Kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dijangka dapat diselesaikan selepas pengganas diserang oleh pihak berkuasa Malaysia.
Syukur, tiada lagi pegawai atau anggota pihak keselamatan, PDRM atau ATM terkorban dalam pertempuran.
Bagaimanapun, jauh dari Lahad Datu, 'pencerobohan' selama ini berlaku masih tidak mampu ditangani secara total.
Perhatikan gambar saya rakamkan di Pasar Pudu, Kuala Lumpur.
Disedari atau tidak, pasar diperuntukkan untuk peniaga rakyat tempatan mencari rezeki telah diceroboh secara terang-terangan oleh peniaga warga asing dari China dan Thailand.
Saya bukan membuat satu spekulasi tetapi mendapatkan maklumat tepat mengenai kehadiran tetamu tidak diundang terbabit.
"Dari mana?," soal saya kepada wanita di bawah.
"Taiwan," balasnya ringkas.
Beberapa detik kemudian, dia menawarkan saya telefon bimbit berjenama Samsung berharga RM200.
"Murah sangat," komen saya.
Dia hanya tersenyum dan saya yakin dia tidak langsung mengerti maksud ayat saya lafazkan.
"Seratus lapan puluh ringgit, ok?," soal saya.
"Ok," katanya.
Yakin saya bakal membeli telefon bimbit tiruan itu, tanpa masalah wanita terbabit menjawab soalan saya seterusnya secara jujur.
"Dari Guangzhou?
"Yah! Yah! Guangzhou, China," jawabnya.
Lihatlah betapa bertolak-ansurnya peniaga tempatan mencari rezeki di lokasi sama. Mereka semua tahu, tindakan wanita China berniaga secara haram itu bercanggah dengan undang-undang tetapi apakah mampu mereka lakukan?
Beberapa wanita Thailand juga kelihatan berniaga di tempat sama.
Wanita di bawah ini juga warga China dan kelihatan begitu selesa berniaga secara haram.
Barangkali penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, BDKL, tidak menyedari hakikat Pasar Pudu 'diceroboh' oleh puluhan peniaga warga asing.
Justeru saya abadikan gambar mereka sebagai rujukan.
Selagi penguatkuasa DBKL bertindak sambil lewa, selagi itu pasar terbabit akan terus dicerobohi.
Saya juga berpeluang bertemu dengan 4 lelaki mendakwa berasal dari Semporna, Sabah. Mereka menjual telefon bimbit buatan China kepada pelanggan.
Tanpa ditanya, melihat saya berdiri berhampiran, seorang daripada mereka berkata ...
"Kami orang Bajau, ada IC"
Saya hanya tersenyum dan mendiamkan diri. Jika benar mereka rakyat Malaysia, mereka mencari rezeki di negara sendiri. Namun, agak hairan, beberapa minit kemudian, mereka menghilangkan diri.
Namun zramai wanita dan lelaki China masih berdiri, terus berniaga.
Saya pernah bertemu dengan Pengarah Penguatkuasa DBKL sebelum ini. Beliau amat tegas melaksanakan undang-undang.
"Sebelum ini apabila kisah peniaga asing dipaparkan di blog Mazidul, saya beri tahu kepada pegawai saya. Mazidul tidak akan senyap dan akan terus menulis berhubung kes itu, ambil tindakan," kata beliau.
Ya Tuan, saya hanya memaparkan kebenaran untuk membantu anak buah tuan melakukan pemantauan biarpun tidak dibayar gaji.
Sekiranya pembaca ingin mengemukakan komen serta gambar, sila ke laman Facebook DBKL, klik di sini.
Sekiranya pembaca ingin mengemukakan komen serta gambar, sila ke laman Facebook DBKL, klik di sini.
Saya sokong apa yg En.Mazidul buat...kadang kala kita perlu menjadi penukul
BalasPadammacamana negara x kena ceroboh kalau penguatkuasa pun dah berlobang ngan RASUAH merata...setiap penafian tu memang adalah satu kebenaran...walau mata kita x melihat tp Allah sentiasa memerhati..sendiri mau ingtlah..mereka(penceroboh) xkan berani menunjuk muka kalau dah penguatkuasa kenyang ngan RASUAH dari mereka..so tutup dulu lobang penguatkuasa...
BalasPadamSMTI-Persoalannya, Kuala Lumpur siapa YBnya? Parti apa?
BalasPadamPenguatkuasa DBKL dah kenyang macam ulaq sawa, tu yang xde tindakan diambil. kawtim bayar bulanan
BalasPadamsekurang-kurangnya dengan paparan sebegini, membuatkan jabatan berkenaan tak senang duduk.. tapi janganlah tindakan yang diambil sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'..
BalasPadamNanti kalau dok asyik komen tau pulak nak sentap, walhal kalau pemantauan dilakukan secara berterusan, takkan ada kes-kes sebegini..
