Jumaat, Mac 01, 2013

PENCEROBOHAN LAHAD DATU : APAKAH KESUDAHANNYA?

Beberapa persoalan penting berlegar di kepala saya sejak penceroboh militan dari Selatan Filipina mendarat di Lahad Datu, Sabah kira-kira 2 minggu lalu.

Media Malaysia mencatatkan kira-kira 100 penceroboh kini berada di Kampung Tanduo. Manakala media Filipina mendakwa 180 pengikut dan 30 tentera bersenjata kesemuanya. 

Sepanjang pengalaman menjadi wartawan program 999, saya tahu, perairan negara kita bukan terlalu mudah untuk ditembusi. Selain Angkatan Tentera Laut,  perairan negara turut dikawal dan dipertahankan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am. 

Justeru bagaimanakah semua lapisan sistem pertahanan itu berupaya dibolosi?

Sehingga kini, tiada kenyataan terperinci dikeluarkan oleh pihak berkuasa Malaysia. Mereka enggan mengulas kerana maklumat berhubung kes pencerobohan ini diklasifikasikan sebagai sulit. Semua pegawai dan anggota pihak berkuasa dilarang berkomunikasi melalui panggilan telefon bimbit dan pesanan ringkas bersama masyarakat awam.

Tinjauan saya sebelum ini di Lahad Datu menunjukkan kawasan di sekitar pasar besar dipenuhi oleh peniaga berketurunan Suluk.

Di ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu, tidak jauh bezanya. Ramai remaja berketurunan Suluk dari Pulau Gaya, sudah lama berkeliaran menjual rokok seludup dan tiruan, klik di sini.


Akhbar online Philipina, PhilStar.com melaporkan tentera Malaysia berbalas tembakan dengan tentera Sultan Sulu pagi tadi. Tiada kematian dilaporkan dalam kejadian itu. Tentera Malaysia juga dilaporkan mendekati kumpulan penceroboh itu dengan jarak kira-kira 300 meter.

Klik di sini.


Bagaimanapun juru cakap Sultan Suluk, Abraham Idjirani mendakwa 10 tentera Sultan Sulu terkorban manakala 4 tercedera sekitar jam 10.15 pagi.

Klik di sini.

Media Malaysia, The Star pula melaporkan sekurang-kurangnya 3 tentera Sultan Suluk terbunuh dan 3 anggota polis Malaysia tercedera dan diterbangkan ke Sandakan untuk mendapatkan rawatan, klik di sini.

"Kami di Kota Kinabalu beberapa kali mencuba menghubungi kenalan di Lahad Datu tetapi lazimnya hanya boleh bercakap dalam tempoh kira-kira 30 saat sahaja, talian kemudian menjadi bising," kata rakan saya hubungi sebentar tadi.

Jarak di antara Kota Kinabalu dan Lahad Datu, kira-kira 6 jam perjalanan menaiki kenderaan.

"Berapakah jarah terdekat, orang awam boleh menghampiri lokasi kejadian?," soal saya.

"Tiga ratus meter tetapi mereka dan pengamal media bertugas di sana tidak mengetahui jumlah sebenar kematian atau tercedera. Tapi penduduk Felda Sahabat memang boleh mendengar bunyi tembakan," tambahnya.

"Saya sempat membaca laporan akhbar Filipina," celah saya.

"Saya pun ada membaca blog Filipina tetapi hemat saya, tidak berkredibiliti," balasnya.

Apapun, marilah bersama kita mendoakan keselamatan semua rakyat Malaysia kini menjalankan tugas menangani kes pencerobohan ini. 

Andai pembaca dari Sabah atau Lahad Datu mempunyai berita terkini, sila kongsikan di ruang komen.

Terima kasih.

4 ulasan:

  1. Salam. Menurut rakan-rakan di sekitar Lahad Datu, mereka telah diberikan arahan agar berada di dalam rumah masing-masing, sekolah, kedai, bank dan kawasan sekitar bandar LD kebanyakkannya telah ditutup. Pada hemat saya, boleh kita gelarkan keadaan ini sebagai perintah berkurung.

