'Pusat Tahfiz Amal', nama yang dikenali ramai tetapi untuk sebab yang salah. Pusat terbabit beroperasi tanpa lesen yang sah kerana pembatalan/tidak diperbaharui akibat melanggar syarat. Barangkali juga, pada hemat saya, sengaja tidak mahu mempunyai lesen supaya tidak perlu dikawalselia atau dipertanggungjawabkan berkaitan operasi dan akaunnya.
Tiada masalah untuk sesiapa yang mahu membeli barangan dijual tetapi disebabkan tindakan itulah pengusahanya meneruskan kegiatannya kerana masyarakat memberi mereka 'izin'.
Cuma setiap kali kita membeli barang, setiap kali itu juga kita terus membenarkan anak-anak kecil dan remaja itu dimanipulasikan bertopengkan 'sunnah' belajar berniaga. Bukankah penjualan itu boleh dilakukan secara online?
Secara peribadi, saya tidak akan melupakan peristiwa berlaku berhampiran Tapah, Perak sewaktu dalam perjalanan pulang ke utara, pemandu van pusat ini telah menghentam bucu belakang kontena Pos Malaysia.
Pelajar-pelajar yang keletihan menjual barang dan diharapkan oleh keluarga mereka menjadi tahfiz pergi untuk selamanya.
Baca laporan terperinci kes di sini.
NOTA : Entri ini dinukilkan oleh penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim.
Tepat sekali kenytaan yang dibuat oleh Bro Kamal tuu..
BalasPadamNi sudah dikira sebagai perhambaan & perdagangan kanak- kanak !
Mempergunakan anak anak kecil atas nama AMAL untuk buat keuntungan kepada pihak tertentu !
Dah laa si model jantan "SEJATI" ni suka menyanyi cam org lalak .. produk org jenis macam nii lak yang dipaksa dijual oleh anak - anak kecil ini ! Manusia jenis apa dia nii ....
Boleh minta dan siarkan alamat emel encik mazidul.. ada perkara nak bagi tau..
BalasPadamSalam saudara mazidul...
BalasPadamkalau berkesempatan, sila la dtg ke kuantan...saya dah tak larat & kesian tgk banyak sgt budak2 tahfiz ni yg dtg ke meja2 mkn, dlm kedai buku, mintak sumbangan! pagi petang siang mlm....
pemandu kontena pos tersebut adalah arwah bapa saya.. arwah sendiri demam lepas kejadian tersebut! rindunya saya pada arwah!!!!
BalasPadamBetulke mrk ni budak2 tahfiz? Atau budak2 yg hilang dan dijadikn hamba? Tkde sesiapa kh yg berminat utk hentikn agenda mrk2 yg tk bertanggungjwb tu?
BalasPadam