Isnin, April 29, 2013

RAKYAT MEMASTIKAN ANWAR IBRAHIM TIDAK AKAN DINOBATKAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA



"Bro, perasan tidak, sekarang ini di beberapa lokasi, kelihatan bendera pelbagai warna dipacakkan?  Bukan bendera BN, PAS atau PKR,"  soal rakan saya.

Saya terpaku buat seketika kerana tidak mampu menjawab soalan dikemukakan.

Hari ini saya mendapat maklumat,  pembikinan bendera dan kegiatan memacak bendera terbabit dipacu majoriti oleh individu berbangsa Cina untuk menyokong kempen calon PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Klik di sini untuk meneliti kegiatan mereka. 


Terbukti, tanpa mengenal usia mereka membabitkan diri untuk menjayakan Malaysian Spring.


Malaysian Spring? Klik di sini untuk membaca tujuan DAP dan PKR  memacakkan bendera pelbagai warna itu  biarpun mendapat tentangan pihak berkuasa.

Hakikatnya, tiada musim bunga di Malaysia, oleh itu saya berasa hairan mengapakah mereka memilih terma 'Malaysian Spring'?

Majoriti kita pernah mendengar kejadian Arab Spring, gelombang revolusi dirancang bermula dengan demontrasi aman tetapi malangnya  berkesudahan dengan keganasan mengorbankan banyak jiwa.

Klik di sini.

Saya sendiri telah menyaksikan kesan buruk  Arab Spring di sempadan Jordan-Syria pada Oktober 2012.

Lebih 37,000  pelarian Syria merana dan terpaksa merempat di kem pelarian tanpa keperluan asas mencukupi. Setiap hari penghuni kem berebut makanan dan ubat disumbangkan oleh beberapa negara dunia termasuk Malaysia.


Pembelajaran dan kebajikan kanak-kanak terabai kerana mereka terpaksa tinggal di kem pelarian di kelilingi oleh kawad berduri.


Sila baca entri ini dan entri ini untuk lebih  mengetahui kesengsaraan menyusul selepas berlaku Arab Spring.

Akibat krisis berlaku, ratusan ribu rakyat Syria memboloskan diri melalui sempadan dan bermastautin buat sementara waktu di negara jiran, Jordan. Luka parah  kesan tembakan gagal dirawat di negara asal,  justeru  pesakit merana di negara asing.


Klik di sini untuk membaca kisah Abdel Elah, mangsa tembakan senjata AK-47.

Minggu lalu  kita dikejutkan dengan letupan di belakang pentas  Majlis Ceramah Perdana BN di Nibong Tebal, Pulau Pinang.   

Klik di sini.

Kita berharap kes keganasan sebegitu tidak akan berulang di sepanjang tempoh kempen berbaki seminggu sebelum Pilihan Raya Umum, PRU ke 13 pada 5 Mei kelak. 

Rakyat Malaysia wajib menolak keganasan. BERSIH didalangi oleh Anwar Ibrahim, kononnya dirancang sebagai perhimpunan aman namun kemudian bertukar kucar-kacir disulami keganasan.


Saya berharap Malaysian Spring  tiada kaitan dengan Arab Spring biarpun hanya nama negara membezakan keduanya. 

Apakah motif Nurul Izzah memilih nama itu? Tidak diketahui. 

Apapun selagi kegiatan terbabit tidak mencetuskan provokasi, saya hanya melihat cebisan kain  berwarna  dipacakkan di muka bumi.

Barangkali ramai menyedari, Datuk Seri  Anwar Ibrahim dan penyokong menggunakan teknik hebah dan hebohkan kononnnya Pakatan Rakyat 100% diyakini bakal memenangi PRU ke 13.   Biarpun keputusan PRU ke 13 hanya akan diketahui sepenuhny pada 6 Mei. 

Dalam klip video sewaktu berceramah di Kota Damansara,  Datuk Seri Anwar antaranya berkata ...

"Kita dengan PAS, DAP, Keadilan ini hubungannya terlalu baik. Jangan bagi mana-mana tersinggung"


'Hubungan baik' itu dizahirkan dengan calon PAS DUN Kota Damansara,  RIdzuan Ismail sehingga ke saat entri ini ditulis masih  bertanding menentang calon menggunakan tiket PKR,  presiden Parti Sosialis Malaysia, PSM. Walhal PAS dan PKR bernaung di bawah Pakatan Rakyat. Maksudnya, di Kota Damansara, suara Datuk Seri Anwar sudah tidak laku dan lebih malang lagi,  calon PKR tidak akan disokong oleh PAS.

Melalui pengamatan saya  dari sudut  komunikasi, Datuk Seri Anwar memang bijak bermain kata-kata sekaligus cenderung mempengaruhi pemikiran masyarakat. Kaedah digunakan mudah,  janjikan bulan dan bintang kepada rakyat.

Cakap sahaja dahulu, keputusan belum tentu.

Berikutan itu, saya berasa amat yakin, rakyat Malaysia akan memastikan Datuk Seri Anwar tidak akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas PRU ke 13.

