Petang tadi saya melakukan tinjauan rambang ke Bilik Gerakan BN di Seksyen 4, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Mereka bercerita kisah calon BN, Halimaton Saadiah Bohan datang bertemu penduduk sambil berkempen malam semalam.
"Pada awalnya, kita jangkakan dalam seratus orang datang, rupanya lebih empat ratus kesemuanya. Dalam jam 8.30 malam, kelihatan penduduk berbangsa India datang dan mereka balik setelah mengetahui calon BN untuk Parlimen P107, Prakash Rao tidak hadir," ujar mereka.
Kenyataan itu kemudian disambut selamba oleh peguam berusia 47 tahun, Ahmad Zaharil Muhaiyar, penduduk Villa Damansara, Seksyen 4.
"Di manakah Prakash Rao? Mengapakah dia tidak langsung datang bertemu peduduk di sini? Bertanding untuk menjadi ahli Parlimen, adakah dia tidak memerlukan undi kita?," soal Ahmad.
Tiada siapa berupaya menjawab soalan dikemukakan itu. Tepat benar pengamatan penduduk dan juga penyokong BN itu.
Kira-kira jam 2.30 petang semalam, Bilik Gerakan Prakash di Seksyen 6 juga kelihatan sunyi sepi.
Kedudukan Bilik Gerakan terbabit juga didapati mengganggu lalu-lintas. Namun biarpun kelihatan kosong, semalam saya dilarang merakamkan gambar Bilik Gerakan itu, klik di sini.
"Seperkara lagi, dia (Prakash) tidak langsung memaklumkan kita mengenai kegiatan penggantungan poster di kawasan ini. Sehingga kini, saya terus tertanya-tanya, siapakah sebenarnya Prakash? Bilakah dia ingin berkongsi kandungan manifesto? Walhal hari mengundi hanya tinggal seminggu sahaja lagi," ujar Ahmad lagi.
Apapun, terima kasih kepada semua saya temui petang tadi. Fresh orange dihidangkan enak dan sejuk.
so? Macamni dijadikan calon? tadi baru sahaja Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Raub hadir bertemu penduduk di DUN Batu Talam. Dato' Hoh Khai Mun yang pernah menjadi ADUN Bilut untuk 2 penggal *jikalau tidak silap.
BalasPadamcalon parlimen muar pun ada melawat rumah arwah pakcik saya di batu 18 ayer hitam, pada jumaat lps. pantas betul org2 dia bekerja hingga tahu ada kematian di kawasan tersebut.
BalasPadamUndilah calon muslim berwibawa, undilah Ustaz Mohamad bin Ismail untuk parlimen P107 (Subang) & dun N25 (Kajang).
BalasPadam