Selasa, Mac 19, 2013

MENGAPAKAH PANGKALAN HARAM DI KELANTAN SEHINGGA KINI DIHALALKAN?


Dia berpanas dan mendekati hampir setiap kenderaan berhenti menunggu lampu trafik bertukar hijau di Persiaran Surian, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Lelaki itu kemudian berjalan ke arah bangunan berhampiran Sunway Damansara. Saya merakamkan gambar.


Saya kemudian menghampirinya dan bertanyakan beberapa soalan.

"Where are you from?," soal saya.

"Pakistan," balasnya.

Namanya, Kamran dan berasal dari Islamabad.


Lelaki warga asing terbabit menjual tisu dan cenderahati bertulis kalimah Allah.


Kekadang kita berasa hairan, ramai warga Malaysia medakwa tidak mempunyai wang kerana mereka menganggur. Kata mereka, biarpun mempunyai kelayakan akademik, sukar untuk mencari pekerjaan bersesuaian.

Walhal Kamran, datang ke sini dari jauh dan melihat peluang perniagaan di jalanan. Sekurang-kuranghnya dia mampu meneruskan kehidupan, biarpun niat tidak menghalalkan cara.


Dia sanggup berpanas terik demi meraih sesuap nasi dan menghantar sebahagian daripada pendapatannya buat belanja keluarga di Pakistan.


Ibunya, kelihatan uzur juga turut berada di jalanan. Sesekali dia duduk di pinggir jalan, barangkali kepenatan.


Tanpa diminta Karman menunjukkan kepada saya salinan dokumen perjalanannya di negara ini. Dia memasuki Malaysia pada 17 Disember 2012 sebagai pelancong.


Dokumen ini kemudian diperbaharui, memberikan dia dan ibunya tinggal di negara kita 3 bulan lagi.


Andai kegiatannya diketahui oleh penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia, dia dan ibunya pasti ditahan. Sebagai pelancong menggunakan pas lawatan sosial, warga asing tidak dibenarkan bekerja di sini.  Jika engkar, mereka melanggar Akta Imigresen 1959/63.


Fakta, Kamran tidak menghormati undang-undang Malaysia tetapi tiada siapa mempedulikan tindakannya.

Sudikah mereka sedang memandu di dalam kenderaan berhawa dingin, berhenti dan bertanya status dokumen perjalanan Kamran? 

Jika adapun, jarang atau tiada langsung.

Situasi terbabit lebih kurang sama berbanding kegiatan orang ramai menyeberang Sungai Golok menggunakan pangkalan haram di sempadan Rantau Panjang, Kelantan. Rakyat Malaysia dan Thailand bebas keluar masuk membolosi sempadan.


Klik di sini.

Mengapakah kerajaan negeri tidak bertindak memberhentikan semua operasi pangkalan haram?

Mungkin gentar bakal kehilangan undi sewaktu Pilihan Raya 13 kelak? Takut rakyat tempatan, pengguna pangkalan terbabit marah lalu bertukar arah sokongan? 

Entahlah.

Hanya Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ahli pentadbiran PAS mampu menjawab soalan itu.

Pangkalan beroperasi secara tidak sah, juga dilabelkan 'haram'. Jika haram,  tutuplah. Adakah kita sedang menunggu bahana tercetus di sempadan, kemudian barulah mengambil tindakan? Tidakkah kerajaan PAS di Kelantan belajar daripada kejadian pencerobohan di Sabah?

Kegiatan di pangakalan haram bukan terselindung.

Itu fakta.

7 ulasan:

  1. hadoi...tu kerja polis sempadan dan tentera sempadan. tak payah tuding jari kat nik aziz. bukan bawah bidang kuasa dia. ko tanya la menteri umno kesayangan tu. apa mereka buat.

    TANYA KAT LAHAD DATU. APA MENTERI SABAH BUAT SAMPAI PENCEROBOHAN BERLAKU.

    BalasPadam
  2. Maaf bro Mazidul.

