Jumaat, Mac 22, 2013

AL-ARQAM DALANG DI SEBALIK OPERASI RUMAH AMAL BUAH HATIKU? MAIS DAN JAIS SILA SIASAT DAN LAKSANAKAN TINDAKAN

Berikutan pendedahan blog ini dan blog Adeezroon.blogspot.com berhubung kegiatan Rumah Amal Buah Hatiku, RABH dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan kumpulan Al-Arqam difaktwakan haram, saya mengubungi Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS, Norhamizah Othman.


"JAIS berfungsi melaksanakan penguatkuasaan undang-undang. Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan melakukan siasatan bagi memastikan kesahihan maklumat diterima," ujar beliau.

"Jadi panggilan saya ini diterima sebagai aduan puan?," soal saya.

"Ya dan akan dipanjangkan kepada pihak berkaitan," jawab beliau.

Terima kasih.

Kira-kira jam 11 pagi tadi, saya menghubungi pula Pengurus Perhubungan Korporat Majlis Agama Islam Selangor, MAIS, Rohana Hassan.

Saya memaklumkan beliau berhubung fakta sama.

"Adakah kakitangan Jabatan Kebajikan Malaysia, JKM, Selangor menghubungi dan memaklumkan mengenai kes ini?," tanya saya kepada wanita bersuara lembut itu.

"Di pihak saya, tiada," balas Rohana ringkas.

Kini saya terfikir, betapa saya membazirkan waktu dan bil telefon peribadi menghubungi beberapa kakitangan JKM Selangor sebelum ini, bercerita panjang mengenai RABH.

Bertujuan dana sumbangan orang ramai dari seluruh negara disalahgunakan oleh pihak pengurusan RABH, saya memohon MAIS dan JAIS mengambil tindakan dengan kadar segera. Mereka hanya perlu berkunjung ke RABH terletak di No 22, Jalan 7/3C, Bandar Baru Bangi, Selangor dan bertemu pengendali rumah terbabit.

Sebahagian daripada fakta siasatan telah didedahkan kepada awam di blog ini dan di sini.

Sila dapatkan maklumat LEBIH terperinci daripada pengurus RABH, Norasiah Mohd Hanan. Gambar Norasiah di bawah.


Suami Norasiah, pengikut tegar Al-Arqam dan terlalu taksub dengan Abuya, digelar 'Ustaz Wan Acheh'.  Nama sebenarnya, Ridwan Alisabi. 


Tanyakan kepada Norasiah ... 

1. Kemanakah wang tunai sumbangan orang ramai disalurkan? Adakah sebahagian dana digunakan untuk membiayai kegiatan Al-Arqam atau dihantar ke Mekah kepada isteri pengasas Al-Arqam Ashaari Muhammad?

2. Mengapakah nama kesemua anak lelaki, penghuni RABH bermula dengan 'Mohd' atau 'Muhammad'? Adakah secara kebetulan atau mereka anak jemaah Al-Arqam tinggal di Malaysia?

3. Adakah 2 pembantu Norasiah juga isteri kepada pengikut kumpulan Al-Arqam?

4. Mengapakah sehingga kini, RABH masih tidak didaftarkan dengan JKM Selangor?

5. Buktikan kesemua kanak-kanak tinggal di RABH berstatus anak yatim dan asnaf zakat seperti didakwa selama ini.

6. Minta Norasiah menjelaskan hubungan dia dengan gambar dipaparkan di atas.

Apapun, jika kakitangan  MAIS menghubungi Norasiah melalui nombor telefon bimbit 017 392 5392, usah hairan jika panggilan itu dijawab oleh pembantu wanita bergelar ustazah itu.

"Saya baru bekerja di sini (di RABH). Puan Norasiah tidak ada di sini, boleh cuba menelefon dia balik, esok"

Itu jawaban standard.

Pembaca juga boleh menghubungi talian terbabit, silakan.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum encik mazidul...tolong contact saya guna email ni...aeskahawang at gmail dot com. Ada sesuatu saya nk sharekan berkenaan perkara ni. Nnti saya bg hp number. Tqvm

    BalasPadam
  2. Aduh...lelah saya dibuatnya bila tahu yg pihak berkuasa tidak pun peduli atau prihatin tentang perkara ini. Bukti bertaburan di laman2 fb, blog yg ditulis oleh ahli2 jemaah sendiri, dan juga video2 mereka di youtube, termasuk juga pendedahan individu2. Dari kecewa dipermainkan RABH, bertambah penat jadinya.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum, En Mazidul. Saya baru sahaja menyampaikan kutipan dari saya & ibubapa murid2 tadika saya smlm sbyk RM1000. Pagi ni baru terbaca ttg kisah ni & saya terus sms Pn Asiah & marah kenapa dia buat penipuan. Dia bertegas dia tidak 'melanggar syariat'. saya terkilan kerana wang itu amanah orang utk disalurkan kpd anak2 yatim. Pn Asiah suruh says pergi ambil batik wang itu. Apa yg harus saya lakukan?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.