Saya menerima maklumat bergambar dihantar seorang rakan di Facebook.
Berikut (tengah) gambar pengurus Rumah Amal Buah Hatiku bersama suaminya, berasal dari Aceh, Indonesia, Ridwan Alisabi.
Sila baca informasi berhubung rumah amal terbabit, klik di sini.
Di bawah pula gambar mereka, suami isteri bersama beberapa remaja sebelum ini dijangka ditempatkan di sebuah rumah AMAL di Kajang, Selangor.
Perhatikan gambar lelaki di sebelah kanan banting, bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam, 'Abuya'.
Ridwan, pemilik akaun Facebook, klik di sini.
Dia mencatatkan status menyanjung Abuya atau Asy'ari Muhammad, di ruang komen media sosial terbabit.
Justeru pihak berkuasa harus menyiasat operasi dua rumah AMAL di Kajang dan Bangi, Selangor itu secara terperinci.
Masyarakat kini menghulurkan bantuan makanan dan wang tunai kepada pengendali rumah itu, jadi mereka berhak untuk mengetahui FAKTA, klik di sini.
Apakah hubungan pihak pengurusan Rumah Amal dan Al-Arqam?
KEMASKINI
Pada kira-kira jam 6 petang tadi, saya dihubungi oleh individu enggan identitinya dirinya didedahkan.
"Saya terfikir, bukan satu kebetulan. Semua 14 kanak-kanak lelaki tinggal di Rumah Amal Buah Hatiku mempunyai nama bermula dengan 'Muhammad'. Barangkali mereka anak jemaah," katanya.
perggghhhh... macam mana bro mazidul siasat ni?? memang detail.. terbaikk...
BalasPadamTerima kasih kerana akhirnya dapat mengaitkan bukti RABH dengan kegiatan Al Arqam. Kini saya agak kecewa dan perlukan penjelasan dari Puan Asiah dan Puan Siti berhubung dengan pendedahan ini.
BalasPadamAnyway,good job sir!
Subhanallah...sungguh x patut..masyarakat nk membantu anak yatim tp ada yg ambil kesempatan. Allah Maha Mengetahui..
BalasPadamYes- kami nk pihak berkuasa siasat!!..Mazidul- bwk thiz fwd
tahniah .. muga lebih ramai berani tampil ke depan dengan bukti yang lebih ' sohih ' .. Jangan biarkan mereka yang benar-benar ikhlas ingin membantu .. TERPEDAYA ..
BalasPadamKalo seseorang itu ingin mnderma, mnyumbang @ mmbantu kna pastikn bhawa yg kita hulurkn bantuan itu adalH org2 yg brada dijalan yg lurus dan bkn yg myimpang dr ajarn Allah dan Rasul saw.
BalasPadamMasalah hari ni ialh org rmai sgt trkeliru yg mana betul @ batil,Contoh: adakh Arqam ni betul @ batil ?
Cuba tls di mana x betulnya Arqam? Sesat kah, dimana sesatnya, Org2 Arqam akn masuk neraka, apa buktinya
saya amat mengenali individu yang bernama Ridhuan alisabi. beliau juga dikenali sebagai "Ust Wan Acheh" dikalangan Ahli Global Ikhwan Sdn Bhd(GISB).
BalasPadamini adalah salah satu daripada rumah2 amal yang bergiat aktif di seluruh negara.Mereka menyalurkan antara RM3000-Rm5000 ke mekah untuk kegunaan disana. di mekah GISB memiliki sebuah Villa yang dihuni oleh Balu Abuya Ashaari Mohd. Saudara mazidul perlu selidik rumah2 amal mereka disekitar selangor. Di Rawang(RA Siraman Kasih), Subang Bestari(RA Kasih Bestari), Bkt Beruntung(Rumah Anak Kesayanganku), di Puchong(RA Limpahan Kasih) dan banyak lagi di negeri2 yang lain. saya harap masyarakat perlu didedahkan tentang perkara ini...kerana ramai bersimpati melihat kedaifan mereka. Tetapi sebenarnya penghuni rumah amal ini adalah anak2 dikalngan ahli2 GISB, segelintir sahaja orang luar. Saya berharap saudara mazidul dapat membongkar kegiatan mereka...supaya orang ramai tidak tertipu...
duit yang saya maksudkan...mereka salurkan setiap bulan. Wang ini disalurkan atas nama "Tabung Taqwa"(TT).TT dikira sebangai kayu ukur ketaqwaan ahli2 GISB. Sekiranya kurang TT, maka dikira "tidak dibantu". TT bagi ahli2 GISB adalah mandatori.Dan bagi yang gagal mencukupi quota yang ditetapkan, mereka diangap tidak mancapai "TAQWA". Bagi yang mencapai quota...dikira sudah mencapai "TAQWA". Padahal duit2 ini digunakan secara bermewah2 oleh UMMU JAH di tanah suci Mekah.
