Ahad, Mac 03, 2013

MENGAPAKAH POLIS BUKAN TENTERA KINI MENANGANI KES DI LAHAD DATU?


Saya terbaca komen menarik ditulis oleh individu tidak dikenali disebarkan di facebook. Terima kasih kepada individu saya anggap pintar dan berpengetahuan memberikan penjelasan untuk kita direnungkan bersama.

Dipercayai penjelasan di bawah ditulis dalam keadaan tergesa-gesa, jadi saya telah memperkemaskan cara penulisan maklumat terbabit.

1)  Jika Malaysia menggunakan tentera dalam menangani kes di Lahad Datu,  bermakna kita berperang dengan Sultan Sulu.

2) Pada masa sama kita mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai kerajaan sah yang mengistiharkan perang terhadap Malaysia. 

3) Jka peperangan berlaku, perperangan itu tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protokol antarabangsa.

Jika Polis berfungsi sebagai pemerintah operasi bermakna ...

1) Malaysia masih menganggap penceroboh itu sekumpulan  penjenayah  dan bukan  pejuang perang.

2) Polis ditugaskan untuk menangkap dan menahan penceroboh ( terma digunakan oleh polis ialah menahan bukan menawanMenawan ialah perkataan tentera dan terdapat perbezaan maksud di antara kedua terma itu).

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi tawanan perang, cukup sekadar menahan mereka sebagai penjenayah. Maka tuduahn di mahkamah awam boleh dilakukan, sama seperti tuduhan dibuat kepada lanun Somalia yang ditahan sebelum ini. Mereka tidak di anggap  sebagai  tawanan perang.

4) Penjenayah boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap  tahanan perang maka susah hendak dibicarakan dan  di mana  harus ditempatkan mereka dan apakah status klasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. 

Itu antara sebab utama Malaysia mengambil langkah menajdikan  polis sebagai pemerintah operasi. 

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAL AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan. Contohnya  tatkala darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulutentera Amerika Syarikat mengambil alih tugasan bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan seluruh negara darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan daerah tertentu sahaja. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun. Hanya kawasan pencerobohan berlaku sahaja. Nampak betapa  berhati-hatinya dan telitinya  pihak kerajaan dalam menangani hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan : Ingat kes Al- Maunah dahulu? Mula-mula polis bertindak. Kemudian Tentera mengambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah) yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada Yang Di Pertuan Agung.  Dia tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu  tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai pejuang perang.

Persoalan sempadan bolosMereka memasuki Sabah sedikit demi sedikit menggunakan bot pancung melalui  sempadan kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang-alik. Lagi pun kawasan perairan Laut Sulu, luas.

Tiada negara di dunia tidak di tembusi sempadannya. Paling sukar ialah Israel dan Vatican. Israel kerana temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya di kepung oleh bandar Rom. Hatta Amerika Syarikat pun sering di cerobohi sempadannya oleh rakyat Mexico. Negara China terkenal dengan Gerat wall juga  sering di cerobohi orang nomad berbangsa Mongolia atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad Datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Komen : Pasukan keselamatan  terlibat di Lahad Datu bukan daripada unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment A-Unit Tindakan Khas (UTK), attachment B-Very Able Trooper 69 (VAT69) di bawah Pasukan Gerakan Khas (PGK). UTK lebih menyerupai  polis SWAT manakala VAT 69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sebagai Tiger Platoon dari Batalion 2 Pasukan Gerakan Am. Komando di bawah Angakatan Tentera Malaysia adalah Gerup Gerak Khas (GGK) iaitu 21 RGK, 22 RGK, 11 RGK dari teentera darat. PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM.. Semua pasukan itu  tertakluk di bawah  Majlis Keselamatan Negara (MKN) arahan NO 18. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi dilaksanakan.

5 ulasan:

  1. salam bro mazidul,

    " Jika Malaysia menggunakan tentera dalam menangani kes di Lahad Datu, bermakna kita berperang dengan Sultan Sulu.

    2) Pada masa sama kita mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai kerajaan sah yang mengistiharkan perang terhadap Malaysia. "

    rasanya masih boleh disanggah, kerana : adakah Israel & Palestin saling mengiktiraf kedaulatan masing2? kerana mereka menggunakan Tentera dalam peperangan mereka selama ini? Bagi saya ada sebab lain mengapa PDRM didahulukan dalam hal ini. Lagipun PRDM/ATM tiada bagi alasan rasmi berkenaan isu ini.

    Bagi saya pendapat Tun Mahathir lebih logik:

    "Kita bahagi keselamatan kepada dua bahagian iaitu yang datang dari luar yang biasanya tindakan diambil oleh tentera manakala yang berada di dalam negara adalah tanggungjawab polis. Pada mulanya kita tidak anggap pencerobohan itu sebagai serangan luar kerana mereka ini berada dalam wilayah kita," katanya.

    Bagaimanapun, apabila pencerobohan dan serangan kini jelas datang dari luar maka difahamkan pihak tentera diarahkan untuk memgambil bahagian dalam tanggungjawab itu, katanya."

