Isnin, Mac 25, 2013

DOKTOR BERJIWA KENTAL

Saya bertemu Dr. Rihanah Rafie, pada penghujung Oktober 2012, sewaktu menyertai misi menghantar bantuan kemanusiaan  kepada pelarian Syaria di Jordan bersama Kelab Putera 1  Malaysia.

Klik di sini.


Beliau antara beberapa pegawai perubatan bertugas merawat ratusan pesakit di 2 kem terletak di sempadan Jordan dan Syaria.

"Mazidul mesti masih ingat,  di sana, majoriti pesakit tidak sabar untuk dirawat. Bagaimanapun sebagai doktor, kami sentiasa bersabar menghulurkan bantuan," imbas beliau.

Ramai pesakit tatkala itu merempuh masuk ke klinik sementara, beroperasi di kem pelarian. Mereka ingin dirawat dan mendapatkan bekalan ubat.


"Budak remaja itu sakit apa doktor?," soal saya ketika di bumi anbia.

"Dia minta ubat jerawat," balas Dr. Rihanah sambil tersenyum.

Peristiwa itu sudah lebih 4 bulan berlalu namun kenangan masih segar di ingatan.

Semalam saya berkunjung ke Poliklinik dan Surgeri Hata Mewah di B2-G-01 Jalan Pandan Mewah 1/1, Pandan Mewah, 68000 Ampang, Selangor. Saya ditemani rakan, Farid dan Atoi.


Berikut antara perkhidmatan ditawarkan oleh poliklinik terbabit kepada orang ramai.


Anak sulung berasal dari Bachok, Kelantan, lulusan universiti di Indonesia bersifat peramah dan lemah-lembut itu ternyata memiliki semangat kental. Sewaktu berkhidmat merawat pelarian, beliau ternyata tenang dan sabar mendepani karenah pesakit pelbagai peringkat usia.

Dr. Rihanah faham tanggungjawab dipikul bersama doktor lain, klik di sini.

Petang semalam, biarpun dalam tempoh singkat, kami sempat minum dan berbual di restoran berhampiran klinik.


"Mengapakah doktor seorang sahaja di klinik ini?," tanya saya.

"Sedang mencari pekerja," balasnya.


Kepada mereka berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat dengan Dr. Rihanah, sila hubungi nombor tertera di atas.

Manakala orang ramai kurang sihat dipelawa untuk mendapatkan rawatan di Poliklinik Dan Surgeri Hata Mewah.

2 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.