BalasPadamini adalah pautan blog GISB yang bergiat aktif memberikan perkembangan terbaru di mekah
BalasPadamhttp://suaramuhajirin313.blogspot.com
http://anjangmuor.wordpress.com
BalasPadamDi Haramain(mekah dan madinah), UMMU JAH bertapak sudah hampir 2 Tahun. Ahli2 GISB menggelar UMMU JAH sebagai BONDA WASILAH AR. UMMU JAH meletakkan dirinya sebaris dengan Rasulullah, dan mendakwa sentiasa mampu berhubung dengan Baginda. Kata UMMU JAH, gelaran "AR" yang bemaksud "ALLAH REDHO" atau dalam bahasa arab "Radiallahu anha" diberikan padanya oleh Baginda Rasulullah sendiri. Dan ramai dikalngan pemimpin tertinggi di dalam GISB yang "layak" juga diberi gelaran AR oleh UMMU JAH. Saya berharap saudara mazidul boleh mengungkap segala kesesatan yang dibawa oleh individu bernama UMMU JAH.
BalasPadammemang berharap sangat pihak berkuasa membuat sesuatu. pengaruh mereka sangat besar selepas baca di link atas. mereka ada buat pakej umrah & haji. buku2 agama pun dijual dan saya pun ada buku itu. saya beli kat mph pulak tu.. astagfirullah...
BalasPadamsyair terbaru yg kononnya dikarang oleh bangsawan arab dari mekah utk UMMU JAH.
BalasPadamIbuku Khadijah
Malaikat dari langit
Dia juga dibumi selaku malaikat
Dia mengharap Allah menganugerahkan
Keselamatan dan mengembangkan Islam
Dan kecintaan kepada Allah dan Rasul
Tidak pernah tidur di hatinya
Begitulah kita saudaranya dan sepupunya
Menyebarkan kasih sayang antara negara
Dengan keamanan dan keimanan
Dan kebaikan dan kata-kata
Ummu Khadijah bagimu berkat
Bagimu berkat dari langit
Dan bagimu dibumi cinta
Dan kasih sayang serta ana- anak
Kamu ibarat mutiara dilaut, kebaikan, haruman dan bunga
Kamulah ibuku dan ibu keselamatan
Ibu Khadijah
Malaikat dari Langit
Dia juga dibumi selaku Malaikat
Dia mengharap Allah menganugerahkan
Keselamatan dan mengembangkan Islam
Dan kecintaan kepada Allah dan Rasul
Tidak pernah tidur di hatinya
Ummu Khadijah bagimu berkat
Bagimu berkat dari langit
Dan bagimu dibumi cinta
Dan kasih sayang serta anak-anak
Kamu ibarat mutiara dilaut, kebaikan, haruman dan bunga
Kamulah ibuku dan ibu keselamatan
Salam semua,
BalasPadamsemoga Allah memberikan kita hidayah untuk melihat yg HAK sebagai HAK, & yg BATIL sebagai BATIL, ameen.
Pohon sesiap yg tahu, apa nama agent umrah/Haji yg dikelolakan oleh GISB. Sy pasti beberapa restoran di Bangi juga ahli GISB (gut feel, no proof).
Share bukan nak letak pasir dlm periuk nasi orang lain, tapi khuatir sekiranya pengisian dlm kursus dan semasa umrah/haji terdapat unsur2 yg boleh menyimpang aqidah, nauzubillah.
http://www.youtube.com/watch?v=JdzlsaGXUbE
BalasPadamIndividu yang berselindung disebalik nama ANJANG MUOR juga dikenali sebagai "UST HARUN TAAT".Beliau adalah agen haji dan umrah di bawah kendalian GISB, di tanah suci mekah.
BalasPadamMembaca artikel ini mengingatkan saya kepada teman sekolah yang berkahwin dengan anak-anak abuya. beliau sebagai isteri ke-4 (dipinang oleh madu-madu), manakala adiknya sebagai isteri pertama.
