Khamis, April 11, 2013

PEMIMPIN MANAKAH BERTELUR UNTUK MEMBERHENTIKAN KEGIATAN PERHAMBAAN REMAJA DI BAWAH UMUR DI MALAYSIA?

Nama Pusat Tahfiz Amal, PTA, berpusat di Kedah sudah cukup dikenali di Malaysia. Malangnya, PTA bukan dikenali  kerana melahirkan penghafaz Al-Quran tetapi kerana lebih 13 tahun memperkuda dan memperhambakan pelajar kanak-kanak dan remaja di bawah umur.

Media cetak dan elektronik berulang kali memaparkan kes ini. Jika pihak berkuasa ingin mengambil tindakan memberhentikan kekejaman, dalang di sebalik kegiatan tidak berhati perut ini telah didedahkan.

Klik di sini.

Azhar Wahab atau SM Amin, kebal.

Mungkin benar dakwaan sebilangan pihak, Azhar mempunyai hubungan baik dengan beberapa pemimpin berkuasa, justeru dia dilindungi.


Di arena politik, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Aziz Nik Mat dipuji dan dicaci.  

Mereka semua tidak sekebal Azhar Wahab.

Baca di sini untuk mengetahui fakta berhubung Azhar Wahab.

Barangan keluaran syarikatnya, biarpun TANPA kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM,  terus dijual di pasaraya terkenal seperti Giant dan Tesco. Biarpun aduan telah dikemukakan kepada KKM,  tiada tindakan kedengaran  dilaksanakan setakat ini. 


Klik di sini.

Aduan juga telah disalurkan kepada Majlis Agama Islam Selangor, tindakan pihak terbabit sedang dinantikan sehingga ke saat ini. Informasi mengenai perhambaan remaja ini juga telah dikongsikan bersama beberapa ahli politik tersohor BARISAN NASIONAL tetapi dikesampingkan.

Barangkali kerana isu ini tidak mempunyai kepentingan politik terhadap mereka. 

Jika butiran kes ini dimaklumkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datuk Nik Aziz Nik Mat, adakah mereka bakal bingkas bertindak?

Mengeluarkan arahan ...

"Hentikan perhambaan remaja di bawah umur itu"

... Setakat ini, TIDAK.

Mengapa? Jawaban mudah, tiada kepentingan politik.

Dalam erti kata lain, selama ini  TIADA pemimpin di Malaysia BERTELUR untuk berusaha  memberhentikan kes perhambaan hangat diperkatakan selama ini. 

Dakwaan saya itu harus diterima selagi tidak dibuktikan sebaliknya.

Kita saksikan dahulu klip video PENGASAS Pusat Tahfiz Amal dan Al-Mansur Holdings BERSAMA 3 wanita di bawah.


Sedang SM Amin melalak, ratusan remaja  lelaki dan perempuan diperhambakan di seluruh negara,  menjual pelbagai  barangan keluar syarikat SM Amin.


Kini Bandar Baru Bangi, Selangor, antara lubuk kegiatan perhambaan remaja dipaparkan kepada masyarakat. Petang  semalam,  dua pengutip derma PTA didapati tidak menjual barangan. Mereka hanya bergerak dari meja ke meja sambil menagih simpati pelanggan restoran menghulurkan sumbangan.

Apapun, sebagai anggota masyarakat prihatin, kita mampu bertindak mengikut kapasiti tersendiri.

1. USAH terpedaya membeli atau menyumbangkan wang tunai kepada pelajar PTA. Wang itu telah lama disalahgunakan oleh pihak pengurusan PTA.

Sila klik di sini untuk meneliti keadaan sebenar PTA selepas jutaan ringgit dikutip oleh pelajar diperhambakan.


2. Hubungi Talian Nur dan mohon Pegawai Pelindung membawa pelajar diperhambakan ke tempat LEBIH selamat.


Baca di sini untuk mengetahui kaedah tindakan itu.

Saya masih terus menanti TINDAKAN dilaksanakan oleh pemimpin bertelur di negara kita ...

Sila LIKE laman HENTIKAN PERHAMBAAN KANAK-KANAK DAN REMAJA jika anda menyokong usaha ini.