SEPATUTNYA kerajaan Malaysia bertegas mengenai kemasukan warga asing baik secara SAH mahupun secara HARAM. Saya yakin yang masuk dan berniaga ni ramai yang masuk secara SAH tapi atas tiket sebaga pelancong. Malangnya bila dah ' bertebaran' di bumi Malaysia; mereka mula lakukan NIAT sebenar mereka ke sini. Takkan pihak imigresen khususnya tak nampak ' pattern' kemasukan warga asing khususnya dari China dan Indonesia.Rakyat TAK BOLEH bertindak sendiri mereka tak punya kuasa. Pihak yang telah diamanahkan tolong laksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Rakyat dah lama dan sentiasa mengeluh tentang ketegasan pihak berkuasa ( imigresen; bandaraya; polis etc ) yang seolah-olah bermusim dan tidak konssten dalam bertindak. Bila disuarakan pakat tuding jari ke pihak lain .. saya takut dengan mudahnya warga asing masuk ke Malaysia ( secara sah dan tidak sah ) dan mudahnya mereka mencari rezeki di bumi Malaysia; sikap tak kisah warga tempatan ( membeli barangan yang dijual; menyewa rumah kepada warga asing ) dan tidak ada ketegasan undang-undang ) akan menyebabkan KITA warga Malaysia tidak selamat di negara sendiri.
BalasPadamSalam Bro Mazidul, peristiwa di Lahad Datu membuktikan pendatang asing boleh menjadi racun kepada keamanan negara.
BalasPadamSaya cadangkan Kementah hantar batalion tentera untuk membuat memantau aktiviti orang asing sekitar bandar utama negara. Semua rkayt mesti membawa IC untuk ke mana-mana. Bagi pendatang asing, jika ada pasport tetapi berniaga seperti contoh di atas, kita boleh halau balik ke negara asal.
Buat Ops begini berterusan dalam setiap bulan. Insya-Allah pendatang asing tak berani nak buat suka hati depe je..
agaknya penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, BDKL kini sedang giat menjalani latihan intensif tektik gempur/sapu bersama VAT69..
BalasPadammacam mana pulak kalau kes bengkel meletak kenderaan yang perlu diperbaiki di tengah tengah jalan... saya tengok di kawasan pejabat saya ni, parking dimonopoli oleh pengusaha bengkel.. DBKL hanya melihat dari jauh je...
BalasPadamAtaupon mungkin ade akta menyatakan bengkel boleh monopoli parking awam??? saya mempunyai beberapa gambar tempat tu... kalau bro mazidul nak, saya boleh emailkan...
azmi_amengs88@yahoo.com...
tolong jangan publish komen saya bro mazidul... tq
DBKL lg suka sibuk tarik kereta dan saman org paking tepi jalan. Yela.. kan byk duit bole perahh.. dari pantau lambakan warga asing di tempat2 mcm pudu, klcc, central market. dah mcm bkn ddk dkt negara sendri..
BalasPadamkorang x terpikir ke kalo terjadi perkara yg sama dgn indonesia@bangladesh@kemboja@myanmar dll? berjuta org mereka secara sah ataupun haram disini samada di semenanjung ataupun sabah & sarawak. bkn takat bangunan tp dlm rumah sndr pn ada. mana2 pihak yg mempunyai sumber kewangan yg banyak dan berniat jahat terhadap Malaysia boleh mngupah@melatih mereka yg terdesak melakukan hal yg sama yg dilakukan oleh pengganas di sabah. tidak mustahil bkn? yg mnyusahkan PDRM dan ATM nk mnjalankan tugas di sabah kerana tidak ada intel tepat mengenai berapa jumlah sebenar penceroboh dan lokasi mereka sebenar. sebab terlalu ramai yg masuk secara haram. bayangkan jika terjadi perkara yg sama dgn Indonesia? contoh ye tp kemungkinan tetap ada sebab ada pihak yg x jemu dan berputus asa nk melagakan kedua2 negara ISLAM ini dgn pelbagai cara. walaupun agak mustahil untuk menjaga seluruh perairan negara kita. pihak keselamatan wajib mncari langkah bagaimana mahu mnjejaki setiap individu yg masuk secara haram agar anggota keselamatan mempunyai maklumat yg lebih mnyeluruh dan bersiap sedia dgn lebih efektif jika berlaku apa2 di masa depan seperti di sabah.
BalasPadamsedih
BalasPadamapasal lah biar ramai sangat mereka ni bebas dalam negara ni. kes lahad datu patut jadi pengajaran dan mulai sekarang tindakan tegas perlu diambil.
Saya percaya semua ini adalah gerakkan terancang juga sepertimana di Lahad Datu. pastinya semua ini di gerakkan melalui sindiket yang di dalangi oleh orang kita juga. Mustahil orang luar berani masuk dan melanggar peraturan undang-undang sedia ada tanpa perlindungan atau cara menyelamatkan diri daripada tindakkan pihak berkuasa. Siapa yang terlibat? Fikirkan
BalasPadamSaya cadangakan setiap pelancung yang masuk daripada negara yang dikenalpasti memberikan masalah ini hendaklah melalui syarikat perlancungan berdaftar yang mempunyai deposit tertentu. Adalah menjadi tanggungjawab pihak agen perlancungan tersebut untuk memastikan mereka ini pulang pada waktunya dah mengikut aturcara yang diaturkan. Pelancung persendirian tidak dibenarkan melainkan dijamin oleh penduduk asal negara ini dengan deposit tertentu dan adalah menjadi tanggung jawab pihak yang menjamin ini memastikan pelancung yang mereka jamin ini pulang pada waktunya. banyak negara yang mengamalkan polisi sedemikian.
Mohon pandangan. Tq