    BalasPadam
  2. Toi, najib bijak sangat sampai ramai polis mati katak :(

    patut APMM dah lama tibai mereka & APSN pulak yang hempok sulu

    agensi penguatkuasa SEMPADAN negara. kini Malaysia dimalukan penjahat bodoh

    BalasPadam
  3. Untuk saudara mdfaizal.

    Minta Izin sekali lagi Tuan Mazidul sebab mengambil ruang panjang sedikit. Kalau terlampau panjang dan kurang sesuai minta jangan siarkan.

    Palestine dan Israel.

    1) Negara sebenar/negara penuh Palestine belum wujud lagi. Yang a da wilayah- Tebing Barat dan Gaza Paling hampir taraf kelulusan resolusi UN ini pentadbiran Fatah di West Bank sebagai negera pemerhati di kenali sebagai State of Palestine - bukan ahli penuh PBB.

    Nota:- kekeliruan boleh timbul dari perkataan "government" - Contoh Hamas Goverment (Governance of Gaza Strip) Selalu kita terjemahan government sebagai kerajaan. Contoh Government of Malaysia kepada Kerajaan Malaysia. Terjemahan ini TIDAK TEPAT. Government of Malaysia secara lebih tepatnya ialah PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA. Governtment asal kata akar ialah govern = tadbir. Maka Government= pentadbiran.

    Kekeliruan juga wujud sebab kita di Malaysia selalu guna perkataan RAKYAT PALESTINE. Negara Palestine sebenarnya tiada maka rakyat tidak ada . Perkataan yang tepat ialah penduduk sah wilayah-wilayah di Palestine. (legal occupier)

    3) Wilayah Palestine tiada ketumbukan tentera sendiri. Yang ada pejuang-pejuang Palestine samada PLO ke Hamas atau Fatah yang terdiri dari sayap-sayap militer dari faksi-faksi yang pelbagai.

    4) Israel menganggap pejuang Palestine sebagai penganas.

    5) Sebab itulah Israel menganggap apa macam resolution PBB, protokol ke, Geneva Convention ke tidak terpakai. Ini Isu keselamatan umum Israel dari serangan penganas kata mereka. Masalah di sana bagi Israel bukan peperangan antara dua buah Negara tetapi antara Israel dan penganas.

    7) Jika Israel berkata pejuang Palestine sebagai tentera (berbanding di anggap penganas) maka :-

    a) tentera perlu ada pemerintah tertingginya,b) Ada pemerintah makna ada negara.c) Ada negara bermakna ada sempadannya.d) Ada sempadan bermakna ianya ada kedaulatannya (sovereignty) e) Ada kedaulatan Palestine maka akhirnya secara lansung Israel akan "ter-iktiraf" Palestine dan Wilayahnya sebagai NEGARA BERDAULAT.

    Maka dalam konteks kes Lahad Datu kita kata ianya bukan isu kedaulatan. Ianya Isu keselamatan dalam sempadan Malaysia. Maka benarlah kata TUN yang kita hantar Polis dahulu.

    Dah dalam konteks kes Lahad Datu pun yang paling penting dalam pernyataan TUN juga iaitu ialah " tentera ...mengambil bahagian". Tentera MENGAMBIL BAHAGIAN SAHAJA. Bukannya menukar kepada operasi PEMERINTAHAN ketenteraan.. Mengambil bahagian dalam operasi keselamatam awam yang masih di ketuai Polis.

    Walaupun selepas ini jika ada arahan eksekutif tentera ambil alih, (LOCAL AREA EMERGENCY) apa yang tentera ambil alih ialah pemerintahan (command) keselamatan awam dari Polis jika keadaan luar kawalan atau keadaan yang sangat luar biasa. Ini tidak bermakna peperangan antara Malaysia dan golongan penceroboh. Tentera tidak berperang tetapi menjaga mengawal dan memulihkan keselamatan di Lahad Datu. (kawasan pencerobohan)

    Dengan kata lain tentera mengambil alih tugas Polis di kawasan itu sahaja bukannya bermakna menukar tugas Polis ke tugasan tentera.

    Jelas kita lihat Kerajaan awam di Sabah masih ada.Undang-undang awam masih berkuatkuasa. Dewan undangan Sabah masih ada belum di gantung. Ketua menteri masih ada. Polis masih ada. Polis masih boleh tangkap pencuri ayam (jika adalah). Hospital dan lain-lain aset penting (seperti stesyen Janakuasa, empangan, stesen keretapi) masih di bawah kerajaan awam/swasta bukan di ambil alih tentera.

    Maka selepas ini jika SUltan Sulu (yang entah betul atau tidak dia ni Sultan) menuntut Sabah sebagai kawasan kedaulatannya dengan berkata dia telah memasuki (occupy)Sabah atau sebahagian dari Sabah maka kita jawab mereka bukanlah tentera. Kita tidak iktiraf mereka tentera. Itu bukan occupation.(pendudukan tentera) Ini hanya jenayah keselamatan sahaja yang agak luarbiasa..

    Mereka Penceroboh yang mana kini sudah menjadi penganas selepas menyerang rakyat dan aset-aset Malaysia.

    Terimakasih

    BalasPadam
  4. Sya setuju dgn talha . .kerajaan tau ap yg baik untk ngara . .kta sbgai rkyat . .hanya ptt mberi sokongan . .krana kerjaan lbh peka soal negara. .

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.