Pembaca blog ini, P1, menawarkan diri untuk menyingkap beberapa fakta di sebalik operasi Pusat Tahfiz Amal, PTA.
Sebelum itu, saya menerima informasi berhubung pusat rawatan bekam di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.
P1, menyamar menderitai penyakit resdung kemudian berkunjung ke premis terbabit. Premis itu dijaga dek lelaki sudah berusia dan kenalannya, lebih muda, berkebetulan berada di situ tatkala kunjungan P1.
Berbekalkan maklumat dikongsikan oleh P1, dia disarankan membeli sebotol ubat dari bekas premis beroperasi sebagai pusat rawatan pelbagai penyakit itu.
"Cecair di dalam botol ini antibiotik dan boleh membunuh kuman resdung. Tuangkan cecair separuh penutup botol, separuh lagi tuang air dan sedut campuran itu menggunakan hidung. Pedih sikitlah," jelas lelaki muda itu.
P1 terus mendengar penerangan. Dua lelaki terbabit melayan setiap soalan dikemukakan oleh P1 secara sabar dan bersopan.
"Kami ada staf perempuan di Giant Batu Caves dan Tesco Manjalara, Kepong kalau perempuan hendak berbekam," ujar pekerja.
Sebelum itu, kakitangan berkopiah putih kelihatan keluar dari premis terbabit dan bergerak ke bangunan bersebelahan untuk mendapatkan bekalan ubat ditawarkan.
Ubat itu berharga RM50.
Melalui informasi dicatatkan di kulit luar, tidak tersenarai bahan digunakan untuk produk. dan produk sama tidak memiliki kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.
Penguatkuasa KKM seharusnya ke lokasi ditinjau untuk memeriksa produk dipasarkan dan melaksanakan tindakan sewajarnya.
Tiada siapa mengetahui kandungan sebenar 'ubat' dijual.
Pelbagai lagi produk lain dipasarkan oleh remaja diperhambakan oleh PTA juga berstatus meragukan.
Klik di sini.
"Tidak ada diskaun harga ke?," soal P1.
"Tiada, jualan ini untuk kebajikan. Sebelum ini, niatkan untuk pahala sahaja. Membeli sambil menyumbang. SM Amin ini ada satu badan amal. Badan amal dia untuk membantu fakir miskin, anak yatim, hasil daripada jualan dia. SM Amin ada wisma di Seksyen 26, Shah Alam, Selangor," balas lelaki muda.
Tambahnya, Wisma SM Amin sebelum ini beroperasi di Sungai Petani, Kedah.
"Resit ada?," tanya P1 sebelum menjelaskan bayaran.
"Ada," ujar lelaki tua.
Dia kemudian pantas keluar sekali lagi dari premis itu dan naik ke tingkat satu, menggunakan tangga bersebelah pintu utama premis.
Berikut resit diserahkan kepada P1.
Sebaik melihat resit dihulur menggunakan nama PTA, P1 mengajukan soalan berikut.
"Ini bukan resit (syarikat) ini?"
"Sama sahaja, under SM Amin," balas lelaki tua.
P1 juga dimaklumkan, Pusat 'Tahfiz' serta pusat rawatan 'Islam' terbabit bernaung di bawah syarikat SM Amin.
Siapakah SM Amin?
Betul betul 'amal' ke PTA ni ? Sampai budak2 dikerah kutip duit tepi bank pada hari2 kerja..
BalasPadamhubby saya pernah g berbekam kat giant bt caves, rasanya tempat bekam ni, tapi rasa tertipu sebab asalnya kata RM15 satu point, dah tuh bila dah confirm nak berbekam jadi RM20 plak, banyak plak tuh point yg dia suruh buat, total semua RM450 huhu,, terkejut badak pokcik hihi
BalasPadamsama la... kat Giant Kota Damansara pun ada....mahal giler dia charge bekam....beratus ratus..... plus ada tampal muka SM Amin nih ha..... mana gi pihak berkuasa? naper tak tangkap jek
BalasPadamDah terkena, sy berbekam di giant bukit tinggi klang, kena 600, 32 point, dah buat baru nak sebut harga, jadi hal macam ni nak buat aduan dimana ye? Tolong lah sebelum ramai lagi yang kena tipi
BalasPadamDah macam muka Colonel Sanders mascot KFC tu pula saya tgk. Hihihi...!
BalasPadamTula...kt giant gk..sy btul2 sakit blkg bahu time tu.so nmpk ade bekam.mkcik ni bkn main le promote.dh sakit accept je.bla baring trus dltak cup tu..sy ckp xde budget tp dia yakinkn kita.tup2 kna 350.lps wat lega skit.blk umh sakit gak..
BalasPadamAlamak.. saya baru je buat bekam ni semalam ngan salah satu booth SM Amin ni di Giant Kota Kemuning Shah Alam.. sakitnya masih terasa lagi kt belakang ni.. kakak yg buat bekam tu leh pulak buat 11 cup n kena RM220 n xde resit, padahal saya dah ckp sy x pernah buat bekam, patutnya lau org x pernah bekam buatla satu je.. Nak tido malam tadi pun x boleh.. pulak tu baru saya perasan bekam tu dia toreh pakai pisau gillette n dh rupa kena dera.
BalasPadamSaya pun kena.. Saya pergi Giant Kuala Terengganu sebab sakit kaki. Mulanya tanya nak urut kaki, tapi dia kata takde dah.. Yang adanya bekam je.. 1 cup RM20.. dia ckp kena buat 20 cup.. saya ckp tak cukup budjet. dia buat 10 cup dan diskaun... lastly, sama jugak harganya.. RM200 jugak.. yg pisau gilette memang dera. sampai hari ni tak hilang lagi..
BalasPadamTd ada agen ni dtg skolah, sy buat reflexology byr rm10.lps tu.ada bli madu dia n ubt herba huuu cmne ni.nk mkn ke x :'( kwn2 wt bekam rm15 /cup...
BalasPadamSaya pon terkena bila dia dtg sek...kna smpai 450 utk 30 cup. Pdhal mulanya nk urut kaki je. Tp dia ckp mcm penyakit bila dia urut. Risau punya psl bt bekam. Lps bt bru rasa tpedaya & tertipu.
BalasPadamSaya pun baru terkena. Pokcik kata kene bekam sket utk cepatkn lg kesan. Tup2 23 bekam x rm15, + rm280 utk 3 jenis ubat kapsul + rm100 utk 5 botol air madu kolagen.. Memang sy kene pau cukup2. Total RM600. Bile tanya knp mahal, katanya akn didermakan kpd anak2 yatim..masalahnya, jumlah tidak diberitahu sebelum bekam,,ade pula tambahan ubat herba n jus madu..mmg modus op mengena insan yg tgh sakit..
BalasPadamnasib baik baca ni.kalau x,jadi mangsa seterusnya.2 hari lepas ada juga ejen macam ni datang buat urutan,tawarkan juga buat bekam.tapi sebab rasa lain macam,x nak la.
BalasPadampernah di approach pakcik buat bekam dlm giant batu caves tu tp x brp nak layan sgt sbb mmg x berniat nak buat bekam time tu, nasib baik aku x gi kalo x sia2 kena sembelih beratus2..
BalasPadam