Bahang Pilihan Raya Umum, PRU ke 13 semakin hangat. Kerusi DUN N39 Kota Damansara bakal direbut oleh enam individu termasuk 3 calon bebas.
Melalui pengamatan saya, calon PAS dan PKR juga bersaing di antara satu sama lain biarpun kedua mereka bernaung di bawah Pakatan Rakyat.
Ringkasnya, mereka tidak sepakat.
Awal petang tadi saya bepeluang menemui calon bebas, Halmi Omar, 49 tahun, berasal dari Bagan Serai, Perak tetapi telah lama bermastautin di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
"Kekuatan kami bertonggakkan keikhlasan perjuangan. Di mana ada kemahuan, di situ ada kejayaan. Dalam pertandingan ini, keikhlasan itu penting sebab kami bersatu secara ikhlas. Saya akui, dana kami kurang berbanding dana parti lain. Namun biarpun jika kami terpaksa memakai baju koyak di sepanjang tempoh berkempen sekalipun, hati kami tidak pernah koyak untuk bersama rakyat," ujar Halmi.
"Halmi tahu, sebaik disahkan menjadi calon bebas maka secara automatik dipecat keahlian UMNO?," soal saya.
"Tahu dan faham," jawab beliau ringkas.
Saya cuba mendapatkan komen beliau berhubung tindakan rakus beberapa calon Pakatan Rakyat berebut kerusi DUN sama.
"Kejadian ini memang pelik tetapi mereka masih hendak bertanding. Itu hak masing-masing. Jadi kita berharap pengundi menyedari hal (perebutan di kalangan calon pembangkang) ini dan akan memilih calon bebas. Kami akan memastikan ada ruang untuk calon bebas berkempen dan mendekati pengundi. InsyaAllah, gerak kerja akan dimulakan pada hari Rabu akan datang. SPR telah mengeluarkan permit untuk saya berkempen sehingga 4 Mei akan datang.
Halmi, kontraktor menjalankan kerja menebang pokok di sekitar Petaling Jaya.
"Saya orang tempatan dan sering bertemu kawan-kawan dan masyarakat. Menebang pokok lebih 12 tahun sebab itu simbol kita pilih, pokok. Pokok itu istimewa maksudnya kepada saya. Tambahan pula, saya dan penyokong memang kerap bertemu sambil minum di bawah pokok di Seksyen 7 ini," jelas beliau.
Moto dipilih, 'keikhlasan teras perpaduan'.
Beliau dicalonkan sebagai calon bebas PRU ke 13 pada 9.30 pagi, 20 April 2013.
"3 April lalu, kami melalui Pertubuhan Kebajikan Islam Kota Damansara, PERKIS, menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, mencadangkan nama calon kami fikirkan paling sesuai untuk bertanding mewakili Barisan Nasional di DUN N39. Surat itu turut dikepilkan sokongan pelbagai pihak," kata Sharif Hassan selaku pengurus Halmi.
Sharif mendakwa tindakan pihak ketiga amat mengecewakan hati mereka.
"Kami semua membaca informasi dimuatkan oleh individu kami kenali di laman Facebook calon BN, Halimaton Saadiah Bohan. Dia menggunakan nama Zul Subang di media sosial. Zul Subang mencabar kami biarpun kami tidak mempunyai sebarang masalah dengan calon dipersetujui oleh Perdana Menteri. Malaysia negara demokrasi dan kami hanya mencadangkan nama calon," tambah Sharif lagi.
"Adakah Halimaton mengetahui kenyataan dilontarkan oleh Zul Subang?," tanya saya.
"Tahu. Saya berjumpa sendiri dengan dia tetapi katanya dia tidak mempunyai masa untuk menjenguk komen di Facebook. Kami sayangakan BN tetapi calon dipilih untuk mewakili BN di Kota Damansara ini tidak kisah langsung tentang kami tatkala kami dicabar," ujarnya lagi.
Nampaknya cabaran itu disambut biarpun bilik gerakan Halmi hanya di bawah pokok.