BalasPadamKetika menghadiri majlis perkahwinan mereka kira-kira 8 tahun lalu, dipenuhi dengan semua 'ahli-ahli' mereka. Tapi, saya tidak hairan kerana ibu bapa mereka adalah ahli jemaah yang 'taat'. Saya berharap dapat bertemu kembali dengan adik beradik Ummu ini kelak.
Daripada kata2 Ibu Khalish n Ilhan, saya pasti kedua2 individu berkenaan adalah anak kepada En.Raihan dari melaka. Saya mengenali en raihan suatu ketika dahulu.
BalasPadamDiantara kesesatan yang menjadi pegangan UMMU JAH
BalasPadam1.Menggelar dirinya Wasilah iaitu pengantara kepada Rasulullah(R) untuk umat Islam akhir zaman
2.Dikatakan mampu bertemu dengan R Secara Jaga
3.Menganggap rujukan Quran dan hadis sudah tidak relevan, kerana mampu merujuk terus pada baginda R
4.Mendakwa ahli yang taat setia padanya(Orang KU), adalah sama darjatnya dengan sahabat R
5.Mendakwa mendapat "arahan" daripada Baginda R untuk mempromosikan seks suci islam, dan R adalah bapa kepada Seks suci islam.
6.Mendakwa Kaabah memiliki "POWER", dan POWER ini yang membantu mereka dalam melakukan kerja2 perjuangan.
7.Mendakwa Ibadah Haji hanya perlu dilakukan secara roh, dan tidak perlu menjejakkan kaki ke kota suci Mekah
8.Mendakwa Abuya tidak meninggal dunia, tetapi ghaib. dan sentiasa mampu berhubung dengan arwah Abuya.
9.Mendakwa dirinya adalah ibu kepada umat Islam akhir zaman
10.Sesiapa yang taat padanya, akan dijamin syurga.Dan siapa yang ingkar padanya tidak akan selamat dunia akhirat.
11.Mendakwa Villa yang didudukinya adalah villa R.
12.Mendakwa tidak kurang quota talak[3kali], sekiranya sempat rujuk dalam waktu iddah. Dan boleh jatuhkan talak banyak kali dgn tujuan mendidik isteri.
Pengurus ni ustaz Ridhwan Ache kan? Farish Nash jom kawan dgn gue.
BalasPadamBukit Beruntung ini mgkin ada mereka. Cuma ye ke tidak. Tak pasti.
BalasPadamArqam adalah jemaah yg menyelusuri perjalanan Rasul dan para sahabatnya iaitu tiada sape dapat menghalang pergeraknya sehingga lah dia nanti akn sampai kemuncaknya, Daulah Islamiah tapak ummah k2. Musuh Islam boleh cakap apa saje tp itu smua x mmberi bekas, bahkan panggil lah sekutu kamu (Yahudi dan USA) tolong(muka x malu)utk hancurkn Arqam namun smua itu akn sia sia blaka kerana Arqam ada Allah dan Rasul. Arqam tetap akan maju ke depan menuju kegemilangan tanpa boleh dibendung. Islam pasti menang dan x akan kalah2 lg.
BalasPadaminsyaalah kebenaran akan trserlah x lama lagi.........islam x kan kalah-kalah lagi..
BalasPadamhttp://cerobohlagi.blogspot.com/2013/03/gambarbetul-ke-aku-mimpi-bertemu-abuya.html?m=1
BalasPadamUstaz harun berselindung ? Siapa yang berselindung? Pihak berkuasa ? Haha ! Dah 45tahun dari zaman Arqam pihak berkuasa tak boleh buat apa-apa ... Fikir2kanlah
BalasPadamkebenaran haper yg korang perjuangkan,.. . ??? . membangun menggunakan duit sumbangan atas nama anak yatim ???,,... itu kerr perjuangan kebenaran ???,.. Model islam ??? banyak juga premis hutang sana sini ???... sy fakrur dan nasrul dulu tu dianggap wali (ikhwan) oleh korang suma,.. . sekarang, kenapa korang buang diorang pulak,.. . Dah masuk ERA TAKSUB kat nek jah pulak ler ni,... . Suweyy banyak aku tengok jemaah korang ni.
BalasPadamSalam Bor Mazidul. Mohon semak website virtualfriends.net. Ada individu dgn account AwEkz_Ayu kerapkali meminta sumbangan / belian / derma untuk Rumah Amal Siraman Kasih.
BalasPadam