Selasa, Mac 12, 2013

PUAN, BERITAHU FAKTA (BERHUBUNG STATUS DAN OPERASI RUMAH AMAL)

"Adakah rumah amal ini telah didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM?,"  soal saya.

Pengendali rumah kebajikan itu, wanita,  kelihatan pucat dan bertindak  mendiamkan diri.

"Kalau ada orang menelefon, puan beri tahu fakta sebenar, tidak perlu menipu," tambah saya.

"Saya telah menghadiri kursus 18 jam untuk memenuhi syarat pendaftaran JKM, Isnin nanti saya akan ke JKM Selangor," ujarnya.

"Puan, sebelum ini, saya meminta anak buah menghubungi puan melalui telefon. Dia bertanya soalan sama, adakah rumah amal ini sudah didaftarkan dengan JKM? Puan kata, sudah. Walhal, saya dimaklumkan, ada individu SEDANG membantu puan untuk melaksanakan proses itu, maksudnya rumah amal ini masih belum didaftarkan," kata saya.

"Saya ingat dia, perempuan  tetapi waktu itu saya takut," balasnya.

Tiba-tiba dia bergegas masuk ke dalam rumah, meninggalkan saya dan seorang pengunjung rumah terbabit  ...

Dia mendakwa berasa gementar untuk menjawab soalan awal saya ajukan,  sedangkan saya sekadar bertanyakan soalan berbentuk logik.

Kira-kira 10 minit kemudian, dia kembali duduk di atas sofa di hadapan saya.

Wajahnya masih pucat.

"Boleh puan tunjukkan saya akaun wang keluar masuk?," tanya saya lagi.

Dia juga enggan memberikan sebarang komen, jauh sekali menunjukkan bukti, wang sumbangan orang ramai tidak dimasukkan ke dalam akuan peribadi.

Terkini, saya dimaklumkan, anak-anak kecil tinggal di rumah itu BUKAN anak orang susah atau anak yatim. Ibu bapa mereka dikatakan sihat walafiat.

Apapun, esok saya akan menghubungi JKM Selangor untuk mengetahui fakta kes mengenai operasi rumah amal terbabit.

InsyaAllah, informasi bakal diperolehi kelak akan saya kongsikan bersama semua pembaca.

Masyarakat Malaysia lumrahnya memang berhati pemurah dan belas melihat anak-anak jika mereka dilahirkan di dalam keluarga miskin atau yatim piatu. 

7 ulasan:

  1. Kasi korek sama dia..:) Jangan cuak ye kak :)) melainkan akak ader 'makan' harta anak2 yatim tu..:)

    BalasPadam
  2. Kes ni rumah amal mana satu? Kat bandar baru bangi ke?

    BalasPadam
  3. sedihnya bila anak2 kecil dipergunakan..harap dapat perhatian dr pihak yg berkuasa

    ye..saya sgt tersentuh bila melibatkan anak2 kecil kerana terbayang anak2 sndiri

    BalasPadam
  4. eh..betul ke...saya ada buat entri lg ttg rumah nih..huhuhu. Iyalah ada terbaca dlm emel jabatan lg...

    BalasPadam
  5. En Mazidul, office saya sampaikan buat kutipan selepas tgk dan baca issue ini dari FB... betul ke ada penyalahgunaan berlaku....

    BalasPadam
  6. rumah2 begini byk ketika mereka menggunakan nama Rufaqa'. yg menghuni bukanlah semuanya asnaf. mereka dihantar kononnya utk mendalami ilmu agama, selain 'mempelajari' ilmu asas kemahiran hidup seperti memasak/ membuat kek dsb. tiada yuran dikenakan, hanya bayaran ikhlas. secara logiknya, bagamana mereka akan bayar utiliti seharian sekiranya semuanya 'percuma'? maka cara ini pula diadakan sbg alternatif. dlm AlArqam/Rufaqa', siapa cerdik dia untung/ kaya. sapa yg Lillahi Ta'ala kekal miskin sampai tua. Wallahualam...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.