    Saya ingin memperbetulkan kesilapan diatas berkenaan tarikh kemasukan dia dan pas yang diberikan. Sebenarnya bukan nya lanjutan 3 bulan bro. Untuk makluman bro Mazidul dan yang lain yang sukar memahami tentang kedua-dua gambar tentang pelekat visa dan cop diatas, warganegara pakistan, india, china, mynmar dll memerlukan VISA (Visitor Information Screening Advance) sebelum mereka memasuki Malaysia dan harus mendapatkan VISA terlebih dahulu di pejabat kedutaan kita di negara mereka.
    Pelekat visa diatas menyatakan yang dia hanya boleh masuk ke Malaysia SEKALI sahaja menggunaka VISA tersebut. jika dia ingin masuk ke Malaysia semula, dia harus memohon VISA yang baru. Itu yang dimaksudkan dengan SINGLE ENTRY VISA. Pelekat visa tersebut telah dikeluarkan oleh pejabat kedutaan kita di Islamabad pada 17 DEC 2012 dan VISA ini sah laku sehingga 3 bulan sahaja. bermakna dia boleh menunaikan perjalananya ke Malaysia bila-bila masa sahaja dalam masa 3 bulan tersebut bermula dari tarikh ia dikeluarkan iaitu 17 DEC 2012.

    Dari gambar yang bro Mazidul bekalkan, dia telah menunaikan perjalanannya ke Malaysia pada 28 FEB 2013 melalui KLIA dan pelekat VISA telah dicop "JOURNEY PERFORMED" di sebelah kiri pelekat VISA dan dicop tarikh dia menunaikan perjalannya ke Malaysia iaitu 28 FEB 2013 pada sebelah kanan pelekat. Dia telah diberikan kemudahan Imigresen untuk memasuki Malaysia dengan menggunakan PAS LAWATAN SOSIAL selama 30 hari untuk tinggal di Malaysia berpandukan syarat VISA tersebut iaitu " FOR ISSUE OF VP (Visit Pass) SOCIAL 30 DAYS ONLY"

    Bermakna sekarang, dia hanya dibenarkan tinggal di Malaysia selama 30 hari sahaja iaitu dari tarikh dia masuk 28 FEB 2013 dan HARUS keluar dari Malaysia pada atau sebelum 29 MAR 2013. Bermakna sehngga tarikh komen saya ini dia baru tinggal di Malaysia selama 20 hari dan ada 10 hari saja lagi untuk dia bersiap meninggalkan Malaysia dan tidak akan dilanjutkan tanpa alasan yg cukup kuat. Tapi benar apa yang dikata bro Mazidul, dia menyalahgunakan syarat PAS LAWATAN SOSIAL.

    walau apa2 pun bro,tahniah kerana berjaya menjadi blogger berjaya.
    singgah-singgah juga ke blog saya k bro di www.lowisslow.com

    BalasPadam
  3. Jabatan Imigresen kurang kakitangan kot ataupun ramai sangat yang suka dok proses permohanan visa pekerja asing...masyuk kot...SPRM bole la p jalan2 opis imigresen

    BalasPadam
  4. Pasal kemasukan secara haram rakyat Thai ke Malaysia atau sebaliknya tu adakah ianya berada di bawah pihak berkuasa negeri?

    Tak pernah timbul isu kalau pendatang haram masuk ke Malaysia ia mesti menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk membendungnya.

    Bukankah ini semua tanggungjawab Imigrasin, Kastam, Polis dan lain penguatkuasa di bawah kerajaan persekutuan?

    BalasPadam
  5. Indon ngan bangla semua masuk ikut kelantan. sebab tu banyak indon ngan bangla di malaysia. Kerajaan kelantan mengarahkan polis dan imigresen membiarkan pandatang haram masuk ke malaysia.

    BalasPadam
  6. Mohon penjelasan dari Tuan Blog ni, bidang kuasa siapakah utk membenteras gejala yg disebutkan di sini, Adakah kerajaan negeri @ Kerajaan Pusat.

    Kerana semua pihak penguatkuasaan & pendakwaan sprt PDRM, Imigresen, Kastam dll semua di bwh Pusat.

    Mohon penjelasan yg jujur ya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.