Selasa, Mac 26, 2013

GAMBAR TERKINI RABH


Berikut gambar terkini Rumah Amal Buah Hatiku, RABH.


RABH kelihatan sunyi dan tiada lagi  kelibat kanak-kanak  bermain di ruang legar.


Apapun, melihatkan pakaian kanak-kanak dijemur di bahagian belakang RABH, dipercayai rumah ini masih beroperasi.


Majlis Agama Islam Selangor, MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS telah menerima aduan dikemukakan berhubung RABH, klik di sini.


Setakat ini, pihak pengurusan RABH juga TIDAK menafikan dakwaan berikut.

1. Penghuni RABH bukan anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat tetapi anak ahli jemaah dipercayai Al-Arqam.

2. RABH tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM.

3. Pembabitan kakitangan pengurusan RABH dengan kumpulan Al-Arqam.

4. Sebahagian wang disumbangkan oleh orang ramai, disalurkan kepada kumpulan Al-Arqam difaktwakan haram TANPA pengetahuan penyumbang. 

5. RABH adalah syarikat perniagaan berstatus ENTERPRISE dan bukan didaftarkan sebagai rumah kebajikan.

Aduan dibuat kepada MAIS dan JAIS pada 22 Mac lalu, kita semua menunggu hasil siasatan dan tindakan pihak berkuasa terbabit.

Sila baca maklumat mengenai RABH di 'Entri paling popular' blog ini, melalui capaian di sebelah kanan.


Klik di sini.

6 ulasan:

  1. Salam Encik Mazidul. Mohon copy entri ini untuk sebaran. Nanti saya belanja makan nasi bungkus kat belakang lori.

    BalasPadam
  2. tahu tentang ini dari fb deeza. mujur ada pembongkaran... terima kasih encik mazidul.

    BalasPadam
  3. haamm..baru terlintas di hati nak buat sedekah sikit kat RABH ni....

    BalasPadam
  4. Saya baru terlihat berita ini:
    http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130329/je_03/Isteri-pengasas-Al-Arqam-ditangkap-di-Mekah-disyaki-pimpin-ajaran-sesat#ixzz2OskhO3dF

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.