"Lazimnya orang ramai datang ke bilik gerakan BN untuk mengambil surat khabar percuma?," soal saya kepada Herni.
Herni Azura Ghafar, ketua Puteri UMNO Subang.
"Juga t-shirt. Kalau stok masih ada, kita berikan sahaja walaupun kepada individu bukan penyokong BN," balas beliau.
Ketika itu Calon BN di DUN N39 Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan mengadakan perjumpaan khas bersama kakitangan Tabika KEMAS, Seksyen 6.
"Mengikut pandangan peribadi, mengapakah Halimaton layak diangkat menjadi calon BN di sini?," soal saya kepada Herni.
"Sejak dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO Subang, kira-kira empat tahun lalu, beliau memang banyak membuat kerja bersama wanita. Komitmen beliau terserlah," ujar Herni.
Ahli UMNO lulusan Komunikasi Massa, Kolej Bandar Utama, berusia 36 tahun dan ibu kepada 3 anak itu menjemput saya berkunjung ke Pejabat Bahagian UMNO Subang.
RIbuan kemeja-T, payung dan topi bercetak logo BN disimpan di pejabat terbabit sebelum diagihkan kepada orang ramai. Sewaktu menghirup teh ais bungkus, dibeli dari restoran mamak berhampiran, saya memerhatikan gelagat puteri UMNO terbabit membongkar isi kotak di sudut pejabat.
"Ini ada baju bersaiz XXL!," kata mereka.
Saya tidak meminta tetapi menerima pemberian mereka. Dalam sejarah hidup, itu kali pertama saya dihadiahkan kemeja-T BN tatkala menjelang pilihan raya.
Menemui kemeja-T bersaiz XXL di dalam kotak itu ternyata menggembirakan hati Puteri UMNO berwajah ceria di bawah.
Terima kasih.
"Jam 8 malam nanti, calon akan bertemu dengan wanita Jaringan Rakyat di bilik gerakan," jelas Herni.
Sebelum itu kami sempat berbual mengenai kesesuaian program CakapDotCom untuk memperkasakan kemahiran komunikasi khusus untuk Puteri UMNO Subang jika tiada aral melintang.
"InsyaAllah, saya akan cuba mendapatkan penaja," kata wanita dilahirkan di Kanada itu.
Saya yakin, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, satu tuntutan bagi setiap pemimpin ingin tampil cemerlang di pentas politik Malaysia.
Beberapa minit sebelum majlis bersama Halimaton bermula, saya merakamkan gambar anak muda bersemangat untuk menggantung bendera dan banting BN di sekitar Kota Damansara.
Sebaik Halimaton menjejakkan kaki di bilik gerakan, beliau disambut oleh ramai Wanita UMNO berseragam biru.
Peace!
Lega saya melihat semangat ditampilkan. Jika semua terbabit dalam politik mempraktikkan semangat memupuk keamanan sewaktu Pilihan Raya Umum ke 13 ini, pasti tiada bilik gerakan BN dibaling bom petrol atau cuba diletupkan.
Terima kasih kepada anak kelahiran Terengganu, Nor Azri Sulong bertugas secara sukarela selaku pembantu khas Halimaton kerana sudi berbincang bersama saya mengenai beberapa isu, biarpun jadual beliau amat sibuk.
[ Klik di sini untuk memastikan minuman sentiasa sejuk/panas di dalam kenderaan ]
porn star ke? x hot lagsung,,muke ala2 cina bukit,,cina bukit lg lawo dr dy,,porn star bacenn..!!
BalasPadamTuan,
BalasPadamgantung logo, pacak bendera dan dirikan papan promosi PRU adalah satu tugasan berat yang perlukan kemahiran, kreativiti, inovasi, tenaga dan wang.
wang mungkin dapat membantu aspek ini disempurnakan sebaik mungkin tetapi tidak dapat meningkatkan motivasi untuk memberikan terbaik untuk organisasi.
perasaan bangga terhadap logo, bendera dan ikon parti harus dipupuk agar ianya dapat sipamerkan secara spontan dan terbuka dan sekali gus meningkatkan keyakinan.
*ada ronda-ronda sg bil dan sekitarnya?