3 Mac lalu, saya berkunjung ke Rumah Amal Buah Hatiku, RABH di Bandar Baru Bangi, Selangor. Klik di sini untuk membaca liputan saya. Sewaktu melangkah keluar dari rumah dihuni 26 anak kecil berusia di antara 2 dan 6 tahun itu, saya terpandang wanita bertubuh kecil, berpakaian hampir serba hitam.
"Itulah orang yang memaparkan kisah kedaifan hidup penghuni rumah ini di Facebook. Nama dia Zeeda Aziz. Dua tiga hari selepas maklumat dikongsikan di laman sosial, ramai orang datang menghulurkan bantuan," kata pengunjung.
Ketika itu Zeeda kelihatan sibuk bertemu beberapa pengunjung lain. Saya hanya sempat mencuri pandang buat beberapa detik. Melihat insan cuba berbakti membantu kelompok dalam kesusahan.
Sememangnya, saya amat mengkagumi individu berjiwa mulia seperti itu.
"Berapakah kos sebenar untuk membiayai perbelanjaan operasi rumah ini sebulan?," soal saya kepada pengurus RABH, Norasiah Mohd Hanan.
Rumah dihuni mereka itu diwakafkan oleh individu tidak saya kenali, kos RM14,000 itu hanya untuk menjelaskan bayaran elektrik, air, makan dan minum penghuni.
"Berapakah pula gaji dua pembantu puan?," tanya saya lagi.
"Mereka bekerja secara sukarela," kata Norasiah.
"Biarpun bekerja di rumah AMAL, mereka juga perlukan wang untuk menampung kehidupan," celah saya.
"Suami mereka bekerja," balasnya dengan wajah pucat.
Selepas mengimbau kembali peristiwa itu, saya kemudian menulis entri ini, entri ini dan entri ini.
Selepas mengimbau kembali peristiwa itu, saya kemudian menulis entri ini, entri ini dan entri ini.
Zeeda kemudian menghubungi saya. Ternyata dia kurang berpuas hati dengan pendedahan saya lakukan. Saya faham, sebagai wanita muslimah, dia tentunya berasa amat yakin dengan kredibiliti pihak pengurusan RABH.
Namun saya sempat memperingatkannya.
"Begini, kita tidak boleh mencungkil maklumat daripada 'suspek' dan mempercayai bulat-bulat maklumat diberikan. Bersama kita siasat dan kemudian berhubung kembali," ujar saya kepadanya.
Dia bersetuju.
Dia kemudian menghubungi saya beberapa hari kemudian. Berikutan itu saya menukilkan entri mendedahkan hubungan pengurus RABH dengan lelaki dikenali sebagai 'Ustaz Wan Acheh' di kalangan ahli kumpulan Arqam. Maklumat itu saya perolehi daripada mereka mengenali lelaki terbabit dan isterinya, Norasiah.
Ketaksuban Ridwan dengan Al-Arqan tidak mampu disangkal. Kini saya terfikir kemungkinan besar wang disumbangkan oleh orang ramai untuk RABH melalui akaun syarikat berstatus ENTERPRISE itu, sebahagian disalurkan kepada suaminya untuk menambahkan dana Al-Arqam.
Klik di sini untuk membaca laporan saya.
Klik di sini untuk membaca laporan saya.
Sejak beberapa entri mendedahkan fakta mengenai hubungan RABH dan Al-Arqam, kini Norasiah dilaporkan jarang berada di rumah terbabit. Mengapa? Barangkali dia tidak mampu untuk berkata benar andai dihujani pelbagai soalan diajukan oleh pengunjung. Sebelum ini saya dan pengunjung lain menziarahi RABH dibenarkan masuk ke rumah, untuk menjenguk kanak-kanak terbabit, kini tidak lagi.
Hari ini saya terlihat entri ditulis oleh Zeeda di blognya bertajuk, 'Rumah Amal Buah Hatiku : The truth finally revealed', klik di sini.
Terima kasih Zeeda. Finally we have figured out the truth.
Terima kasih Zeeda. Finally we have figured out the truth.
Kes ini telah saya maklumkan kepada Pegawai Perhubungan Awam, JKM Selangor.
"Kami tidak boleh mengambil tindakan sendirian tetapi akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam," ujar rakan saya itu.
Molek jika siasatan dilaksanakan secepat mungkin. Wang disumbangkan oleh orang ramai bertujuan untuk membiayai kehidupan anak yatim, anak orang miskin dan asnaf zakat, BUKAN anak jemaah Al-Arqam sihat walafiat dan semakin kaya hasil berniaga.
Berikut klip video harus ditonton ...
Assalamualaikum,
BalasPadamTerima kasih dgn pendedahan ini. Setelah tahu tentang kedhaifan anak2 ini, kami (satu kumpulan blogger) pernah berhasrat utk menyumbang.
Dlm proses kami menyiasat kebenaran cerita ini, tiba2 sdr mazidul utarakan keraguan ttg rumah amal ini, buatkan kami ambil pendekatan "tunggu n lihat". Selama 4 hari berturut2 saya hubungi pn asiah dgn beberapa panggilan sehari, tetapi tidak pernah dijawab, buatkan saya mula syaki sesuatu yg tak kena.
Alhamdulilah, moga pendedahan ini boleh elak lebih ramai yg terpedaya.
You've made it possible. Again, thanks kerana buka mata hati saya untuk meragui sekaligus mencari kebenaran di sebalik operasi RABH.
BalasPadamMoga pihak berkuasa bertindak segera.
Dedah kan lagi bri mazidul
BalasPadamBuat pengetahuan semua,Pihak Pengurusan Rumah Bakti Al Kausar Bangi di seksyen 4 tambahan tidak mempunyai apa-apa kaitan langsung samada secara langsung atau tidak langsung dengan Rumah Amal Buah Hatiku diseksyen 7 B.B.Bangi.harap Maklum.
BalasPadamhahahahahaha....
BalasPadam