11 ulasan:

  1. Saya rasa pemimpin yang bertelur dan mampu memberhentikan kegiatan perhambaan remaja di bawah umur ialah Shahrizat Ketua Wanita Umno walaupun sebenarnya beliau tidak ber "telur".

    Ini kerana Wanita Umno mempunyai rangkaian yang baik dengan badan-badan kerajaan melalui akitiviti-aktiviti kebajikan yang sering di pelopori oleh Wanita seperti Skuad Sayang, pergerakan kebajikan wanita yang pelbagai dan lain-lain. Mereka juga (wanita UMNO) lebih rapat dengan isu-isu sebegini seperti isu sindiket bayi yang di jual sebagai anak angkat.

    Mungkin perkara yang sama boleh di lakukan oleh Muslimat PAS - saya kurang pastilah apa yang mereka telah buat atau telah tidak buat.

    Jangan di harapkan kepada pemimpin LELAKI untuk menangani masalah ini kerana rasanya pemimpin lelaki kurang sensitif sedikit dan kurang "rasa"nya dalam isu sebegini.

    Mungkin sibuk berpolitik atau terlalu sibuk meninjau-ninjau pokok-pokok di hutan yang perlu di tebang, sibuk belajar matematik dengan mengira-ngira kos projek dan yang paling penting memeriksa kabel-kabel letrik yang ada.

    P/S Dengar cerita Dato Seri Shahrizat tidak bertanding tetapi akan menjadi Panglimawati (betul ke perkataan ni) Perang untuk Wwanita UMNo dalam PRU kali ni. Mungkin boleh selit-selit isu ini dalam kempen.

    BalasPadam
  2. rasanya SM amin ni ada satu pusat bekam dekat AEONBIG wangsa maju...
    mohon diteliti dan diperiksa sebab yang menjaga nya remaja perempuan

    BalasPadam
  3. Kenapa diutarakan pada Datuk Seri Anwar dan Tuang Guru Nik Aziz saja? Kenapa tidak dinyatakan dalam blog ini Datuk Seri Najib? Datuk Seri Najib adalah individu yang tepat kerana sebelum Parlimen bubar dia adalah Menteri Pembangunan Wanita dan bla bla.... Menteri Bertelur kah dia? Jangan terlalu berat sebelah sangat En Mazidul... Nyatakan pada pihak yang sebenar!!!

    BalasPadam
  4. Jika butiran kes ini dimaklumkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datuk Nik Aziz Nik Mat, adakah mereka bakal bingkas bertindak?

    Mengeluarkan arahan ...

    "Hentikan perhambaan remaja di bawah umur itu"

    ... Setakat ini, TIDAK.

    Mengapa? Jawaban mudah, tiada kepentingan politik.



    :: awak tanya awak jawab? pandai buat andaian? hebatnya awak Mazidul?

    BalasPadam
  5. SM Amin nie memang kaya giler dah..

    mintak bos mizudul dtg seksyen 26 shah alam usha wisma SM amin nie tepi jalan menghala proton s.alam.. memang besar giler..

    aku pon konpius ape dia berniaga pada mulanya..

    BalasPadam
  6. Pada pemerhatian saya, apa isu pun boleh sahaja 'dipolitikkan' oleh penggegar DUN dan Parlimen tu jika mereka mahu dan bila2 masa yang mereka suka. Tapi dalam kes yang satu ini, pendedahan luas setakat yang pernah saya dengar hanyalah di blog2 dan mungkin sekali dua di rancangan berbentuk majalan di TV3. Entah di mana silapnya ye - siapa agaknya dibelakang tabir PTA (dan SM Amin) ini hingga ahli politik pun tiba2 hilang telur? Atau perlukah Karam Singh Walia juga yang menyelesaikan masalah orang Melayu ni buat kesekian kalinya lagi? Mungkin juga...

    BalasPadam
  7. Muka conman betul dia ni. Klip video dia plak mengingatkan sy pada klip video arwah Mona Fandey dlm muzik-muzik dulu..syok sendiri.

    BalasPadam
  8. Pelik, kenapa tiada tindakan diambil oleh pigak berkuasa, orang ini adalah penguancur bangsa, agama dan negara demi nafsu dan kepentingan diri sendiri.

    BalasPadam
  9. Rujuk berita hairan jumaat 19 apr 13, iklan 1 muka surat penuh, then hangpa tau dia ni sapa, heh3

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.