Jumaat, Mac 01, 2013

DUA POLIS DILAPORKAN TERKORBAN : DARAH DIBAYAR DARAH!

Entah mengapa, tiba-tiba airmata saya bergenang sebaik sahaja menerima perkhabaran pegawai dan anggota polis komanda, Vet 69 terkorban akibat terkena tembakan motar tentera Raja Suluk di Lahad Datu, Sabah.

Pegawai dan anggota VAT 69, komando terlatih tetapi sayang mereka tidak berpeluang mempertahankan diri.

Pihak berkuasa Malaysia sudah terlalu lama bertahan dan berkompromi sehingga nyawa rakyat kita gugur di bumi sendiri.

Mari bersama kita sedekahkah Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban. Sila rujuk nama mereka di laman sosial Facebook, Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia.

Wartawan Bernama melaporkan melihat dua mayat dimasukkan ke dalam lori. Setakat ini pihak berkuasa tempatan masih terus membisu.

Darah dibayar darah!

Jika selama ini penjenayah tegar ditembak mati, inikan pula penceroboh tanahair kita sendiri.

Saya percaya kecekapan pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan VAT 69 mampu melenyapkan semua penceroboh di Lahad Datu.

Semoga nyawa pasukan keselamatan dipelihara oleh Allah. Bersama kita doakan.
posted from Bloggeroid

5 ulasan:

  1. Ya Allah.. peliharalah negaraku yg tercinta ini dan selamtkan mereka yg berjuang mempertahankan negara ini... Aminn...

    BalasPadam
  2. huhuhu... Al fatihah... semoga diorang gugur syahid seandainya mereka islam... DARAH DI BAYAR DARAH

    BalasPadam
  3. VAT69 bukan Vet69 adalah pasukan elit, terlatih dan sentiasa bersedia untuk melindungi negara kita. ALFathihah buat pejuang kita yang telah gugur.Moga Allah memberi perlindungan kepada pejuang2 kita dan bukakan hati penceroboh ini moga pulang ke tanah air mereka dengan aman.

    BalasPadam
  4. Al-Fatihah...Salam Takziah bagi keluarga yang terlibat. kepada yang tak berapa cerdik cakap peristiwa ni sebagai sandiwara politik, dipersilakan ke medan tempur untuk berdrama. apa punya stupid sepet

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.