit didedahkan puluhan kali oleh blogger berbeza, TIADA tindakan berkesan dilaksanakan oleh kerajaan NEGERI dan PUSAT.
Dalam kes di Bangi, jika wang sumbangan orang ramai secara berterusan didepositkan ke dalam akaun ENTERPRISE, bimbang kelak timbul pelbagai prasangka.
Siapakah PEMILIK syarikat ENTERPRISE itu? Adakah itu rumah AMAL atau pusat penjagaan kanak-kanak? Jika pusat penjagaan kanak-kanak, premis itu beroperasi sebagai sejenis perniagaan.
Perniagaan wajib didaftarkan.
kalau wang sumbangan dmasukkn ke akaun individu, pun akan wujudkan prasangka.. nk buat mcmana tu?
BalasPadamcuba buat company search kat ssm...bole tau sape punya n nature of business diaorang...
BalasPadamItulah masalahnya..
BalasPadamkadangkala, sikap masyarakat kita yang 'terlalu pemurah' dan tidak fikir panjang sebelum menderma...Bukan maksud saya kita perlu menjadi kedekut, bukan begitu..menderma itu bagus..
Tapi atas sifat sebegini, byk pihak yg ambik kesempatan..tak percaya tengok sahaja di depan bank, melonggok longgok orang duduk minta sedekah...kita sedang makan, selamba aja dtg minta duit..
Betul, Allah menilai kita atas niat kita...Jadi ramai yg kata "asalkan niat aku ikhlas, aku dapat pahala, walaupun sumbangan itu diselewengkan". Tapi pernah terfikir tak bahawa, kalau kita 'kerja keras sikit', gunakan akal yg Allah anugerahkan ini utk buat siasatan demi dgn niat utk pastikan sumbangan kita betul2 sampai ke pihak yg mmg betul2 memerlukan, maka saya percaya, Allah akan lipatgandakan pahalaNya utk kita.
SMTI
BalasPadamSaya setuju dgn pendapat dddy ziyyad...
BalasPadamsusah sgt ke nak berdaftar dengan JKM? Byk sgt prosedur ke?
atau pengendali pusat ada kesukaran tertentu yg menghalang dia drpd mendaftarkan pusat yg ditubuhkan?
Wallahhua'lam
SMTI
BalasPadamAMTI
BalasPadamBerlambak rasanya rumah amal palsu macam ni.
BalasPadamSaya dan rakan-rakan pernah dulu menghulurkan sedikit sumbangan kepada rumah amal sebegini di Rawang. Bila kami dengar anak yatim perlukan bantuan kami terus membeli belah barangan keperluan dan hantar ke sana.
Bila sampai di sana bersembang-sembang dengan penjaga rumah amal tersebut. Sembang punya sembang, akhir sekali dia suruh kami tukar niat. Jangan niat sumbangan kepada anak yatim saja. Niat sedekah secara umum sebab dalam rumah tu bukan setakat ada anak yatim saja. Turut ada dalam rumah tu anak-anak orang miskin yang mak bapak mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Malah anak dia juga ada menghuni dalam rumah tu dan turut makan makanan yang orang sumbang untuk anak yatim.
Kalu boleh Encik Mazidul tanyakan pada pengurus rumah amal sebegini, tak rasa gerun ke makan harta anak yatim?
Sebab kebanyakan orang yang memberi sumbangan ini adalah untuk membantu anak-anak yatim.
smti
BalasPadamNiat kita mnyumbang akan dikira sekiranya kita tidak mngungkit/mempersoalkn sumbangan kita itu ke mana. Soal pngendali rmh amal tu nak tipu atau tidak, itu kita serah pd Allah. Allahlah yg akan menilainya. Knp kita nak buat kerja Allah.
BalasPadamSoal pngendali rmh amal tu nak ambil kesempatan sebenar tidak timbul. Ada ke setakat ni pngendali rmh amal yg kita tau, hidup kaya raya, jd jutawan, ada rmh mewah, ada kereta mewah dll. TIDAK ADA!!! melainkan hidup mrk sama spt anak2 yg mrk jaga.
klu kita tak puas hati jgak dgn rmh amal ini, cubalah periksa apa mrk buat. Adakah anak2 yg mrk jaga ini, terbiar dr sudut makan minum. Mcm mana dgn pndidikan agama yg diterapkan pd anak2 rmh amal ini? Adakah cara solat mrk berbeza dr kita cara kita solat? Adakah cara kehidupan mrk mcm cara hidup Ayah Pin?
Klu pun mrk tu bekas Arqam, knp kita prejudis dgn mrk? Ape, bekas arqam tu tak bole nak buat kebajikan ke? Mrk tak bole nak buka rmh amal ke? Mesti org bukan arqam je yg bole?
Cuba lah kita bukak skit fikiran kita. Jgnlah pemikiran kita spt pemikiran org zaman sblm merdeka. Sbb itu, sblm kita buat sebarang kenyataan, eloklah kita selidik dulu. Jgn main ikut suka hati kita je. Klu tak betul, kan fitnah namanya. Sdgkan fitnah itu lbh besar dosanya dr mngumpat di sisi Allah. Kita takut org lain berdosa krn makan harta anak yatim. Sdgkan kita buat dosa lbh besar dr tu. Jd, renung2kanlah...
Setuju dgn sate kajang..sy dh pg rumah amal tu..in fact rakan syeade amik gbr sijil jkm....mungkin dpt diforwadkan kpd mazidul nnt...
PadamDapat berita Ustaz Ridwan telah lari ke Bangkok, skrg bertugas dgn TV Nurmuhammad di sana.
BalasPadam