    Malahan beberapa rakan juga memberitahu bahawa semua flight ke kawasan LD, Sandakan dibatalkan. namun, kesahihannya tidak dapat di pastikan.

    Hakikatnya tembakan memang telah berlaku, dan baru sahaja kami warga sabah dan seterusnya warga malaysia sendiri telah dikejutkan dengan kematian dua orang komanden polis yg bertugas di tempat kejadian.

    Baik di Facebook atau Twitter, masing-masing ingin menjadi pemberita tidak rasmi, yang secara tidak langsung menyebabkan terlalu banyak versi akan kejadian/situasi yg sedang berlaku di Lahad Datu.

    Ianya seterusnya mengelirukan rakyat malaysia, seterusnya mencetuskan rasa panik di kalangan kami warga sabah, terutamanya warga LD.

    Mohon media di malaysia ini lebih update dengan situasi yg berlaku agar rakyat tahu keadaan sebenar disana dan seterusnya rasa panik yg kian menular ini dapat ditenangkan.

    All we could do now is to hope, and to pray. No More casualties, please. My Prayers goes to the Lahad Datu citizens and our Malaysian Armed Forces on the ground.

    BalasPadam
  2. Salam. Menurut rakan-rakan di sekitar Lahad Datu, mereka telah diberikan arahan agar berada di dalam rumah masing-masing, sekolah, kedai, bank dan kawasan sekitar bandar LD kebanyakkannya telah ditutup. Pada hemat saya, boleh kita gelarkan keadaan ini sebagai perintah berkurung.

    Malahan beberapa rakan juga memberitahu bahawa semua flight ke kawasan LD, Sandakan dibatalkan. namun, kesahihannya tidak dapat di pastikan.

    Hakikatnya tembakan memang telah berlaku, dan baru sahaja kami warga sabah dan seterusnya warga malaysia sendiri telah dikejutkan dengan kematian dua orang komanden polis yg bertugas di tempat kejadian.

    Baik di Facebook atau Twitter, masing-masing ingin menjadi pemberita tidak rasmi, yang secara tidak langsung menyebabkan terlalu banyak versi akan kejadian/situasi yg sedang berlaku di Lahad Datu.

    Ianya seterusnya mengelirukan rakyat malaysia, seterusnya mencetuskan rasa panik di kalangan kami warga sabah, terutamanya warga LD.

    Mohon media di malaysia ini lebih update dengan situasi yg berlaku agar rakyat tahu keadaan sebenar disana dan seterusnya rasa panik yg kian menular ini dapat ditenangkan.

    All we could do now is to hope, and to pray. No More casualties, please. My Prayers goes to the Lahad Datu citizens and our Malaysian Armed Forces on the ground.

    BalasPadam
  3. Insiden LD ini telah mengorbankan nyawa anggota keselamatan kita, jadi harap2 penulis2 blog tidak sewenang-wenangnya,tangkap muat,ikut sesedap hati tanpa mengetahui situasi sebenar sehinggakan mencemarkan nama negara,kerajaan,anggota keselamatan.dalam situasi sebegini sebaik-baiknya jgn politikkan perkara ini. . . .biarpun anda penyokong parti pembangkang kerajaan malaysia yg ada skg adalah kerajaan yg sah jadi jgn ikut emosi anda saja. Jadi lah rakyat malaysia sejati bukan hanya pada ic saja

    Cicit dawayan.sabah

    BalasPadam
  4. Bro, tentera tidak akan dikerah untuk menangani masalah di Lahad Datu, kerana sebab 2 utama:-
    1. Mereka masih dianggap penjenayah dan bukan pengganas
    2. Penggunaan pasukan tentera adalah untuk peperangan, jika berperang maksudnya antara dua negara. Seremtak menunjukkan Malaysia mengiktiraf Kesultanan Sulu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.