Petang tadi, saya bersama sahabat, bekas pengacara dan penerbit TV3, berada di lobi hotel di Kuala Lumpur.
Sahabat saya itu, pelakon, Haji Omar Abdullah.
Sewaktu keluar dan berdiri berhampiran pintu masuk utama hotel terbabit, saya terlihat Omar sedang berbual rancak bersama lelaki tidak saya kenali.
"Mungkin ini kawan Omar," bisik hati kecil saya.
Mereka terus berbual.
"Ayah saya, Selamat telah meninggal dunia," kata lelaki terbabit.
"Selamat mana?," soal Omar.
"Takkan tidak kenal Selamat?," balas lelaki cukup petah bercakap itu.
Omar mempunyai ramai kenalan, jadi dia menganggap mungkin terlupa individu bernama Selamat.
Lelaki itu berbaju kemeja, di sebelah kiri dicetak logo 1 Malaysia. Jika dilihat dari segi penampilan, dia kelihatan bergaya dan yakin dengan setiap kenyataan dilontarkan.
Beberapa minit kemudian Omar melangkah masuk ke coffe house hotel untuk makan malam ala buffet. Lelaki bertubuh kurus tinggi itu mengekorinya dan kemudian duduk makan bersama. Saya menyusul kemudian dan duduk di meja sama, di kerusi bertentangan lelaki tanpa identiti itu.
"Saya memang tahu perancangan Tunku Mahkota Johor. Berita terkini, baginda akan membeli pemain bola sepak, Tores untuk menyertai pasukan bola sepak Negeri Johor," ujarnya selamba.
"Akmal kalau pandai main bola, boleh dibeli juga," tambahnya.
Terlintas di hati, andai dia mengenali, masakan saya dipanggil Akmal. Majoriti kenalan memanggil saya Mazidul. Dari gaya percakapannya, timbul prasangka lalu saya bertindak mendiamkan diri.
Menurut Omar, ketika berbual sebelum itu, lelaki terbabit mendakwa memiliki production house dan rakan kongsinya, berstatus menteri.
Selesai makan, saya bertemu Omar kembali tanpa lelaki itu.
"Tadi dia berkata, kononnya sudah berbincang bersama rakan kongsi dia dan bersetuju memberikan saya peluang berlakon 25 scene dalam satu drama terbitan syarikat mereka dengan kadar bayaran RM150 untuk satu scene," kata Omar.
Saya mendengar.
"Beberapa minit kemudian, saya bertanya kepada dia, mengapakah tidak balik lagi? Katanya, kereta dia jauh sebab kehabisan minyak. Itulah, katanya, hendak bagi tahu kehabisan wang, segan. Dia kemudian meminta saya duit, kononnya untuk mengisi minyak kereta. Selepas itu katanya, tadi dia memang lapar lalu mengikut saya makan," jelas Omar.
Pada usia di awal 60 an, Omar tentunya sudah masak dengan kaedah penipuan conman. Selepas makan dia selamba keluar tanpa menjelaskan bil makanan dan minuman di hotel terbabit.
"Saya beritahu dia, saya tidak membawa wang tunai, hanya menggunakan kad kredit. Nanti saya tanya Mazidul, mungkin dia membawa wang lebih," ujar Omar.
Apabial ditanya rakan di hotel sama, dia mengatakan lelaki itu telah menghilangkan diri.
Hairan, dia mendakwa mempunyai production house, amat mengenali Tunku Mahkota Johor, dan beberapa individu ternama, masakan dia tidak mempunyai wang tunai RM10 untuk mengisi minyak kereta.
Barangkali dia terlupa fakta, Omar adalah bekas penerbit kedua program dikenali ramai disiarkan oleh TV3, 999.
Hahahaha... Kantoi camtu je... Banyak kali jumpe manusia camni...
BalasPadamperangai manusia macam-macam ada tuan mazidul..
BalasPadamDia kemungkinan besar mengalami kecelaruan identiti. Kasihan juga dengan individu sebegini, tetapi kerap kali merekalah yang mengambil kesempatan atas sifat kasihan kita..
BalasPadamAssalamualaikum. Pohon jasa baik Saudara Mazidul bagi menulis tentang sikap mekanik yg tidak bertanggungjawab dan menipu. Lebih dari 10 kawan2 terutama wanita yg memandu sendirian terpedaya , melibatkan kos antara rm300 hingga rm 1200. Cara penipuan, mekanik bermotosikal akan menunjukkan isyarat pada tayar depan sebelah kiri , dan memberitahu ada kerosakan pada bahagian brake.Mekanik akan menunjukkan kesan minyak pada rim dan kalau keadaan jem pasti akan ada asap dan bau hangit .mekanik akan membuka tyre dan breke di tempat kejadian setelah mendapat persetujuan mekanik (penipu) akan berbincang harga .Alat ganti akan diambil untuk contoh .lebih kurang 15 minit dia datang kembali dan memasang brake semula. Wang bertukar tangan. Mekanik peninipu tersenyum. Kos buka brake caliper , bersihkan dan cat (macam baru) bernilai rm12000. Lokasi kejadian ,Jalan Kuching, Jalan Mahameru, Jalan Parlimen,
BalasPadamPersoalan apakah tindakan yg perlu kita lakukan untuk menghalang mekanik yang tidak jjujur dan menipu ini dari terus menipu dan memperdaya pengguna jalanraya. .
Sebarkan .TQ
Conman ni memang pandai bermain psikologi & kata-kata. Contoh ayat, "hendak beritahu tiada duit, segan pula saya". Tapi pada masa yang sama, conman tersebut telah pun memberitahu dia tiada duit secara tak langsung. Biasanya orang yang dah lali dgn conman sukar untuk ditipu, seperti Haji Omar.
BalasPadambelajar utuk jangan di tipu
BalasPadamSMTI-Orang macam ni ramai di mana-mana, cuba tengok di The Royal Bintang, ramai di situ. Semua mengaku kenal orang itu dan ini. Yang rapat dengan PM dan keluarga pun ada. Hahahahahaha
BalasPadamjiran saya depan rumah pun guna taktik ni..
BalasPadamwaktu saya sibuk mencari kerja.. jiran saya tu pun kata dia kenal VIP itu, VIP ini, lalu minta resume saya.. penghujung cerita, dia minta pinjam RM30..
Saya, dalam senyum, tau yg saya dah terkena.. tapi RM30 tu saya halalkan saja.. lain kali memang takkan saya bagi lagi.. :)
Hehe macam cerita Nasib Do Re Mi (adegan di kedai makan)
BalasPadamPatut Mazidul suruh dia order apa-apa dia nak. Dia akan order makanan yang mahal, lepas tu apa lagi..."Saya mintak diri dulu, nak memerut sekejap."
Padan muka dia nanti