Jumaat, Mac 01, 2013

BERITA SEDIH UNTUK PASUKAN VAT 69

"Saya ingin ke Lahad Datu pada bila bila masa diperlukan. Sarjan, anggota VAT 69 terkorban itu, sahabat saya. Kami berlatih payung terjun bersama," ujar rakan saya.

Selalunya rakan saya itu bersuara ceria dan gemar bergurau. Tadi sewaktu dihubungi, saya tahu dia menangis.

"Hati membuak-buak," tambahnya.

Pegawai dan anggota VAT 69 adalah pasukan polis elit, komando. Saya pernah menggunakan teknik absailing, turun dari helikopter sewaktu bersama mereka di Ulu Kinta, Perak.

Mereka dilatih untuk bertempur di mana sahaja.

Pastinya berita kematian pegawai dan anggota terbabit mengguris hati pasukan elit itu.
posted from Bloggeroid

4 ulasan:

  1. Takziah kepada keluarga mangsa... Semoga mereka yg berada di sana berada dlm lindungan Allah sentiasa. Amin...

    BalasPadam
  2. Salam Tuan,

    Kalau tak silap, sepatutnya VAT69 dan bukannya Vet69. VAT=Very Able Trooper

    Periciannya disini http://en.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Gerakan_Khas

    BalasPadam
  3. semoga arwah-arwah ni ditempat dikalangan lagenda vat 69 seperti zabri,mansor,zainuddin.....yang pasti mereka ini cuma dapat pingat biasa...askar yang cedera akan dapat Psp..pgb....tuih

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.