"Bilik gerakan akan mula beroperasi sepenuhnya malam ini," kata Halmi.
Nampaknya pemilihan calon terus menjadi masalah di dalam PRU 13 ini. Saya sebagai orang UMNO amat sedih dan kecewa atas permasalahan ini kerana bimbang Selangor tidak dapat kita tawan semula.Pada pengamatan saya isu pemilihan calon ini tidak boleh dijadikan alasan untuk merasa kecewa kerana calon yang diturunkan telah melalui proses saringan dan tapisan yang amat teliti. Benar kita akan kecewa sekiranya seseorang individu yang kita sangka adalah terbaik tidak terpilih tapi percayalah dengan kebijaksanaan YAB PM. Kita tidak boleh memuaskan hati semua orang.Sokongan bukan hanya di atas tinta tapi perlulah ditunjukkan dengan perbuatan.Jika benar bagai dikata ayuh teruslah menyokong BN.
BalasPadamSMTI- Halimaton Saadiah? Siapa dia? Pernahkah dia turun padang bertemu rakyat yang hina seperti saya ini? Di mana rumahnya? apa kerjanhya? Apa kelulusannya? Berapa lama dia berkecimpung dengan rakyat? apa potfolionya?
BalasPadamapa pula pandangan tuan mazidul terhadap org BN yang terang2 keluar parti dan jadi calon bebas?
BalasPadamrasanya agak menarik juga utk diulas.
SALAM....HIDUP...HALMI...KULAAN ANAK MUDA KOTA DAMANSARA...MENYOKONG PENUH.....siapa hjh halimaton...anak didik datuk mokhtar....setelah dicalon....semua orang- orangnya keluar dr kandang...yang selama ni...tidak langsung memperjuangkan BN dan umno sendiri selama 4 tahun...ni.....ayuk hak...halmi...perjuang demi keikhlasan dan perpaduan....drs amran
BalasPadamSalam 1 Malaysia, melihat kepada senario yang terjadi di Dun Kota Damansara (N39) saya merasa terpanggil untuk memberikan sekelumit komentar sebagai menunjukkan solidariti semangat cintakan agama,bangsa dan tanahair BUMI MELAYU sebagai ibu pertiwi seperti bait-bait lagu:
BalasPadamKemegahan Negaraku
Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku yang kucintai
Seumurnya maha perkasa
Kedaulatan ibu pertiwi
Malaysiaku maha berjaya
Negaraku indah murni
Selamatlah Malaysia jaya
Negaraku ibu pertiwi
Setelah mengadakan perbincangan dengan beberapa teman, sahabat dan rakan taulan saya mengambil kesimpulan adalah lebih baik kiranya Calon BN (N39) menarik diri secara terhormat dalam arena pemilihan wakil rakyat yang berwibawa untuk mewakili penduduk Kota Damansara di Dewan Undangan Negeri Selangor, kerana pada pendapat saya biarlah undi pengundi Melayu tidak terpecah kepada beberapa pilihan. Calon PAS seperti yang kita sedia maklum tidaklah sepopular calon bebas dengan lambang pohon beringin, begitu juga calon PKR yang telah menjadi rahsia umum akan ditolak mentah2 oleh pengundi DUN Kota Damansara,undi Melayu akan berpihak kepada calon bebas dgn logo pohon beringin dan calon BN tetapi calon BN juga berdepan dengan penolakan secara senyap oleh majoriti ahli UMNO dan NGO-NGO Melayu Kota Damansara kerana protes dengan alasan-alasan yang cukup kukuh dan amat meyakinkan. Berdasarkan alasan-alasan tersebut di atas dan supaya undi pengundi Melayu tidak terpecah saya menyeru supaya calon BN segeralah membuat keputusan yang bijak demi Melayu. Dan calon Bebas Pohon Beringin diseru supaya mengambil langkah2 yang bijak jika ditakdirkan majoriti undi pengundi Kota Damansara berpihak kepadanya.
Wallahualam