Khamis, Mac 28, 2013

'USTAZ' TIDAK BERHATI PERUT

Mereka digelar  'ustaz' oleh pelajar Pusat Tahfiz Amal, PTA, di Kedah. Ramai 'ustaz' terbabit ditugaskan menghantar remaja di bawah umur ke lokasi keringat mereka diperah, melakukan  kononnya 'jualan AMAL'.

Sebilangan remaja perempuan dan lelaki ditinggalkan berseorangan atau mengutip derma secara berpasangan. Terkini mereka dibekalkan produk minuman kesegaran 'tonite' dan gel herba 'tonite' untuk dijual kepada orang ramai. Saya tidak pasti samada produk terbabit memiliki sijil  kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia atau sebaliknya.


Sebelum ini stesyen minyak Petronas menjadi lokasi sasaran PTA tetapi kebelakangan ini mereka ditinggalkan di Shell.


"Baru dua hari lalu, mereka mengutip derma di sini. Saya menyuruh mereka beredar. Mereka kemudian pergi pula ke stesyen minyak di sebelah," kata pekerja stesyen Shell di Batu 3, Shah Alam, Selangor.


"Siapakah menghantar mereka ke sini?" soal saya.

"Mereka menaiki van diberhentikan di tepi jalan, bukan dihantar terus ke sini," balas pekerja sama. 

Melalui pengamatan, mereka bukan sahaja ditempatkan di stesyen minyak malah di ruang  hadapan institusi perbankan, pasaraya dan turut merayau ke premis menjual makanan di luar atau di dalam kompleks membeli-belah. Kegiatan mereka berlangsung pada waktu siang, malam dan awal pagi.


Jika diperhatikan, mereka jarang ditemui duduk berehat.

Lazimnya remaja berusia mentah itu berjalan kehulu-kehilir atau berdiri bak tidak mengenal erti penat serta sabar menanti orang ramai bersimpati untuk menderma di atas nama penjualan barang. 

Persoalan pertama, mengapakah 'ustaz' memandu kenderaan menghantar remaja terbabit ke lokasi, sentiasa cuba mengelak dilihat oleh orang ramai? Jarang 'ustaz' menjemput mereka dilihat memberhentikan kenderaan berhampiran lokasi remaja diperhambakan.  

Persoalan kedua, kemanakah 'ustaz' terbabit menghilangkan diri sewaktu pelajar bertungkus-lumus mendekati orang ramai untuk menagih simpati?

"Ustaz ada di tempat lain"

Itu jawaban standard remaja diperkudakan sejak kira-kira 13 tahun lalu,  andai diajukan soalan,  di manakah  'ustaz'?

Selama ini,  saya sendiri tidak pernah berjaya merakamkan gambar 'ustaz' mereka.  'Ustaz' dikatakan licik mengaburi pandangan orang di sekeliling. Saya amat yakin, semua pelajar PTA telah dimaklumkan terlebih dahulu, lokasi paling sesuai untuk mereka dijemput agar tidak dilihat oleh orang ramai. 

Remaja diperhambakan, tidak dibekalkan telefon bimbit.  Jika pelajar didesak menghubungi 'ustaz'  menggunakan telefon milik orang ramai, lelaki itu pasti mengelak untuk bersemuka. Justeru tidak hairan jika gambar 'ustaz'  mereka gagal dirakamkan.

Namun pada 18 Mac lalu, rakan saya,  Mohd Farid Hamzah, berjaya merekodkan kelibat lelaki digelar pelajar sebagai 'ustaz'.

Tatkala itu, 'tuan' terbabit menjadi bak manusia hilang akal kerana tercari-cari 'hamba' tidak kelihatan di sekitar. 

Klik di sini.



'Ustaz' manakah sanggup bersekongkol, meninggalkan remaja perempuan berjalan berseorangan  sambil meraih simpati masyarakat selepas mentari terbenam di ufuk barat? 

Ya, 'ustaz' tidak berhati perut.

Seperti perkataan berkonotasi positif, 'amal' acapkali disalahgunakan,  begitu juga gelaran 'ustaz' dalam kes ini. Tindakan  tidak berperikemanusiaan sekaligus tidak melayakkan mereka dipanggil ustaz.

"Sebilangan 'ustaz' mereka sanggup bertengkar dan bertumbuk jika perbuatan mereka ditegur," kata rakan.

Rakan, berpengalaman terserempak dengan 'ustaz' PTA sebelum ini.
Petang semalam, saya bertemu ahli politik dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan lalu berpeluang  berkongsi kisah kegiatan pelajar PTA.

"InsyaAllah, esok  saya akan bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,   Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk berbincang dengan beliau mengenai kes ini," kata individu bergelar 'datuk' itu. 



Datuk Seri Jamil, anak kelahiran Yan, Kedah. Barangkali beliau juga mengetahui informasi  mengenai kewujudan dan  operasi PTA. 

Pada tahun 2007, Yang Dipertuan Jabatan Agama Islam Kedah, Datuk Syeikh Uzir Baharom telah mengarahkan PTA memberhentikan operasi tetapi sehingga kini arahan itu diabaikan, klik di sini.

Semua pembaca ingin bersama membateras kes perhambaan kanak-kanak dan remaja PTA, klik di sini

7 ulasan:

  1. Semoga usaha Bro Mazidul beroleh kejayaan. Saya pun dah letih tengok fenomena ini.

    BalasPadam
  2. Semoga usaha Bro Mazidul beroleh kejayaan. Saya pun dah letih tengok fenomena ini.

    BalasPadam
  3. Bagus jika nasib pelajar ini dapat di bela, kesian mereka, tiap kali di tanya tentang solat, yang perempuan akan ajawab datang bulan, yang lelaki jawab, sudah solat jamak..

    adohai..

    BalasPadam
  4. Sangat bagus nasib pelajar ini dapat di bela.., kesian tengok anak yatim ni..

    yang perempuan bila di tanya dah solat ke belum, selalu di jawab: datang bulan.

    adohai

    BalasPadam
  5. emm...smlm nampak sorg di petronas semenyih...mereka dah mara ke sana..sama barangan dijual...dan daripada tahfiz yang sama..

    BalasPadam
  6. Heran pasai pa kes ni berlarutan bertahun lamanya..Kebal sangatkan si Azhar tu.dulu di kedah lani dah ada wisma di KL.memang gila la..orang yang disahkan sesat boleh buat tu semua..kenapa Al Arqam kita perangi habis habisan..tapi si Azhar ni tidak..sebab Arqam tu penah ugut nak jdi PM kan?? si Azhar tak pernah kata nak jadi PM kan?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.