9 ulasan:

  1. Betul tu bro, Anwar dan Najib sama2 cakap besar mereka akan menang. Bila bancian dari Umcidel, Universiti Malaya 2 hari lepas mendapati Anwar lebih disokong rakyat utk menjadi PM mengggantikan Najib yg semakin tak popular, Anwar pun mula bercakap besar dgn berkata' "Syukur Alhamdulillah..". Najib yg tak suka bercakap besar itu ternyata marah dan berkata kajian itu tak boleh dipercayai. Sedangkan baru pertengahan 2012 Umcidel buat kajian yg mendapati dia lebih popular dari Anwar Najib berkata dia suka dan teruja dgn kajian itu. Tapi bila agensi yang sama mendapati angin perubahan sekarang memihak kpd Anwar, Najib marah pula.

    Itulah realitinya politik. Semua pemimpin politik PR atau BN manusia biasa yang tak boleh dipercayai cakap mereka...

    BalasPadam
  2. Fikir bulat-bulat... timbang-timbangkan...

    BalasPadam
  3. Well, one thing for sure kajian Umcidel, UM tak pula sampai to me. And so i believe tak sampai juga to a few other millions malaysians ^_^

    BalasPadam
  4. 1 je x kena..kenapa tak ada bendera hijau?? Nurul x suka kaler hijau ke??

    BalasPadam
  5. bancian tu tak sampai pun kat sarawak..mesti bancian ke atas geng2 PKR jer..

    BalasPadam
  6. Bila saat nak mengundi ni macam2 cerita keluaq, Nik Aziz ada tanah banyakkkkk...tapi bole x hangpa pikiaq dia jadi MB dah brapa lama dan dengan jumlah kekayaan dia tu adalah normal bagi aku..cuba kita compare dgn Menteri2 lain...Nazri Aziz ke Sharizat ke Kadiaq sheikh Fadzil ke...nak compare biaq sepadan. Cuba tgk dalam media cetak la ni baik pro kerajaan atau pembangkang, masing2 tunjuk la BAKAL YB kita ni sanggup p tengok orang sakit, orang susah, ada yang sanggup buat kenduri dan ada pulak yang sentiasa ada dikawasan nak bertanding...tengok pulak lepas election....mana depa semua p????...kalau jemput makan kenduri pun takat hantaq wakil ja....tu la hakikat YB yang ada di MALAYSIA...kenapa dekat election tetiba PM boleh nak pi makan dekta the curve???...came on la, dah takdak modai lain ka...kepada media perdana diharap dapat lebih neutral....jgn berat sebelah beb...xsemua yang kerajaan buat tu betoi dan tak semua yang pembangkang cakap tu salah...aku x pro mana2 parti

    BalasPadam
  7. Kalau Depa betul betul nak negara ni huru hara just give it to them. Saya percaya Cina-Cina yg sibuk hendakan spring tu takkan tahan bila spring tu melanton bal;ik ke muka mereka. Just Give it to them.

    BalasPadam
  8. Diorang kata Malaysia tak mungkin akan huru-hara tapi apa kejadahnya Malaysian Spring itu?Sengaja dinamakan serupa dengan Arab spring yg terkenal satu dunia dengan pemberontakan berdarah rakyat?Apa tujuan dan motif Malaysian Spring?

    Dulu kita kata Malaysia tak mungkin ada huru-hara di jalanan dan cuma biasa kita tengok di kaca tv saja.Tapi akhirnya sudah menjadi perkara biasa saja sekarang di Malaysia.Siapa yg membawa budaya luar itu ke sini?

    Sekarang mahu dibawa pula MS untuk apa?Untuk persediaan menghadapi kekalahan PRU?

    Memang betul kata mazidul,anuwar sengaja menggambarkan yang sokongan rakyat sangat besar dan kuat terhadap pembangkang dengan kehadiran puluhan ribu penonton di ceramah2 pakatan.Ini memang strategi perang saraf anuwar yang mahu ia dilihat begitu.Persoalannya adakah benar penonton2 yg datang itu memang rakyat setempat atau pendatang2 luar yg sengaja dibawa untuk meramaikan majlis?

    Sekiranya pakatan kalah,mudahlah anuwar menuduh parti yang menang sebagai menipu undi dan menyelewengkan perjalanan pru.Mana mungkin kalah kalau sambutan rakyat sudah terang2 memihak kepada pakatan rakyat,dakwa mereka.

    Penyokong2 mereka akan segera terpancing emosi dan keluar ke jalan2 raya demi menjayakan malaysian Spring tajaan anuwar dan agen2 asing.

    Begitulah perancangannya.

    BalasPadam
  9. Ohh tu la maksud bendera kecil berwarna warni yang saya nampak ditanam di depan IKIM petang semalam..
    Saya sangat risau sebenarnya sebab makin lama saya nampak makin emosional. Takut nanti tak boleh terima hakikat - kemenangan atau kekalahan.

    Better deal with the devil that you know rather than the unknown, for the unknown could be an angel or a worse demon.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.