Sejak kes pencerobohan pengganas bersenjata berlaku di Lahad Datu, Sabah, ramai mempertikaikan kaedah sempadan mampu dibolosi.
"Selama ini, penduduk di selatan Filipina memang mempunyai hubungan kekeluargaan. Contohnya, mereka boleh mengadakan majlis akad nikah di negara jiran dan kemudian membuat kenduri doa selamat di Lahad Datu," ujar rakan, kini menetap di bandar itu.
Malah saya difahamkan, mereka menggunakan perkhidmatan talian 016 dan 019 untuk berhubung di antara dua negara, berjarak 22 batu nautika.
Di akhbar Harakah, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengingatkan rakyat negara ini khususnya Sabah supaya tidak membantu pihak luar menceroboh negara sendiri.
Cuma saya berasa hairan berhubung kejadian selama ini berlangsung di sempadan Malaysia-Thailand, khususnya di Sungai Golok, Kelantan.
Sebelum ini, dianggarkan lebih 130 pangkalan haram didirikan di tebing Sungai Golok. Sungai menjadi nadi pengangkutan rakyat kedua negara menyeberang secara haram.
Semalam saya menghubungi rakan di utara Semenanjung.
"Sekarang ini masih ada berbelas lagi pangkalan haram di sungai itu dan penduduk kedua negara masih bebas keluar masuk menggunakan jalan air," katanya.
Pada Januari 2010, saya berada di tebing sungai sama dan merakamkan banyak gambar berhubung kegiatan penduduk.
Tiada siapapun dapat membezakan identiti mereka menyeberangi sungai, samada rakyat Thailand atau warganegara kita.
Disember tahun 2012, saya dengan kerjasama beberapa penduduk Thailand, tinggal di tebing Sungai Golok, Kelantan, melakukan satu eksperimen ringkas untuk membuktikan pelbagai barangan termasuk senjata, terlalu mudah diseludup.
Klik di sini.
Laut Sulu pemisah di antara Sabah dan Filipina lebih luas berbanding kelebaran Sungai Golok.
Di samping berbicara mengenai pencerobohan di Sabah, ada baiknya juga pihak kerajaan negeri Kelantan dan pihak berkuasa turut sama MEMPERKETATKAN kawalan di sempadan. Datuk Nik Aziz pula boleh memohon pihak berkuasa menutup semua pangkalan HARAM sekaligus memberhentikan kegiatan membolosi sempadan.
Kegiatan berjalan di hadapan mata buat sekian lama, sehingga ke saat ini.
Benarlah sungguh kata pepatah Melayu, kuman di seberang laut kita nampak, gajah berlari-lari anak, melompat, bergurau, tidur di tepi sungai ...
Benarlah sungguh kata pepatah Melayu, kuman di seberang laut kita nampak, gajah berlari-lari anak, melompat, bergurau, tidur di tepi sungai ...
betul.. jgn nanti bla ada kes besar baru nk bising2.. penguatkuasa, laksanaln kewajipan anda..
BalasPadamCaya la bro. Balun org tua tu lebih sikit. Mmg perangai org kelantan ni mcm tu. Klu yg org semua tak betul. Klu yd dia semua molek. Harta org mcm harta dia.
BalasPadamSempadan Malaysia-Thailand diletak dibahu anggota keselamatan/polis NEGERI ke NEGARA?Musykil..Begitu musykil dan rasa diperbodohkan.
BalasPadamx tau pulak keselamatan negeri dok bawah kerajaan negeri....harap saudara berpolitik berdasarkan fakta..
BalasPadam-atas pagar-
Orangkuale, maksudnya, semua soal keselamatan tidak berhubungkait dengan pemerintah di negeri?
BalasPadamGanjil sungguh bunyinya.
sorry bertanya.. adakah soal keselamatan sempadan negara ni bawah kerajaan negeri or kerajaan pusat yer?
BalasPadamSalam Bro,
BalasPadamKerajaan perlu memperkasakan "HANRUH".
Soal keselamatan bukan terletak di tangan pasukkan keselamatan semata-mata. tetapi melibatkan semua khasnya semua Jabatan Kerajaan.
Sumber mungkin mencukupi dan apa yang perlu adalah perlaksanaan oleh semua agensi waima Kemas sekalipun, dan yang ada dah mungkin tambahan beberapa aset yang perlu. tapi yang paling penting adalah memperkasakan Ketua-ketua pengarah dan pengarah-pengarah semua agensi. Kakitangan lain akan mengikuti sahaja. Ketua pengarah dan pengarah2 yang suka main golf je tu hantarkan tarbiah ke Alam flora.
Bukan macam sekarang, bila ada iklan haram ditampal.. pihak polis lak yang kena pergi tanggalkan. Membazir sumber dan merendahkan kredibiliti.
Mohon pandangan. Tq
negeri- keselamatan rakyat negeri yg melibatkan polis..
BalasPadamnegara- keselamatan negara melibatkan polis dan tentera...
jangan tunggu lagi
BalasPadamSaudara Mazidul..
BalasPadamSaudara terlalu memandang tinggi terhadap pentadbiran TGNA dengan meletakkan harapan agar beliau menyedari untuk menangani Gajah di depan mata berkenaan.
Sedangkan masalah air yang merupakan keperluan ASAS pun TGNA gagal untuk menguruskannya dengan baik walaupun dengan bantuan kerajaan pusat, apatah lagi perkara yang berlaku jauh ni dari tingkap suraunya..
Lebih baik duduk diam - diam sambil menikmati pendapatan menteri besar walaupun rutin harian macam Imam surau..
Saya dan rakyat malaysia semestinya merasa bhawa kerajaan BN telah berjaya menangani ancaman keselamatan dengan tindakan proaktif manakala Pihak Pembangkang hanya tahu memperkecilkan pengorbanan pihak Polis dan Tentera dalam menjaga keselamatan Sabah.
BalasPadamkepada sahabat yg tidak mengetahui keadaan sebenar baik kita diam je.. lagi pun isu sempadan thai n malaysia nie rumit sikit...sbb boleh jadi rakyat malaysia yg ade ic dok sana... lagipun hbgn persaudaraan antara muslim patani n kelantan wujud sebelum kerajaan islam patani jatuh ke thailand secara paksaan...
BalasPadam