Ahad, Mac 03, 2013

JANGAN BIARKAN HATI MEREKA TERCALAR



Mereka berusia di antara 2 dan 6 tahun. Kanak-kanak perempuan ditempatkan di sebuah bilik sempit  di tingkat atas rumah dua tingkat.

Manakala kanak-kanak lelaki tidur di atas lantai ruang tamu sahaja.


Sebelum ini 28 kanak-kanak, anak keluarga miskin dan yatim piatu itu dilaporkan makan berkongsi seekor ayam. Namun sejak berita mengenai kisah kedaifan Rumah Amal Buah Hatiku disebarkan di Facebook, ramai anggota masyarakat menghulurkan bantuan.

Lihat reaksi sebilangan  penghuni,  sewaktu melihat saya berdiri di luar rumah No 32, Jalan 7/3C, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor, sambil merakamkan gambar.


Lama saya berdiri, sambil memerhati orang ramai berkunjung dan membawa pelbagai jenis barangan termasuk makanan.

Perhatikan gelagat sebahagian daripada kanak-kanak sebaik menerima barangan disedekahkan.


Barang permainan menjadi rebutan di kalangan mereka. 


Saya berpeluang bertemu pengendali Rumah Amal Buah Hatiku, Norasiah Mohd Hanan, 35 tahun, berasal dari Grik, Perak.


"Terdapat empat kawan, warga tempatan, membantu secara sukarela dan mereka menetap di rumah ini. Setahun lepas cuma ada sepuluh orang sahaja dan kemudian bilangan mereka bertambah. Contohnya, ada anak keluarga susah berasal dari Kedah di hantar ke sini. Mereka berusia di antara dua dan enam tahun," jelas Norasiah. 

"Berapakah kos keseluruhan membiayai kegiatan rumah ini sebulan?," soal saya.

"Dalam empat belas ribu ringgit, termasuk perbelanjaan makan minum dan kos rawatan jika kanak-kanak sakit," balasnya.

Ibu kepada 5 anak berusia di antara 3 dan 11 tahun ini bersuamikan lelaki berasal dari Banda Aceh, Indonesia, Riduan Ali.


"Dua penghuni remaja dari Rumah Amal Peribadi Mulia Kajang membantu memperbesarkan bahagian belakang rumah ini untuk meluaskan ruang dapur," kata Norasiah.

Rumah ini mula beroperasi pada tahun 2011.


Difahamkan remaja melakukan kerja pembinaan itu berusia 12 tahun.  Terfikir, tatkala ramai anak kita bergembira bermain PS 3, dua remaja itu berdikari untuk memastikan kehidupan penghuni rumah menjadi lebih selesa.

Menurut Norasiah, mereka tidak mampu untuk membayar upah kontraktor profesional. Saya berharap agar kontraktor terbaca entri ini sudi menghulurkan bantuan. 

Sewaktu berada di rumah itu, saya rakamkan gambar barangan disumbangkan oleh orang ramai sejak beberapa hari lalu.


"Apakah antara keperluan utama rumah ini selain daripada bahan makanan?," tanya saya.

"Almari untuk menyimpan barangan sumbangan orang ramai dan kenderaan. Kami memerlukan kereta untuk menghantar kanak-kanak sakit ke klinik atau hospital," jawab Norasiah.


Kepada mereka ingin membantu, sila hubungi Norasiah.



JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA MENGESAHKAN RUMAH INI DIKENDALIKAN OLEH GLOBAL IKHWAN SDN. BHD BERKAIT RAPAT DENGAN AL-ARQAM TELAH DIHARAMKAN PADA TAHUN 1994.

KLIK DI SINI.

SILA HENTIKAN SEMUA SUMBANGAN.

12 ulasan:

  1. tak ada yang nak ambil kanak-kanak tu jadi anak angkat ke ??? kan lebh terjamin penjagaan dan pendidikannya ..

    BalasPadam
  2. Pengambilan anak angkat tidak dibenarkan buat masa ini, menurut Ustazah Asiah kerana anak-anak ini walaupun anak yatim, fakir-miskin/asnaf, mereka masih mempunyai waris tetapi keadaan kemiskinan memaksa untuk anak-anak ini di hantar ke rumah Amal Buah Hatiku..

    BalasPadam
  3. SMTI...Mohon shara di FB...semoga lebih ramai yg membantu...insyaallah

    BalasPadam
  4. Apa kata dibuat Program Sponsorship Anak Yatim ataupun Sponsor-A-Child. Ermmm.. nak cakap mcm mane ye. Ianya macam kita ambil anak angkat tetapi bukan secara fizikalnya hanya melalui bantuan kewangan. Macam kita bagi derma bulanan yang tetap samada secara individu atau jika tak mampu secara berkumpulan. Setiap kanak-kanak itu akan mempunyai sponsornya sendiri. Dapat idea ni pun sbb saye pernah dpt pamphlet dari Islamic Relief Malaysia. Individe yang sponsor tu pula in return akan dpt up date dr Rumah Amal ini ttg progress anak yg disponsor itu ttg pendidikannya, kesihatannya, tumbesarannya dsb.
    This is just an idea dan pendapat utk dikongsi bersama ^_^

    BalasPadam
  5. terima kasih atas perkongsian.semoga ramai yg tampil membantu

    BalasPadam
  6. tak perlu rasa curiga..saya sendiri ke sana...jadi anda juga boleh ke sana...anak anak masih kecil...tidur dalam keadaan berhimpit..dan sgt seronok bila kita datang...duduk saja,,,ramai yg tumpang duduk di pangkuan...

    BalasPadam
  7. ada nombor akaun? senang nak transfer saja...

    BalasPadam
  8. MAYBANK : 5628 3461 8936 - BUAH HATIKU
    USTAZAH ASIAH : 017-3925 392

    ~ penajaan persekolahan amatlah dialu-alukan memandangkan mereka sekarang hanyalah home-school, tiada kendaraan untuk menghantar anak2 ini ke tadika.. Alhamdulillah atas keprihatinan semua :D

    BalasPadam
  9. salam..abg mazidul boleh tlg siasat x isu rumah anak yatim ni..sbb baru2 ni ada org yg mengatakan status yg meragui berkenaan rumah ni." UNTUK MAKLUMAN SEMUA : Ini adalah rumah amal TIPU, milik Global Ikhwan Sdn Bhd aka Rufaqa aka Al Arqam. Rumah amal berrkenaan dulunya di kenali sebagai Rumah Amal Peribadi Mulia. Tetapi selepas pihak berkuasa mengetahui bahawa yang ditempatkan dirumah berkenaan BUKAN anak yatim dan BUKAN anak fakir miskin sebaliknya anak-anak ahli Global Ikhwan Sdn Bhd yang ibu bapa mereka MASIH SIHAT WAL AFIAT, maka pihak GISB mengubah nama rumah amal tersebut kepada rumah amal yang lain. HARAP JANGAN TERTIPU DENGAN RUMAH AMAL PALSU."

    isunya bukan untuk tidak bersedekah atau apa cuma tidak mahu sedekah itu disalahgunakan oleh org lain dan tidak sepatutnya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.