Sabtu, Mac 30, 2013

TALIAN KERAMAT DIGERUNI OLEH PUSAT TAHFIZ AMAL MENDERA DAN MEMPERHAMBAKAN REMAJA DI BAWAH UMUR

Alhamdulillah, di pagi Sabtu ini, saya baru sahaja selesai bercakap dengan petugas di talian Nur.


Panggilan dijawab secara sopan dan tenang manakala informasi dikongsikan oleh petugas amat berguna untuk saya catatkan di sini.

Talian Nur, 15999 dilancarkan pada 5 Disember 2007 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Antara objektif utama pusat penggilan bersepadu terbabit, memberikan perkhidmatan kecemasan, pertanyaan dan aduan berhubung kes penderaan, pengabaian, masalah juvana, kanak-kanak serta  keganasan rumah tangga

Sila klik di sini, untuk meneliti laman web Talian Nur.

"Apakah perlu dilakukan oleh masyarakat jika terserempak dengan remaja di bawah umur, pelajar Pusat Tahfiz Amal, PTA, merayau di lokasi tidak selamat samada pada waktu siang atau malam?," soal saya.


"Jika usia mereka di bawah 18 tahun, orang ramai perlu mendapatkan alamat TEPAT  lokasi kejadian. Selepas itu, terus hubungi Talian Nur, 15999 dan nyatakan alamat terbabit dan keadaan remaja dilihat. Kami kemudian akan membuat laporan untuk rujukan Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM. Pada masa sama, Pegawai Pelindung Daerah bertugas 24 jam, 7 hari seminggu akan dihubungi segera untuk bergegas ke lokasi. Pegawai terbabit akan membawa remaja itu ke tempat lebih selamat sebelum siasatan kes dilaksanakan," ujar petugas.

Molek, jika pengadu berada di lokasi buat seketika sambil memantau pergerakan remaja terbabit sebelum  Pegawai Pelindung tiba.

Saya amat yakin, bersama kita berupaya memberhentikan kes perhambaan kanak-kanak dan remaja sekian lama berlaku di Malaysia.

Sila COPY PASTE maklumat di bawah di Facebook dan sebarkan.


Berikut 3 langkah mudah,  LEBIH berkesan untuk dilaksanakan oleh orang ramai jika terserempak remaja di bawah umur, diperhambakan oleh Pusat Tahfiz Amal, Kedah.

1. Dapatkan alamat TEPAT lokasi kejadian.
2. Segera hubungi Talian Nur 15999, beroperasi 24 jam sehari. Nyatakan alamat serta keadaan remaja terbabit kepada petugas menjawab panggilam. Pegawai Pelindung terdekat akan dihubungi petugas terbabit.
3. Jika mempunyai masa, sila tunggu ketibaan Pegawai Pelindung bertugas 24 jam di lokasi. Remaja terbabit akan diselamatkan.

Bersama kita bersatu untuk terus membanteras kes penderaan dan perhambaan remaja di bawah umur.

'HENTIKAN PERHAMBAAN' 

... Kita bukan hidup di zaman Kunta Kinte!

Jika pembaca menyokong usaha kami, sila LIKE page ini dan kongsikan maklumat diperolehi.

4 ulasan:

  1. Saya pernah didatangi kanak2 seperti di gambar stesen minyak diatas.. Selepas hulur seringgit. Lantas saya minta resit dari budak itu.. Ternyata ia adalah resit 'Pusat Tahfiz Amal'.. Kejadian berlaku di gerai seberang jalan Uptown Perda, Pulau Pinang

    BalasPadam
  2. Salam Tuan

    sebelum maghrib tadi saya berjumpa dengan dua kanak 2 berusia 11 dan 12 tahun yang membawa resit dan makjun jualan. resit tercatat Pusat Tahfiz Amal, Yan Kedah. dihadapan Maybank Silibin, Ipoh perak

    Adik duduk sini dari jam berapa ? tanya saya

    dalam takut2 dia jawab dari tengahari sekitar jam 12.30 katanya, berbekalkan sedikt bahan bacaan dan info yang Tuan Mazidul sertakan akhirnya saya menghubungi Ustazah yang menjaganya - ustazah tersebut marah bila saya nyatakan ingin membawa pelajar tersebut dan menghubungi IPD disitu. dia mintak saya jangan ganggu dan jika saya kurang senang suruh kanak2 tersebut berhenti dari kutip duit tersebut dan tunggu direstoran berhampiran untuk diambil. kerana waktu maghrib semakin hampir saya tidak dapat tunggu lama dan harus pulang ke Batu Gajah kerana menginggalkan dua anak saya dirumah. kanak2 tersebut kelihatan takut dan bingung dengan perbuatan mereka sendiri.

    bila saya tanyakan ayah dan ibu kerja dimana? jawapan yang ringkas ' ayah dan ibu menjadi ustazah dan ustaz disini jugak' katanya.

    saya mengunakan kata2 Tuan Mazidul ' Kita sebagai pelajar Tahfiz tak boleh berbohong ya dik' terus dia tunduk dan diam disitu.

    kesian dan sangat menyedihkan , kanak2 ini sememangnay diperdagangkan. katanya dah tiga hari disitu. tidur dirumah sepupu ustazah katanya.

    menurut ustazah yang menjaganya. dia dah selalu ambik kanak2 jagaanyanya di balai polis dan merayu pada saya agar tidak menghantar atau mengubungi polis. bila saya katakan ingin menghubungi polis kanak2 tersebut jadi takut dan mula meniggalkan saya dan rakan dari situ. saya perhatikan mereka berjalan dengan cepat.

    mari kita bersama2 lakukan sesuatu kerana mereka tidak faham apa yang sedang berlaku

    terima kasih atas informasi Tuan Mazidul, sekadar pengalaman saya sebentar tadi

    BalasPadam
  3. Tadik saya ada call Talian Nur dan di layan dgn penuh sopan oleh Siew Ting

    Mlm tadik kat Mc D nilai , 1st time saya tgk seorang budak yg ley di kira sebagai anak dara mintak derma .

    Dah la cantek ...risau nya la kalau tetiba ada org yg berniat jahat apa apa kan dia .

    Tapi bila di tanya lebih lanjut dia cam malas sangat nak jawab soklan n terus beredar

    saya beri nasihat kat dia ...dik jaga diri baik baik tau ...tp vley plak dia pandang saya cam saya nih marah dia plak kekdah nya ..

    alahaiiii

    harap cepat2 la isu ni di selesaikan

    syabas Mazidul sebab sgt konsistent membenteras kegiatan ini n menyampai kan kebenaranya

    BalasPadam
  4. Hmmm masih hangat lagi isu ni ya? Tadi saya dan kawan makan di gerai dihampiri seorang remaja perempuan yang boleh dikira cantik juga. Buat jualan amal "madu sakti" ada tulisan resit tak silap saya pusat tahfiz amal tu. Cara dia berinteraksi buat kita serba salah nak beri, dengan kata2 yang ada gaya menyindir.. Pandai menjawab, buat kita rasa tak senang, saya terkejut dengan interaksi remaja itu dan saya tergelak dengan caranya sampai saya naik segan. Akhirnya kawan saya yang seorang pegang sebotol madu dan slow talk bagi nasihat tentang cara dia tak kena, buat orang tak selesa dan beliau cuba meminta botol madu bila rasa tak selesa.. Dengan kami menasihatinya, kami sedekah RM10. Dalam jam 11.15 mlm berlegar2 remaja perempuan tu ke meja2 makan. Memang tak wajar. Lokasi jalan sejambak area deret kedai makan, masai johor

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.